My Followers

Daun pudina banyak khasiat

PERNAHKAH memakan daun pudina? Jika ingin tahu, rasanya sama dengan ubat gigi yang kita gunakan setiap hari, berangin dan menyegarkan.

Antara khasiat pudina yang dikenal pasti adalah baik untuk kulit, mengurangkan tekanan, melegakan batuk, meredakan demam selesema dan boleh dijadikan teh pudina.

Sama seperti ulam lain, daun pudina juga mempunyai khasiat untuk awet muda. Ia adalah sejenis herba yang berasal daripada keluarga Labiatae dan tergolong dalam spesies mentha.

Terdapat berbagai jenis pudina di seluruh dunia, antaranya: 

* Mentha spicata `moroc-can' yang berkesan meredakan kekejangan otot.

* Mentha aquatica untuk merawat cirit-birit.

* Mentha arvensis yang boleh melegakan demam selesema dan menghilangkan rasa loya.

Pemakanannya boleh merangsangkan tubuh badan untuk mengeluarkan peluh. Selain itu, herba ini turut digunakan untuk memberi kesegaran nafas, mencairkan kahak, asma, selesema, antibakteria dan antiseptik.
Post a Comment