My Followers

Padi



* Nama saintifiknya Oryza sativa L dari keluarga Oxalidaceae.

* Padi dikatakan berasal dari daerah lembah Sungai Gangga dan Sungai Brahmaputra dan dari lembah Sungai Yangtse

* Di Afrika, padi Oryza glaberrima ditanam di daerah Afrika barat tropika.

* Tanaman Padi boleh didapati di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia terutama di Kedah, Selangor, Pelis dan Pulau Pinang.

* Ia mengandungi zat makanan seperti protein, karbohidrat, lemak, serabut, kalsium, besi, fosforus, kalium, natrium, vitamin B1, B2 dan niasin.

* Batang pokok berongga, tegak dengan ketinggian 30 hingga 150 sentimeter (cm), buku padat dan bengkak.

* Kerap kali bahagian bawah ruas berwarna samar atau ungu tua.

* Daun panjang dan lurus 10 hingga 20 daun yang mempunyai upih daun panjang, ligul panjang, aurikel terdapat di bahagian pertemuan upih daun dan lai daun, manakala urat tengah daun ketara, kadang kala berbulu.

* Sistem akar adventitius, akar bertukar warna dari putih ke perang apabila berlaku proses pengoksidan dalam tanah.

* Bahagian bulirnya padat, bermula dari pangkal batang keluar daripada upih daun pengasuh dengan mempunyai satu hingga tujuh cabang.

* Spikelet terdiri daripada kelompok sekam (glume), kulit padi (lemma mandul & Palea) dan organ pembiakan.

* Bunga terdiri daripada lemma dan palea (kulit padi), dua lodicule dan enam stamen di keliling ovari.

* Bijinya ditutupi oleh lemma dan palea (kulit padi), lapisan luar dedak (pericarp) berwarna putih atau perang.

* Pendebungaan padi adalah secara sendiri.

* Kultivar atau klon merangkumi MR 84, MR 159, MR 167, MR 185 dan MR 219.

* Tanaman padi sesuai pada suhu 20 hingga 33 darjah celsius dan purata hujan sebanyak 200 hingga 300 milimeter per bulan.

* Padi tumbuh di tanah jenis lempung, lempung berkelodak,

lom lempung dan lempung berpasir serta mempunyai pH tanah sekitar 5.5 hingga 6.5.

Penyediaan tanah pula perlu hapuskan rumpai sebelum dan selepas membajak.

* Baiki batas, parit dan tali air selepas menuai.

* Membajak dua hingga tiga kali. Merata tanah sawah untuk mengawal paras air seluruh petak.

* Sedia benih pra-cambah, rendam benih selama 24 jam, buang air dan sejatkan selama 24 jam (untuk MR 219, rendam benih selama 48 jam).

* Untuk sistem mengubah, tabur benih pra-cambah sekata di atas tapak semaian.

* Untuk sistem mengubah berjentera, tabur benih pracambah dalam kotak-kotak semaian yang sesuai.

* Sistem Tabur Terus iaitu tabur benih pra-cambah secara manual atau menggunakan mesin penyembur dengan kadar benih 150 kg/ ha.

* Sistem Mengubah pula kadar benih ialah 25 kg/ha untuk sistem mengubah secara manual dan 50 kg/ha jika menggunakan mesin mengubah.

* arak tanaman ialah 25 x 25 cm. Guna anak benih berumur 25 hari. Mengubah 2 - 3 anak pokok atau lubang secara manual atau jentera mengubah.

* Kadar baja berbeza mengikut zon kawasan padi dan ia berdasarkan analisis tanah dan sistem DRIS.

* Pendekatan pengurusan perosak bersepadu membabitkan penggunaan varieti rintang, amalan kultural, pengawasan dan ramalan perosak, kawalan biologi dan penggunaan kimia secara bijaksana * Penyakit yang sering menyerang padi adalah karah padi, hawar seludang, hawar daun bakteria dan penyakit merah virus.

* Serangga yang biasa menyerang padi adalah benang perang dan kutu bruang.

* Rumpai boleh dikawal menggunakan jentera atau racun.

* Padi biasanya mengambil masa di antara 105 hingga 125 hari selepas penanaman iaitu 80 peratus buah masak bergantung kepada varieti.

* Tuaian padi adalah melalui kaedah jentuai atau secara manual.

* Padi yang dituai mesti dikeringkan ke tahap 14 peratus kelembapan dalam tempoh 24 jam di bawah cahaya matahari atau mesin pengering.

Sumber: Harian Metro - Variasi
Post a Comment