BILIK air ruang penting kerana tanpanya aktiviti manusia menjadi tidak teratur.
Binaan tingkap di bilik air tidak memerlukan yang besar, cukup dengan tingkap kecil untuk pengaliran udara dan kemasukan cahaya semula jadi.
Ruang itu biasanya menyediakan tandas dan bilik mandi selain kebanyakan kediaman hari ini menyediakan dua keperluan iaitu bilik air serta tandas sekali gus.
Ia bertujuan memberi keselesaan kerana pemilik beranggapan bilik mandi sebagai tempat terapi memulakan hari mereka.
Melangkah ke bilik air yang bersih dihias indah dapat menenangkan fikiran dan berfungsi bagaikan terapi semula jadi.
Bilik air yang dilengkapi kolam mandi dan jakuzi membolehkan anda berendam untuk mengurangkan ketegangan selepas penat seharian bekerja.
Biar apa pun saiz bilik air yang ada, peranannya sangat penting bagi memastikan kelancaran aktiviti seharian kita.
Jika tidak dijaga dengan betul dan dibersihkan secara berkala, ruang berkenaan menjadi tidak selesa dengan kehadiran lumut atau berkulat.
Bagi mewujudkan bilik air bersih, rancang dengan teliti aspek penyelenggaraannya supaya kelihatan bersih dan kelengkapan berfungsi dengan baik.
Ini kerana bilik air seharusnya melambangkan keperluan individu itu sendiri sama ada keluarga kecil atau besar kerana keperluan setiap mereka berbeza.
Petua mengekalkan kebersihan bilik air:
* Bersihkan jubin dengan pencuci sesuai.
* Segenap sudut perlu dibersihkan sepenuhnya kerana mudah kotor.
* Sediakan pengelap kaki di luar bilik mandi dan pastikan sentiasa kering.
* Lap cermin muka menggunakan kain basah.
* Pastikan sinki sentiasa bersih.
2 comments:
wowo.. sungguh comel bilik air dalam gambo tu.. kalau bilik air cam ni, gerenti aku duk sana berjam2.. hehehee
hihihi.. sungguh! kalau tetamu singgah, konpom diorang tak nak balik... asik² bawak towel nak mandi jer.
Post a Comment