Wednesday, September 21, 2011

Lima fakta pemakanan anak




* Jika anak besar, jangan terlalu bimbang. Ia mungkin disebabkan faktor genetik. Walaupun begitu, jangan biasakan mereka dengan makanan yang mengandungi kalori berlebihan kerana ia menjejaskan serta mendatangkan masalah kepada tumbesaran anak.

* Kajian menunjukkan bubur nasi yang direbus dengan ikan bilis dan sedikit sayur-sayuran adalah baik untuk anak kerana ia mengandungi tiga kali lebih banyak protein, sembilan kali lebih banyak kalsium dan lebih kurang 25 kali lebih banyak zat besi.

* Makanan kedua penting untuk pembesaran bayi ialah protein. Oleh kerana bayi makan sedikit, adalah penting ia penuh dengan vitamin dan mineral bermutu tinggi.

* Setiap peningkatan dan perkembangan usia harus diikuti dengan keperluan zat besi. Kekurangannya penyebab utama penyakit anemia atau kurang darah di kalangan anak. Bukti kajian juga menunjukkan, anak yang tidak mendapat cukup zat besi ketinggalan daripada kanak-kanak lain walaupun mereka mendapat bekalan itu kemudian.

* Selera atau pemakanan bayi bergantung kepada jenis makanan yang ibu bapa berikan. Jika bayi diberi makanan terhad jenisnya, mereka membesar dengan makanan yang sama saja. Sebaliknya, jika banyak jenis makanan diperkenalkan, bayi akan menyukainya biarpun usia melebihi tiga tahun.

No comments: