Wednesday, June 3, 2009

Perlu tegas, bijak dengan anak

MENDIDIK anak memerlukan banyak kesabaran. Dalam proses membesarkan anak, banyak perkara perlu ditempuh ibu bapa untuk menjadikan mereka insan berguna.

Sepanjang tempoh mendewasakannya, banyak juga perkara perlu dipelajari ibu bapa.
Namun, bukan semua anak boleh mendengar teguran anda dengan mudah.

Tidak dinafikan ada yang pening memikirkan kaedah berdepan dengan situasi sebegitu.
Adakah wajar memukul dan meninggikan suara apabila anak menjawab teguran anda? Ikuti panduan berikut yang mungkin boleh membantu:

* Pendekatan terbaik adalah bersikap tegas dan bijak. Luangkan sedikit masa untuk berfikir. Kita memerlukan dua orang untuk bertengkar.

Anak-anak tidak mampu bergaduh dengan sendiri dan jika berlaku keadaan ini, ia dikira membebel seorang diri.

* Katakan sekali saja

Praktikkan menggunakan kes anda sebagai contoh dan kemudian, usah mengungkit. Biarkan saja komen kurang enak daripada anak. Jika perlu, tinggalkan situasi itu. Biarkan anak menyesuaikan diri dengan perkataan - Sudah!

* Berikan mereka peluang merungut sedikit.

Asalkan segalanya dilakukan tanpa melampaui batas, anak anda boleh diberi peluang menyuarakan perasaannya. Pada kebiasaannya, dia mungkin akan berkata: "Mengapa saya perlu buat begitu?"
Ingatlah, persoalan itu tidak semestinya dijawab. Lazimnya, bebelan anak sebenarnya bermakna dia akan lakukan apa yang disuruh walaupun tidak suka.

* Tetapkan peraturan untuk berdebat

Sesetengah kanak-kanak sebenarnya suka berdebat mengenai sesuatu isu. Jika anak anda sukakan idea ini, pastikan peraturan ditetapkan iaitu bila dan bagaimana isu boleh diperdebatkan.

Misalnya, larangan meninggikan suara, tidak memanggil dengan nama yang bukan-bukan dan mendengar pandangan orang secara senyap. Syarat itu sebenarnya menjadi latihan terbaik untuk anak belajar membuat pilihan dalam hidup di masa depan.

Selain itu, anak anda perlu memahami kebenaran bahawa terdapat sesetengah perkara yang tidak boleh diperdebatkan. Ia menjadi hak mutlak atau sesuatu yang lebih baik untuk membiarkan ibu bapa membuat keputusan.

* Berikan pilihan.

Daripada sekadar memberi anak arahan, cuba tawarkan anak untuk membuat pilihan. Anak yang suka berdebat biasanya tidak akan mempunyai banyak peluang untuk berlatih kemahiran berkenaan jika anda menawarkannya pilihan.

Misalnya, elakkan daripada berkata: "Buat kerja rumah sekarang juga." Sebaliknya, anda boleh memberikan alternatif kepada anak dengan berkata: "Adakah kamu mahu buat ulang kaji atau basuh pinggan mangkuk dulu?"

Jika jawapan yang diberikan: "Bukan kedua-duanya," mungkin anda boleh memberi senyuman manis dengan berkata: "Jadi, tiada satu pun antara dua pilihan itu yang kamu mahu?"

* Fikir balik

Mengata di belakang bukanlah satu tabiat terpuji. Anak yang melawan cakap ibu sekali-sekala besar kemungkinan akan terus melakukan perkara sama atau keadaannya boleh bertambah teruk.

* Jelaskan harapan anda

Luangkan masa untuk membincangkan perkara ini dengan anak. Beritahu anak mengenai akibatnya jika cakap di belakang. Antara akibat itu adalah anak hilang keistimewaan yang dinikmatinya sekarang seperti penggunaan telefon, menonton televisyen atau peluang melawat kawan.

* Jangan biarkan

Bila-bila saja anak melawan kata-kata anda, hentikan perbualan itu dengan serta-merta. Jika perlu, keluar dari bilik atau tinggalkan anak sebentar.

Sekiranya anak mengekori anda, jadilah seorang yang tenang tetapi tegas dan maklumkan anda tidak dapat bertolak ansur terhadap sikapnya yang tidak menghormati anda. Apabila berada dalam keadaan tenang, anda boleh memutuskan akibat atau hukuman setimpal untuk anak-anak yang melawan cakap.

* Didik

Jika anak anda yang biasanya menunjukkan rasa hormat tiba-tiba berubah sikap, renung matanya dengan bersungguh-sungguh dan ingatkan perbuatan melawan cakap tidak sesekali dibenarkan.

Teruskan perbualan itu jika dia tidak melawan kata dan pastikan anak memenuhi permintaan anda. Sebaliknya, elakkan daripada berdebat mengenainya.

5 comments:

dkama said...

Doakan dkama cepat2 dapat anak k... Ehm ;-)

mama idzareef said...

kalo anak tak dengar cakap selalunya saya babap aje..huhu..teruk kan..kurang kesabran la nk berpsikologi2 bagai... ;p

Meooo Comicore Club said...

yg pasti... mesti cium2 pipi baby ... huhuhuhu..

adeh, bilelah nk kawen nie?

eiza in the house.. said...

susah juga nak kompromi ngan anak2 tu..

tak tau lah leh jd mak yg bijak ke tak nanti..huhu

sharhanah said...

dkama: berdoa & berusaha sungguh-sungguh!

mama idzareef: babab pelan2 takpe :) mcm smooth criminal laks

meo188: memang bagus utk perkembangan bayi... meo, apalagi, dah ade calon ke?

eiza in the house.. : itu la...