Wednesday, February 10, 2010

Manfaat makan bersama

KANAK-KANAK kerap makan bersama keluarga, cenderung makan buah-buahan sebagai snek dan juga mendapatkan khasiat penting lain daripada sayur-sayuran, bijirin dan makanan yang kaya dengan kalsium. Kanak-kanak mendapat zat mencukupi menerusi pemakanan sihat dikatakan mampu membesar sebagai remaja positif, berbanding sebaliknya.

Dr Norimah berkata, besar kaitan antara tabiat pemakanan dan peribadi kerana ada kajian menunjukkan remaja yang menghabiskan lebih banyak masa makan bersama keluarga didapati kurang membabitkan diri dalam kegiatan tidak disenangi.

"Mengeratkan perhubungan kekeluargaan menerusi makan, seharus waktu berkenaan dimanfaatkan mungkin dan tidak terpaksa mengajar masa dengan menghabiskan tugasan, menghadiri mesyuarat dan pelbagai lagi perkara.

"Kalau begini caranya, anak pasti tidak suka makan bersama. Apabila makan bersama keluarga, pastikan seisi keluarga duduk bersama untuk memanfaatkan sepenuhnya masa yang diluangkan. Masa makan bukan hanya diam membisu, sebaliknya pastikan perbualan menyentuh perkara menceriakan, untuk memastikan semua orang gembira," katanya.

PANDUAN

* Pastikan berat dan ketinggian anak berkembang baik sejajar pertambahan usianya. Sebarangan perubahan seperti kurang berat atau terlebih berat badan, perlu mendapat rujukan perubatan atau pakar pemakanan.

* Makan dengan seimbang, sederhana dan pelbagai jenis. Seimbangkan pengambilan makanan dengan aktiviti dijalankan untuk tumbesaran sihat.

* Pengambilan kalori yang seimbang untuk tumbesaran sihat, pilih makanan tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran. Lebihkan yang berwarna terang serta gelap seperti kuning (jagung), merah (tomato) ungu (terung).

* Pilih produk tenusu tinggi protein dan kalsium dengan tambahan vitamin. Produk rendah lemak, dadih dan boleh tambahkan buah-buahan segar dalam makanan manis antara sajian terbaik.

* Daging kaya dengan kalori, protein tinggi, omega 3 & 6. Pilih daging tidak berlemak, masak tidak banyak minyak dan tambahkan fiber seperti sayur-sayuran bersama hidangan berkenaan.

* Boleh makan makanan segera tetapi terkawal, dan pastikan sajian di tambah sayur-sayuran seperti piza dengan ramuan sayur.

* Kurangkan pengambilan minuman berkarbonat, kafein dan manis. Ambil air kosong antara enam hingga 12 gelas, boleh juga mengambil jus buah-buahan.

INFO

Tips buka selera anak

* Selalu tekankan kualiti dan bukan kuantiti. Jamu dengan makanan berkhasiat dan usah paksa anak makan terlalu banyak.

* Campurkan sayur-sayuran ke dalam makanan atau buat jus buah-buahan sendiri. Boleh sediakan dadih yang dicampur bersama buah-buahan supaya lebih menarik seperti pisang atau epal yang dicincang.

* Hadkan pengambilan minuman terutama satu ke dua jam sebelum waktu makan. Terlalu banyak pengambilan cecair boleh menyekat selera anak kerana kekenyangan.

2 comments:

Anonymous said...

salam hanah. cucu2 makcik susah makan esp. Abbas Muzafar. marissa senang makan tolak kayu dan batu saja,kadang2 pening kepala memikirkan apa nak masak untuknya.A/way thanks forthe info.

sharhanah said...

huhuhu... samalah ngan anak2 sy nie, tau makan nasik ayam jer. Makanan lain, kurenggg