Tuesday, August 11, 2009

E-mel dan penipuan

INTERNET membolehkan para pelabur mengakses akaun mereka 24/7, memulakan transaksi sekuriti hampir-hampir dari mana-mana sahaja dan dengan pantas, dan menawarkan kajian untuk peluang pelaburan dengan murah. Akan tetapi Internet ada kelemahannya.

Tip berikut akan membantu anda melabur secara bijak dalam talian:

@ Lindungi kata laluan anda untuk akaun pelaburan dalam talian. Simpan kata laluan di tempat selamat, dan jangan mengongsinya dalam Internet, menerusi e-mel, atau dalam telefon.

@ Jangan balas mesej remeh kecuali jika anda pasti mesej itu datang dari sumber yang disahkan. Ini termasuklah tidak menjawab sebarang mesej yang menawarkan pilihan untuk "Buang saya dari senarai anda."

@ Jangan berikan maklumat peribadi dalam e-mel atau mesej segera. Ia mungkin satu penipuan. Kebanyakan syarikat yang sah tidak akan meminta maklumat peribadi melalui e-mel.
@ Fikir dua kali sebelum membuka lampiran atau mengklik pautan pada e-mel atau mesej segera, walaupun anda mengenali pengirimnya. Jika anda tidak dapat mengesahkan dengan pengirim bahawa lampiran atau pautan adalah selamat, padam mesej itu.

@ Jangan beli apa-apa atau menderma kepada badan kebajikan menerusi e-mel remeh. Pembuat mesej remeh sering kali bertukar-tukar atau menjual alamat e-mel orang yang pernah membeli dari mereka, jadi, membeli barang melalui mesej remeh boleh menyebabkan bertambahnya mesej remeh anda.

@ Penjenayah menggunakan mesej remeh untuk mempergunakan niat orang untuk menolong orang lain. Jika anda menerima permintaan emel dari badan kebajikan yang anda ingin sokong, elakkan penipuan derma dengan menghubungi organisasi itu secara terus untuk mengetahui cara menderma.

@ Jangan majukan e-mel mesej berantai. Bukan sahaja anda tidak dapat mengawal siapa yang melihat alamat e-mel anda, tetapi anda mungkin meneruskan satu penipuan atau membantu penyebaran virus.

@ Jika anda menerima mesej e-mel yang kesat, mengganggu atau mengugut atau telah menjadi mangsa penipuan e-mel `phishing', laporkan kepada MyCERT.

@ Laporkan penipuan `phishing' dan e-mel penipuan lain kepada syarikat yang dipergunakan namanya itu dan juga kepada MyCERT. Hubungi organisasi itu secara terus dan bukan menerusi e-mel yang anda terima.

Sumber: www.esecurity.org.my

No comments: