BILIK Mesej Segera (Instant Message), Texting, Telefon WAP, WIFI dan Blog...bagaikan tidak pernah berakhir. Tetapi apabila anda berminat dengan trend terkini pastinya akan muncul pula teknologi yang lebih hebat dengan isu keselamatan yang baru. Jangan bimbang, hanya dengan beberapa petua ringkas, anda boleh melayari Internet dengan selamat.
* LOL (laughing out loud)
Penggunaan gaya bahasa dan cara penggunaannya akan menimbulkan minat untuk terus melayari. Tetapi gunakanlah dengan bijak dan berhemah.
* TTYL (talk to you later)
Jangan hantar atau taip mesej selain daripada mesej yang kami hantarkan. Setuju?
* BTW (by the way)
Dengan menggunakan filtering software, anda boleh menghalang kandungan yang tidak berfaedah dan langkah terbaik adalah dengan mengenali rakan bual anda. Ingat! Jangan sekali-kali bertukar-tukar maklumat peribadi dan gambar anda di internet.
* GTG (got to go)
Sama ada anda sedang berbual, belajar dan ketawa, anda perlu sentiasa ingat amalan terbaik semasa melayari internet supaya anda tidak di godam, mendapat virus at menjadi mangsa pencuri identiti.
Anda perlu mengabaikan mesej dari orang yang tidak dikenali, bertanya tentang kata laluan dan maklumat peribadi; melihat laman web lucah yang muncul secara tiba-tiba dan menerima e-mel remeh (SPAM) seperti peraduan palsu dan e-mel hadiah percuma. Oleh itu anda perlu melayari internet dengan bijak dan sentiasa berwaspada dengan e-mel remeh (SPAM) serta memadamkan mesej tersebut.
* Bertindak dengan bijak, jangan tertipu!
Terdapat pegguna internet yang sentiasa mencari peluang untuk menganiaya orang lain terutama remaja dan kanak-kanak. Kebiasaanya mereka akan menghantar e-mel/mesej (IM) secara rawak dan mengharapkan seseorang akan membalas e-mel/mesej (IM) tersebut. Oleh itu...
Jangan sekali-kali...
- Berikan nama, alamat, nombor telefon, nama sekolah atau kata laluan.
- Bertemu dengan orang yang tidak dikenali semasa anda berbual di Internet tidak kira apa yang mereka katakan.
- Membuka e-mel atau lampiran daripada orang yang anda tidak kenali, mempercayai gambar dan mesej yang anda terima daripada orang yang tidak dikenali.
- Sembunyikan sesuatu daripada ibu bapa, guru atau penjaga anda jika seseorang atau mesej yang dihantar menjadikan anda berasa tidak selesa.
* BRB (be right back)
Antara soalan popular yang sering ditanyakan oleh kanak-kanak:
Saya hendak memuat turun muzik atau membeli sesuatu secara dalam talian. Apa yang perlu saya lakukan?
- Memuat turun muzik yang dilindungi hak milik tanpa membayarnya adalah menyalahi undang-undang.
- Gunakan laman web yang biasa digunakan oleh rakan anda, atau nama yang biasa dikenali.
- Gunakan mekanisme pembayaran yang selamat. Cari kunci mangga di bahagian bawah laman web.
- Gunakan kad kredit, ia biasanya dilindungi daripada penipuan.
- FIKIR sebelum anda membuka e-mel. Adakah saya mengenali orang ini?
- Adakah tajuk ini masuk akal? Jika tidak, jangan buka.
- Halakan tetikus pada pautan untuk melihat alamat laman web (URL). Jika URL tersebut berbeza daripada jangkaan anda. jangan klik padanya.
- Laporkan spam dan virus kepada MyCERT, ISP. orang dewasa atau polis.
- Ingat, anda TIDAK wajib membuka e-mail. Jika ianya penting, dan anda memadamnya, orang tersebut akan menghubungi anda semula.
Saya sedang berbual dalam talian dengan seseorang yang tidak saya kenali. Apa yang perlu saya lakukan?
- Sentiasa pastikan maklumat peribadi anda dirahsiakan.
- Jangan berbual mengenai sesuatu yang membuat anda berasa tidak selesa.
- Jangan menyamar menjadi orang yang lain.
- Sentiasa memberitahu ibu bapa atau guru jika ada yang bertanya mengenai maklumat peribadi anda.
Saya hendak pastikan nombor telefon mudah alih saya selamat. Apa yang perlu saya lakukan?
- FIKIR dahulu sebelum menghantar nombor telefon mudah alih kepada rakan bual di dalam talian.
- Minta kebenaran daripada rakan-rakan anda sebelum anda menghantar gambar mereka.
- Hanya berikan nombor telefon mudah alih anda kepada orang yang anda kenali dan percaya.
- Jangan jawab mesej teks daripada orang yang anda tidak kenali. Abaikan mereka atau lebih baik lagi, padamkan sahaja mesej tersebut.
Seseorang bertanyakan kata laluan saya. Apa yang perlu saya lakukan?
- Jangan sekali-kali berikan kata laluan anda. Jika anda telah berikan, tukarkannya dengan segera.
- Gunakan gabungan huruf, nombor dan symbol sebagai kata laluanl; contohnya $je1F2Bb.
- Bank atau laman web TIDAK SEKALI-KALI menghantar dan meminta pengesahan butiran log masuk melalui e-mail atau mesej yang lain.
Ibu bapa saya tidak mengetahui apa itu internet? Apa yang perlu saya lakukan?
- Libatkan mereka; ajar mereka tekniknya.
- Tunjukkan mereka cara untuk membuka dan menggunakan akuan e-mail; dan bagaimana IM berfungsi.
- Lalukan carian mengenai hobi mereka; tunjukkan mereka cara menggunakan Google.
* Dihasilkan oleh (ISC)2 dengan kerjasama CyberSecurity Malaysia.
No comments:
Post a Comment