PEMERIKSAAN dan pembaikan kecemasan cekam rosak
* Sekiranya kenderaan tidak bergerak cepat walaupun pedal minyak sudah dipijak, ia mungkin berpunca daripada cekam yang tidak berfungsi.
* Kerosakan cekam boleh dikenal pasti apabila enjin tidak menghasilkan daya penuh dan cepat panas, bahan api cepat habis serta tercium bau seperti benda terbakar.
* Punca utama kerosakan cekam termasuk jarak bebas pedal terlalu pendek, permukaan haus atau terbakar, ada minyak pada permukannya, pegas tekan yang lemah serta penekan yang berubah bentuk.
* Jarak bebas pedal cekam biasanya 20 hingga 40 milimeter tetapi apabila jaraknya terlalu pendek, cekam boleh rosak. Jarak yang sesuai perlu diselaras dengan tepat.
* Apabila cekam rosak, anda perlu memandu kenderaan dengan cermat dan jangan lepaskan secara tiba-tiba sebelum dibaiki.
* Jangan letak kaki ke atas pedal cekam apabila tidak diperlukan dan kurangkan muatan.
* Anda juga perlu menaikkan tekanan tayar sehingga kirakira 30 peratus lebih tinggi daripada kadar biasa untuk mengurangkan geseran antara tayar ketika kenderaan bergerak.
No comments:
Post a Comment