Thursday, May 19, 2011

Penyediaan resume


Selain kelayakan akademik dan jenis pekerjaan yang dipohon, kebanyakan majikan berminat terhadap ciri-ciri kepimpinan dan / atau kerja berkumpulan, komitmen dan yang paling penting, kemahiran komunikasi yang boleh diringkaskan sebagai:

* Berupaya menyampaikan pandangan anda dan difahami oleh orang lain.

* Mempengaruhi orang lain untuk menyokong pandangan anda.

* Berupaya mendengar pendapat orang lain supaya mereka pula boleh memberikan pandangan.

Berupaya mendengar pendapat orang lain supaya mereka pula boleh memberikan pandangan.

1. Resume bukan riwayat hidup anda.

2. Jumlah halaman resume adalah tidak penting.

3. Gunakan kata kerja aktif.

4. Gunakan nahu, tatabahasa dan ejaan yang betul.

5. Gunakan penomboran sebagai daya penarik.

6. Pendidikan.

7. Senaraikan kursus yang diikuti.

8. Senaraikan aktiviti luar.

9. Kemahiran Khusus.

10. Gambar.

11. Butiran Peribadi.

12. Gaji.

13. Rujukan.

14. Jadikan permohonan anda menarik.

15. Elakan resume yang standard.

16. Elakkan surat iringan yang standard.

17. Mulakan penyelidikan anda sekarang.

18. Berhati-hati dengan laman web.

19. Lupakan format tradisional.

RESUME CONTOH 1

Cadangan supaya anda menggunakan jenis tulisan dan gaya penyusunan sendiri untuk surat berikut. Hadkan kepada 2 muka surat.

Nama

Alamat

No. Telefon

Nombor KP

FOKUS KERJAYA

Kerjaya dalam Kewartawanan Penyiaran dengan membuat siaran laporan di televisyen.

KEKUATAN

* Mempunyai inisiatif, sikap ingin tahu, kreatif dan analitikal. Bersemangat, menawan dan menyakinkan.

* Kemahiran komunikasi/pidato umum yang kuat.

* Fasih dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

* Perilaku seorang profesional Kebolehan menyelidik dengan rajin dan tekun.

PENDIDIKAN

Universiti Malaya, Kuala Lumpur BA (MASS Communications)

- Disember 2002

Mengekalkan GPA 3.5 dalam tahun 2001 dan 2002

Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Awam (2002) bagi Majlis Pelajar Kerja Kursus yang berkaitaan.

Kewartawanan

Sains Politik

Hal Ehwal Antarabangsa

Penulisan Kreatif

Kesusateraan

Penulisan Skrip

Perhubungan Awam

Penngiklanan

Pemasaran

Rekaan Grafik

Pembangunan Kandungan Web

PENGALAMAN

Ogilvy & Mather PR, Kuala Lumpur

Eksekutif PR

Bertugas sepenuh masa semasa cuti 2001.

Tanggungjawab: Menyediakan siaran akhbar, hubungan media, membantu menganjurkan dua Sidang Akhbar.

NTV7, Kuala Lumpur

Pelatih

Bertugas sepenuh masa sebagai sebahagian daripada latihan praktikal dalam program tahun akhir.

Tanggungjawab: Menghadiri sidang akhbar, menulis skrip untuk siaran, menyunting gambar untuk siaran, membantu penerbit rancangan temubual

(Dateline) untuk mengesahkan tetamu.

Dikepilkan: Rujukan

RESUME CONTOH 2

Cadangan supaya anda menggunakan jenis tulisan dan gaya penyusunan sendiri untuk surat berikut. Hadkan kepada 2 muka surat

Nama

Alamat

No. Telefon

Nombor KP

Jurutera/Penyelaras Projek - (BSc.) dalam Kejuruteraan Awam dengan Pengkhususan dalam Kejuruteraan Alam Sekitar

OBJEKTIF

Mencari jawatan sepenuh masa dengan firma kejuruteraan yang bertaraf sederhana kepada yang besar untuk membantu dalam penyelarasan projek dan akhirnya untuk mengurus projek pembangunan dengan memfokuskan kepada kejuruteraan alam sekitar.

PENDIDIKAN

Memperoleh BSCE dengan pengkhususan dalam EE dari Southern lllinois University di Carbondale, AS pada Mei 2002.

KERJA KURSUS YANG BERKAITAN

Mekanik tanah, mekanik bendalir, kejuruteraan geoteknikal, kejuruteraan struktur, kejuruteraan kaji ukur, reka cipta kemudahan alam sekitar,termodinamik, pemulihan tapak tercemar,menyemak permohonan permit dan pembangunan standard alam sekitar.

KEJAYAAN

Ahli Majlis Pertubuhan Pelajar Asing (2000-2002)

Ahli Pasukan yang memenangi Debat Antara Varsiti Bangunan Pencakar Langit di Masa Hadapan yang berkonsepkan Mesra Alam.

Pemenang Pelajar Terbaik 2001 Anugerah Kejuruteraan Awam.

KEKUATAN

Kreatif, kerjasama ahli kumpulan, kuat bekerja,kemahiran organisasi yang cemerlang, kemahiran menulis dan bertutur yang cemerlang, penyelesai masalah

LOKASI TUJUAN - Malaysia sanggup untuk bertugas di luar negara tugasan sementara

TARIKH BERMULA - Dengan serta merta

RUJUKAN - Disertakan

Sumber: www.jobsmalaysia.gov.my

No comments: