Monday, April 13, 2009

Permaidani penyeri kediaman

SELESANYA dapat berbaring dan memijak permaidani gebu. Kenikmatan yang cuma diperoleh apabila memilih ambal dan permaidani sebagai kemasan lantai baik dihamparkan di ruang penting mahupun dipasang dinding ke dinding.

Pakai hiasan dalaman dan penulis http://www.citycarpet.com, Stephen Robins laman web mengakui permaidani antara elemen yang mampu mengindahkan kediaman. Menurutnya, permaidani ini membabitkan berbilang jenis namun yang paling popular adalah jenis dihasilkan mesin tenunan.

Permaidani tenun mengetengahkan aneka warna dengan rekaan rumit dan eksotik. Namun, rancang sebelum beli supaya tidak salah membuat pilihan.

Pemilihan warna dan corak amat penting. Bilik sempit dan gelap misalnya, elok dihiasi permaidani warna putih. Namun, bagi yang memiliki anak kecil, elakkan memilih corak putih kerana sukar memastikan ia kekal bersih dan berada dalam keadaan baik.

Sebaliknya, pilih permaidani warna gelap dan semula jadi kerana ia mampu menyembunyikan kotoran dan cela.

Selain itu, warna semula jadi boleh dipadankan dengan sebarang warna. Ini memudahkan anda jika berhasrat menukar warna cat dinding. Anda tidak perlu memikirkan motif dan latar permaidani yang sesuai bergandingan dengan cat anda itu. Selain warna alam, yang berwarna dan dramatik juga antara pilihan baik.

Permaidani kekal berseri andai selalu dibersihkan. Tumpahan air di permaidani sebaiknya dibersihkan dengan air sejuk dan bersih menggunakan kerta tisu dan tuala lembut. Vakum segera tompok kotoran agar tidak meninggalkan kesan comot di permaidani.

Hindari menyarung kasut di rumah kerana ia menjejaskan mutu permaidani. Pastikan jadual permaidani dipatuhi jika mahu kemasan anda itu berada dalam keadaan baik.

Marcia Cox yang menulis untuk laman web http://yourremodeling.com berpendapat, permaidani dan ambal hiasan wajib lantai terutama lantai jubin. Bagi yang bermotif klasik seperti permaidani Oriental, dianggapnya satu pelaburan kerana berpotensi menjadi antik.

Disebabkan permaidani dijual mahal, maka wajib bagi kira menjaganya dengan baik supaya tahan lama.

Bagaimanapun, kebanyakan permaidani di pasaran kini diperbuat daripada gentian sintetik tiruan yang mudah diselenggara. Ia direka sedemikian untuk menyembunyikan kesan tumpahan dan kotoran dalam jangka masa pendek sebelum dibersihkan selepas itu.

Apapun, penjagaan dan pembersihan permaidani perlu dilakukan berterusan bagi menjamin keindahannya yang berkekalan.

Info

Permaidani

* Pembersihan perlu dilakukan secara berjadual supaya kotoran dan debu yang merosakkan tekstur tidak berkumpul.

* Ketika membersih permaidani pastikan setiap sudut dan bucu divakum bagi membuang segala debu, kotoran dan comot tersembunyi.

* Pilih kaedah membersih yang mampu melindungi gentian dan kualitinya. Misalnya, yang diperbuat daripada bulu biri-biri tidak upaya menentang pelelasan dan haba melampau.

* Kesan tumpahan air dan kotoran memerlukan kaedah pembersihan berbeza. Kotoran berpunca daripada haiwan peliharaan misalnya, perlu dibersih segera bagi mencegah cela kekal.

No comments: