RASULULLAH ada bersabda yang bermaksud: "Ramai wanita adalah penghuni neraka dan menjadi kayu apinya."
Saidatina Aisyah bertanya: "Mengapa wahai Rasulullah?" Lalu baginda menjawab yang antara lain bermaksud:
* Gemar bercakap perkara yang sia-sia dan yang berdosa seperti mengumpat.
* Kurang akal dan ilmu pengetahuan mengenai agama di mana mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki, rakan-rakan, alam sekeliling dan kemewahan duniawi.
* Ada wanita tidak sabar menghadapi kesusahan, kesakitan dan ujian seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayan suami serta melakukan kerja-kerja rumah.
* Tidak memuji dan bersyukur di atas kemurahan Allah yang diperolehi menerusi suaminya dan tidak berterima kasih di atas pemberian suaminya.
* Sering mengingkari nikmat Allah seperti bila berlaku sesuatu pertengkaran dengan suami, ada isteri mengungkit: "Dah 10 tahun kita kahwin, tetapi tak ada apa-apa pun."
Psttt: Pasni, tak berani la nak membebel²... huhuhu ... aku baru tersadar dari mimpi². Ampunnn!
No comments:
Post a Comment