SEMPENA musim perayaan ini ada beberapa panduan penjagaan barangan kemas yang boleh diikuti seperti disarankan Habib Jewels.
Simpan barangan kemas yang tidak dipakai di bank sebelum pulang ke kampung halaman. Barangan kemas yang disimpan di rumah, sebaiknya disimpan dalam peti besi ataupun di tempat yang tersembunyi.
Jangan memakai barangan kemas yang keterlaluan kerana ini akan mengundang perkara tidak diingini. Elakkan daripada memakai barangan kemas ketika perjalanan balik kampung terutama apabila menaiki kereta.
Jika membawa barangan kemas yang banyak untuk balik ke kampung, elakkan daripada berhenti di kawasan rehat. Jika perlu berhenti, pastikan meletak kereta di kawasan yang tidak sunyi. Elakkan memakai barangan kemas apabila ke tandas awam.
Apabila bertandang ke rumah sanak saudara, jangan membawa barangan kemas dalam beg. Ini kerana, beg tangan selalunya diletakkan di ruang tamu dan ada ramai pengunjung yang mungkin tidak dikenali datang bertandang.
Jangan menyimpan barangan kemas di dalam kertas tisu. Kita mungkin terlupa dan membuangnya.
Pelihara barangan kemas dengan baik. Barangan kemas hendaklah diasingkan semasa penyimpanan. Asingkan barangan emas 916 dengan barangan berlian dan batu permata. Ini kerana, barangan kemas ini akan bercalar dan bertukar warna disebabkan barangan emas 916 dan barangan berlian dan batu permata mempunyai kandungan emas berbeza.
Setiap butir barangan kemas harus diasingkan untuk mengelakkan daripada tercalar. Barangan kemas yang tercalar tidak akan berkilau.
Lakukan penelitian barangan kemas setiap enam bulan untuk memastikan tiada batu yang longgar dan klip yang tidak berfungsi.
Asingkan barang kemas mengikut jenis supaya senang mencari apabila hendak menggunakannya. Kanak-kanak kecil tidak digalakkan memakai terlalu banyak barang kemas.
No comments:
Post a Comment