Thursday, July 16, 2009

Cat mesra alam

PEMANASAN global dan tahap kesedaran yang tinggi dari segi penjagaan kesihatan menjadikan masyarakat kini begitu memilih. Sikap ini terbawa-bawa ketika memilih kemasan rumah terutama cat dinding.

Memahami keperluan pelanggan yang menginginkan persekitaran kediaman indah, sihat dan selamat, ICI Paints (Malaysia) Sdn Bhd memperkenalkan cat mesra alam yang mengandungi sebatian organik mudah berwap, Volatile Organic Compounds (VOC) yang rendah.

VOC adalah bahan kimia yang biasa ditemui dalam kebanyakan produk cat mengeluarkan gas apabila digunakan. Adakalanya, ia memberi kesan tidak baik kepada kesihatan dalam jangka panjang. Bahan berkenaan juga apabila dibebaskan ke udara boleh merosakkan alam sekitar kerana ia mencemarkan udara, menjejaskan kualiti air bawah tanah, selain mengu rangkan kesuburan tanah.

Cat mesra alam kurang VOC dikenali sebagai Dulux Trade Eco-Guard Series dilancarkan sempena pameran Seni Bina, Bangunan dan Hiasan Dalaman (ARCHIDEX09) baru-baru ini. Empat siri cat menerusi label ini iaitu Dulux Trade Eco-Guard Interior Plus Matt, Dulux Trade Eco-Guard Interior Plus Sheen, Dulux Trade Eco-Guard Exterior Plus dan Dulux Trade Eco-Guard Interior Plus Anti-Bacteria.

Cat emulsi premium bera saskan akrilik ini direka dengan perlindungan bermutu tinggi sesuai untuk dinding luar dan dalam kediaman. Ia turut dilengkapi ciri tambahan mudah dicuci, tahan cuaca dan antibakteria bagi memenuhi keperluan spesifik.

Rumusan formula antibakteria Dulux Trade Eco-Guard Interior Plus Anti Bacteria mam pu melindungi persekitaran dalam rumah kerana mampu menghapus kuman. Kelebihan ini menjadikannya pilihan utama bangunan awam dan komersial seperti sekolah, pusat kesihatan, pejabat, hotel dan tempat yang memerlukan tahap kebersihan tinggi.

Dulux Trade Eco-Guard Water-Based Sealer pula menawarkan kesan mengujakan dan tahan lama ke atas pelbagai permukaan dinding, selain dapat menutup rongga dinding, berciri menentang alkali, mudah melekat dan membentuk lapisan seragam kemasan dinding.

No comments: