DIUKUR dari segi populariti, mawar mengungguli senarai teratas bunga pilihan. Keindahan dan harum baunya menggamit pesona sekali gus mengaitkannya dengan kasih dan sayang. Di sebalik mekar kelopaknya, mawar menyimpan sejarah dan cerita.
Antara yang menarik:
* Mawar diangkat bunga kebangsaan Amerika Syarikat. Ia mula diperkenalkan pada 7 Oktober 1986 ketika pentadbiran Presiden Ronald Reagan. Mawar juga dipilih bunga rasmi Georgia, Iowa, New York, Dakota Utara dan Wilayah Colombia.
* Mawar turut digilai Presiden pertama Amerika Syarikat, George Washington. Bunga itu yang menyeri landskap kediamannya.
* Mawar menjadi pilihan penduduk dunia sewaktu meraikan hari ibu, hari lahir dan hari memperingati kekasih.
* Disebabkan sekuntum mawar, benua Amerika ditemui. Direkodkan pada 11 Oktober 1492, ketika pelayaran Columbus ke Laut Sargossa, seorang anak kapalnya memetik setangkai mawar yang terjulur keluar dari permukaan air. Perbuatan ini dilihat Columbus membawa tuah. Dia kemudian mengarahkan anak kapalnya melabuhkan sauh di situ.
Petua mawar kekal segar
Sejambak mawar, harumannya bertebaran serata bilik. Bagaimanapun, bukan mudah mengekalkan kesegarannya melainkan dicuba petua ini:
* Buang daun yang mereput dalam air. Ketika membuang daun dan duri, pastikan kulit tangkai tidak terkena torehan. Ini kerana udara yang masuk air akan mengisi kesan torehan itu sekali gus menyekat air masuk. Tempat yang tidak dijamah air mudah diserang bakteria.
* Sambil memegang tangkai dalam air, potong tangkai dengan pisau tajam dalam ukuran seinci. Tangkai itu tidak sepatutnya dibiarkan kering sebelum ditempatkan dalam bekas atau pasu berisi air.
* Sebaik tangkai dipotong, letak jambangan berkenaan dalam pasu berisi larutan pengawet. Untuk kesan yang lebih baik, bunga mawar disimpan terlebih dahulu di tempat yang gelap dan sejuk seperti peti ais. Biar di situ selama dua atau tiga jam, kemudian baru dikeluarkan untuk dibuat gubahan.
* Elak meletak jambangan bunga di tempat yang menerima pancaran terus matahari atau di tempat yang menjadi laluan angin. Ini lebih memendekkan hayat mawar.
2 comments:
tq 4 the info...
ur welcome!
Post a Comment