Wednesday, December 29, 2010
Sediakan payung sebelum hujan
UMPAMA pepatah sediakan payung sebelum hujan, itulah konsep insuran sebagai persiapan untuk menghadapi masa depan yang belum tentu. Walaupun banyak agensi perlindungan insuran beroperasi di negara ini, masih ramai lagi yang tidak memahami dan sedar mengenai kepentingan insuran walaupun ia memberi banyak kebaikan kepada mereka yang mengambilnya.
Bagaimanapun, seandainya kita sentiasa beringat dan memahami pepatah orang tua, `malang tidak berbau', sudah tentu kita akan menyertai insuran sebagai jaminan untuk menghadapi sebarang kemalangan dan kecemasan yang tidak disangka.
Siapa sangka, seseorang yang muda dan sihat, tiba-tiba diserang sakit kronik atau terbabit dengan kemalangan hingga tidak berupaya lagi untuk bekerja. Di sinilah insuran memainkan peranan dalam memberi perlindungan kepada seseorang itu.
Sewajarnya, mereka yang masih muda dan sihat serta berkemampuan untuk mengambil insuran digalakkan mengambil insuran kerana lebih muda usia seseorang itu bermula, lebih tinggi pulangannya apabila tempoh matang insuran.
Insuran yang paling popular ialah insuran hayat, pendidikan, kesihatan dan am. Ada sesetengah orang terutama orang Islam bimbang jika insuran yang dilaburkan mempunyai unsur riba tapi sekarang, hampir semua syarikat insuran mempunyai takaful yang menawarkan konsep insuran islamic.
Namun, tidak perlu risau kerana kini insuran islamic semakin berkembang dan kebanyakan syarikat insurans menawarkan konsep ini.
Setiap insuran mempunyai kelebihan masing-masing serta menguntungkan mereka yang mengambilnya. Insuran terbahagi kepada dua kumpulan iaitu perlindungan semata-mata dan juga perlindungan serta simpanan.
Insuran berbentuk simpanan membolehkan pelanggan mendapat balik semua wang yang dilaburkan selepas mencapai tempoh matang.
Manakala insuran berbentuk perlindungan, ia memberi perlindungan semata-mata dan tidak membabitkan simpanan. Bagi insurans hayat dan perubatan, pelanggan yang terpaksa dimasukkan ke wad bukan saja terjamin dari segi perbelanjaan kos rawatan, malah mereka boleh mendapat bayaran masa yang dihabiskan di dalam wad.
Contohnya, ada syarikat yang membayar sehingga RM100 bagi satu hari jika pelanggannya terpaksa tinggal di wad. Bayangkan jika mereka terpaksa duduk selama seminggu.
Jika seseorang itu meninggal dunia, jumlah wang yang sepatutnya beliau terima contohnya RM100,000 jika berlaku sebarang musibah akan diberikan kepada warisnya. Ini sudah tentu memberi jaminan kepada anak-anak dan keluarga supaya mereka tetap terjaga dari segi keperluan walaupun pencari rezeki bagi keluarga mereka sudah tiada lagi.
Anda juga digalakkan mengambil insuran pendidikan untuk anak-anak kerana kos pengajian yang semakin tinggi sekarang ini. Sejak anak berusia satu bulan, ibu bapa sudah boleh mula mengambil insuran untuk mereka. Ketika sampai tempoh matang, contohnya hingga 18 tahun atau 23 tahun, wang yang terkumpul untuk mereka melanjutkan pelajaran boleh mencecah sekitar RM30,000 hingga RM40,000," katanya.
Ada pelbagai jenis insuran tetapi ia terpulang kepada pilihan pelanggan jenis yang dirasakan paling sesuai. Tanpa kita sedari, mengambil insuran adalah satu tindakan yang amat bijak. Seseorang itu boleh mengambil lebih daripada satu jenis insuran jika berkemampuan. Lebih banyak lebih baik.
Kenapa perlu saya ambil insuran?
* Persiapan jika ditimpa musibah. Kita tidak tahu bila kemalangan akan menimpa diri.
* Ambil insuran ketika masih muda dan sihat boleh dapat pulangan lebih tinggi apabila tempoh matang insuran.
* Jadi simpanan masa depan untuk bekalan selepas pencen.
* Kos pengajian semakin tinggi. Anak saya perlu ada insuran untuk meringankan beban saya kelak.
* Jadi peninggalan untuk anak dan waris sekiranya saya meninggal dunia akibat musibah.
* Insuran kesihatan perlu untuk menampung kos perubatan dan rawatan sekiranya saya terpaksa dimasukkan ke hospital.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment