Wednesday, October 12, 2011

Tip dan cadangan bekalan makanan dari Dr Tee

Sekadar hiasan

* Makanan berkuah tidak begitu sesuai dijadikan bekalan makanan anak-anak ke sekolah. Ada banyak pilihan lain yang boleh disediakan selain makanan sup atau kuah.

* Elak memberi makanan yang cepat rosak kerana suhu di Malaysia adalah tinggi dan tidak mampu memelihara makanan seperti itu.

* Sandwich adalah sajian yang sesuai dijadikan bekalan makanan anak-anak. Pilih roti jenis tinggi serat dan padankan dengan pelbagai isi kandungan seperti telur, sardin, tuna, keju, ayam serta tambahkan hirisan tomato, timun serta daun salad.

* Anda juga boleh menggoreng bihun atau mi, campurkan bersama ayam atau ikan dan juga sayur.

* Makanan ringan seperti biskut tanpa disalut gula dan tinggi serat atau pelbagai jenis sajian oat juga boleh dijadikan bekalan makanan sekali sekala.

* Untuk minuman, bekalkan susu segar atau susu kacang soya.

* Maklumat lanjut mengenai nutrisi untuk kanak-kanak sekolah rendah boleh didapati dengan melayari laman web di bawah program Kanak-kanak Sihat Persatuan Pemakanan Malaysia atau www.healthykids.org.my

No comments: