Wednesday, May 19, 2010
Tip memilih bahan makanan secara selamat
PILIH bahan mentah yang segar
* Tidak layu, kecut, bertukar warna dan busuk
Makanan laut (ikan, udang, sotong, ketam)
* Kulit yang bersinar dan berwarna terang dan tidak diselaputi oleh lendir yang tebal
* Cerah dan matanya tidak tenggelam. Segar dan insangnya berwarna merah cerah (bukan perang atau kering)
* Tidak berbau busuk
* Isi yang kenyal
* Udang tidak rosak, kulitnya lutsinar tanpa tompok hitam
Daging
* Segar dan tidak berselaput
* Tidak busuk
Ayam
* Segar
* Tidak busuk dan tidak bertukar warna
* Lihat kepada kegemukan di dada dan kelicinan kulitnya
Telur
* Tidak retak atau bocor
* Tidak terlalu tua atau terlampau banyak najis dan kotoran pada kulit telur.
Bijirin/ Kekacang
* Tidak berkualiti
* Tidak dicemari oleh serangga atau bahan asing
* Tidak dicampur dengan bahan lain yang lebih murah
Pilih makanan yang selamat Makanan dalam tin
* Tin itu tidak kemek, kembung atau berkarat
* Tudungnya tidak kembung
* Tidak dicampur dengan bahan lain yang lebih murah.
Makanan yang dibungkus
* Tidak bocor atau kotor
* Tidak menggunakan bahan bercetak (majalah dan surat khabar) untuk membungkus.
Pilih makanan yang telah dimasak dengan sempurna
* Daging yang telah dimasak dengan sempurna, berwarna perang di bahagian dalamnya.
* Ayam yang telah dimasak mempunyai jus yang berwarna jernih dan tidak berwarna merah jambu apabila dicucuk dengan garfu
* Ikan yang telah dimasak mesti sudah dipisahkan isi dari tulang dan tidak berwarna merah jambu
* Telur kuning dan putih tidak jernih atau lutsinar
Pilihan makanan yang baru dimasak
* Elakkan daripada memakan makanan yang disediakan terlalu awal dari masa untuk dimakan
* Lebih baik makan sebaik sahaja selepas dimasak
* Panaskan dengan sempurna makanan yang telah dihidangkan untuk beberapa lama
Pilih makanan yang disimpan dengan betul
* Bahan mentah yang mudah busuk (daging, ayam, dan ikan) sepatutnya disimpan pada suhu yang betul
* Makanan yang telah dimasak tidak disimpan bersama dengan bahan mentah
* Elakkan dari membiarkan makanan terhidang pada suhu bilik terlalu lama (lebih 4 jam)
* Bungkus atau tutup makanan untuk disimpan
* Makanan yang sedia untuk dimakan yang dipamerkan harus ditutup dengan sempurna
Pilih tempat makan yang bersih
* Tidak terlalu hampir dengan jalanraya dan laluan yang sibuk
* Jauh dari tempat ternakan haiwan, parit atau tangki septik
* Ada keperluan asas seperti air yang bersih untuk membasuh, elektrik, tempat membuang sampah yang betul dan tandas yang bersih
* Menyediakan gelas dan pinggan yang bersih dan tidak pecah atau retak
* Elakkan gerai jalanan yang tidak bersih
* Tempat penyediaan makanan yang selamat dan bersih
* Bebas dari haiwan seperti kucing, anjjing, tikus, lalat, serangga, burung dan pepijat
* Utamakan premis yang mempunyai pengesahan dari pihak berkuasa tempatan sebagai bersih dan selamat
Pilih premis makan yang mengutamakan kebersihan diri dan pengendalian makanan yang betul
* Memakai pakaian yang betul dan bersih
* Memakai penutup kepala
* Mengutamakan kebersihan diri (kuku yang bersih dan pendek), tidak merokok, meludah, batuk ke arah makanan, tidak menggunakan tangan untuk menyentuh makanan, menggunakan tuala yang bersih, tidak menjilat dan menggunakan jari untuk merasa
* Tidak menyediakan makanan berhampiran dengan tandas atau longkang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
yup betul makanan kena bersih... PEACE...
good tips.. keep up the good work yay..
dkama: kalau tak bersih, eeiii..tak sanggup ler nak makan.
liennasts: TQ.
Post a Comment