Saturday, June 13, 2009

Kabinet pasang siap praktikal


USAHA mengindahkan ruang kediaman menuntut daya kreativiti dan kesungguhan pemiliknya.
Bagaimanapun, ada yang melantik pereka hiasan dalaman untuk mengilhamkan gaya dekorasi terbaik kerana kurang yakin dengan kebolehan diri sendiri.

Kini, alternatif menggunakan kabinet pasang siap antara langkah terbaik untuk menjimatkan ruang.

Keistimewaan kabinet pasang siap ialah ia sesuai diletakkan di mana-mana ruang sama bilik luas atau ruang sempit.
Ia menampilkan suasana lebih praktikal, kemas dan menyerikan penataan ruang.
Ia juga membuatkan suasana penataan bilik tidur lebih tersusun dan kemas.

Kabinet pasang siap lebih praktikal, namun anda perlu teliti memilih jenis material, warna, reka bentuk dan ruang untuk dipasang kabinet itu.

Pelbagai aspek perlu diambil kira bagi memastikan pemasangan kabinet itu kekal bagi mengelak tambahan kos.
Berikut beberapa panduan memasang kabinet berkenaan:

* Ia perlu mengikut kesesuaian ruang dan anda bebas mengukur sendiri atau melantik pereka hiasan dalaman untuk menyesuaikan ukuran kabinet dengan bilik tidur.

* Pilih kabinet siap dipasang bermutu tinggi dan tahan lama.

* Bahagian pintu kabinet pula perlu dilengkapi dengan engsel kukuh dan mementingkan ciri keselamatan.

* Pilih engsel bermutu tinggi yang membantu pintu dibuka dan ditutup dengan mudah.

* Pilih pintu yang tertutup secara automatik kerana lebih senyap dan tidak terhempas ketika dilepaskan.

* Rancang dengan teliti barangan yang hendak disimpan dalam kabinet itu bagi mengelak terlalu padat.

* Kabinet lebih kemas jika dimuatkan dengan para, laci dan rel menggantung pakaian.

No comments: