My Followers

PENGUBAHSUAIAN

PENGUBAHSUAIAN yang dibenarkan ialah pengubahsuaian kecil dan pemasangan aksesori hendaklah mematuhi semua keperluan pemasangan sebagaimana dinyatakan di dalam `Motor Vehicle (C&U) Rules 1959.

Pengubahsuaian yang tidak dibenarkan ialah sebarang pengubahsuaian yang boleh menjejaskan kestabilan kenderaan atau yang akan menyebabkan kenderaan merbahaya apabila digunakan di jalanraya.

Pengubahsuaian Potong dan Sambung yang tidak dibenarkan:

1. Potong dan sambung lantai kenderaan dari kiri ke kanan.

2. Potong dan sambung panel `front windscreen' kiri dan kanan.

3. Potong dan sambung panel `rear windscreen' kiri dan kanan.

4. Menyambung semula badan kenderaan separuh potong (half-cut) kepada mana-mana kenderaan lain.

Sabit kesalahan seseorang boleh didakwa dibawah Seksyen 6 (1), (2), (3), (4), (5), Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 94 Kaedah Pengangkutan Jalan Motor, Vehicle (Construction & Use) Rules 1959 `Jika sesuatu kenderaan motor telah digunakan, dijual; atau dibekalkan atau ditawarkan untuk jualan atau diubahsuai dengan melanggar seksyen ini, mana-mana orang yang menggunakan kenderaan motor itu atau menyebabkan atau membenarkan digunakan sedemikian dan mana-mana orang yang menjual atau membekalkan atau menawarkan untuk jualan demikian atau mengubah kenderaan motor tersebut atau menyebabkan atau membenarkan dijual, dibekalkan untuk jualan atau diubahsuai adalah melakukan kesalahan'.

Bagaimana anda boleh mengelak dari membeli kenderaan potong sambung?

1. Apabila anda membeli sebuah kenderaan terpakai, pastikan nombor casisnya tidak diganggu.

2. Pastikan kenderaan anda diperiksa oleh PUSPAKOM.

3. Pastikan penjual menyelesaikan masalah pendaftaran dan pelesenan terlebih dahulu.

4. Pastikan kenderaan bebas daripada senarai hitam.

5. Pastikan butir-butir di dalam kad pendaftaran kenderaan sama dengan kenderaan yang hendak dibeli.

6. Pastikan anda menyemak data kenderaan di JPJ.
Post a Comment