My Followers

Kesesakan Jalan Dewan Bahasa, Hang Tuah reda

Dengan siapnya Projek bernilai RM91 juta yang mewujudkan laluan terus dua lorong dari Jalan Istana/Jalan Dewan Bahasa dengan jarak 750 meter ke Jalan Hang Tuah dan sebaliknya dari Jalan Hang Tuah ke Jalan Dewan Bahasa sepanjang 1,200 meter sedikit sebanyak melegakan pengguna jalan raya. Kini, aku sebagai pengguna jalan raya yang tegar melalui kawasan tu, rasa bersyukur sesangat sekurang²nya dapat mengurangkan stress bila memandu. Heee.....

Mana taknya, perjalanan nak ke ofis memang lancar skali. Rasanya, belum banyak kenderaan melalui lorong tu. Hik hik hik... (tapi bila aku dah wat entry ni, mungkin pas ni... banyak la kenderaan yang akan lalu...uiks) bila balik menghala dari Istana laks, naik jer laluan menghala ke Jalan Hang Tuah, rasa macam jalan sendiri punya.. hahaha... dan kepala ni mula la duk berangan Mat Jenin, "alangkah indahnya kalau jalan ni dapat dipanjangkan lagi terus ke rumah aku. Nak pergi opis, kuar rumah kul 8.15 pg pun takpe... masuk opis kul 8.30 pagi kan... Bila balik pulak, kuar opis kul 5.30ptg, sampai rumah kul 5.45ptg. Mak aiii... bahagianya idop! kalau aku kaya, aku nak buatlah!"

Pastu lebih gila, aku telah usulkan kat sang suami... taw apa jawapannya??? Kalau dah kaya, beli jer rumah kat Bangsar dekat ngan opis... tak payah lor susah² nak buat jalan sendiri... Itukan lebih logik... Hahahaha...
Post a Comment