Thursday, December 2, 2010
Makan angin: Pakaian apa sesuai?
SETIAP kali mahu keluar melancong, satu hal yang selalu merunsingkan terutama ketika mengemas beg adalah pakaian.
Berapa banyak baju yang mahu dibawa, sesuai atau baju ini atau itu atau warna apa yang cantik antara persoalan yang selalu membelenggu terutama golongan wanita.
Jika membawa baju berlebihan, ia mempengaruhi saiz beg dan memberatkan.
Untuk menyenangkan anda, bawalah pakaian dengan satu atau dua warna dasar. Ini akan mengurangkan jumlah kasut atau aksesori yang dibawa bersama.
Selain itu, cuba bawa pakaian sedikit mungkin dan merancang untuk mencuci pakaian ketika melancong.
Ada boleh membawa pakaian cukup untuk seminggu, tetapi pastikan ia mencukupi atau anda perlu membeli pakaian baru.
Gunakan dan bawa pakaian sutera yang boleh dicuci bila-bila masa saja. Kain sutera juga menjimatkan ruang dan ringan.
Bawalah juga baju hujan yang ringan yang boleh digunakan sebagai pelindung tubuh daripada angin yang sejuk.
Elak membawa seluar banyak kerana ia mengambil masa yang lama untuk kering.
Denim menyerap suhu sekitar. Jika cuaca sejuk terutama pada waktu malam anda yang memakai seluar denim turut berasa kesejukan atau panas terik matahari.
Justeru, sebaiknya anda membawa seluar yang lebih ringan, cepat kering dan sesuai dengan cuaca tempat dituju.
Di samping itu, membawa pakaian sudah lama yang boleh dibuang di jalan juga satu langkah yang bijak.
Perkara ini sangat sesuai jika anda melancong bersama anak-anak yang sedang membesar.
Dengan membawa pakaian seumpama itu, anda boleh membuang atau menjualnya di mana-mana kedai terpakai, sekali gus membolehkan anda membeli baju baru yang menjadi cenderamata dari tempat dikunjungi.
Sumber: Harian Metro - Thu, Dec 2, 2010 - Variasi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment