Friday, July 8, 2011

Keracunan boleh dielak




MEMBELI

* Beli bahan mentah di gerai yang bersih dan mematuhi piawaian kebersihan.

* Beli bahan mentah yang segar.

* Jangan beli bahan mentah yang ada tanda aneh.

* Jika beli telur, pastikan kulitnya bersih daripada najis. Jika ada kesan najis, bersihkan dulu sebelum disimpan. Pastikan juga kulit telur dalam keadaan sempurna dan tidak retak.

* Makanan dalam tin (ayam atau daging) selamat dimakan kerana semuanya diberikan rawatan haba yang tinggi bagi membunuh bakteria dan virus.

Simpan - Pastikan ia cukup sejuk

* Ayam dan daging perlu disimpan dalam peti dingin beku atau masak segera sebaik tiba di rumah kerana mikro organisma yang sedia ada boleh membiak dengan cepat pada suhu bilik.

* Simpan makanan mentah dan yang sudah masak dalam bekas berasingan serta bertutup bagi menghalang jangkitan. Jangan letak makanan mentah dan masak bersebelahan.

* Elak menyah beku ayam pada suhu bilik. Untuk menyah beku, letakkan ayam di bahagian bawah peti sejuk malam sebelumnya. Jika menyah beku dalam ketuhar gelombang mikro, pastikan ayam berkenaan dimasak segera.

Kendali

* Elak menyentuh mata, hidung atau mulut ketika menyediakan makanan. Basuh tangan dengan sabun sebelum dan selepas menyediakan makanan.

* Gunakan pisau dan papan pemotong berasingan untuk makanan mentah dan masak. Atau basuh bersih kedua-duanya setiap kali ia digunakan.

* Buang papan pemotong yang sudah lama dan mempunyai banyak kesan hiris kerana di sinilah tempat persembunyian virus.

* Bilas semua tempat yang digunakan ketika memasak (sinki, papan pemotong, pisau) dengan air panas.

* Cuci tuala dapur dengan 10 peratus bahan peluntur kerana tuala tangan juga boleh menjadi alat penyebar virus.

* Basuh telur setiap kali sebelum dimasak. Jika kulitnya kotor, berus hingga bersih.

* Basuh tangan sebelum dan selepas mengendalikan telur kerana kulit telur mungkin tercemar dengan najis ayam, walaupun ia tampak bersih.

* Jika tangan anda luka, basuh dengan antiseptik dan balut dengan plaster kalis air atau pakai sarung tangan.

Memasak

* WHO menyarankan semua ayam dimasak pada suhu 70 darjah Celsius selama 30 minit atau 80 darjah Celsius selama beberapa minit. Lebih baik, pastikan ayam benar-benar masak.

* Jika memasak menggunakan ketuhar gelombang mikro, pastikan ayam dimasukkan dalam bekas yang sesuai dan ditutup. Balik-balikkan ayam berkenaan.

* Elak memasak ayam separa masak (untuk kegunaan kemudian) kerana bakteria dan virus masih boleh membiak dalam keadaan ini.

* Jika dapat, kurangkan memegang makanan dengan tangan. Gunakan sudu, senduk atau garpu.

* Jangan sesekali mencelupkan jari ke dalam masakan untuk merasa, sebaliknya gunakan sudu yang bersih.

Ketika makan

* Basuh tangan sebelum makan. Walaupun ia diajar sejak kecil, masih ramai mengabaikannya.

* Panaskan makanan sebelum makan (atau makan sejurus selepas ia dimasak).

* Elak simpan makanan pada suhu bilik melebihi dua jam kerana mikro organisma mudah membiak. Simpan dalam peti sejuk dan jangan biarkan melebihi tiga atau empat hari.

* Panaskan baki makanan sehingga mendidih.


Sumber: Berita Harian
Mon, Jul 4, 2011
1Klassifieds

No comments: