Tuesday, April 14, 2009

Empat cara mudah untuk membuat simpanan tetap


1 GANTIKAN hiburan kepada aktiviti reakreasi

Anda boleh menggantikan aktiviti hiburan seperti movies, shows, teater dan theme park kepada aktiviti rekreasi yang lebih murah berbanding aktiviti hiburan yang berkos tinggi dan memberi kepuasan sementara sahaja (beberapa jam atau sehari). Jadi, jomlah kita bersiar-siar di taman permainan dengan keluarga di petang hari. Sambil kita sumai isteri dapat berdua-duaan di kerusi panjang, anak-anak pula riang ria bermain gelongsor.

2 Jauhi pusat membeli-belah / shopping mall dan specialty shop

Memang susah nak elak betul tak? Kebarangkalian untuk kita membeli barang yang tiada dalam senarai sangat tinggi bila sampai shopping mall. Sampai-sampai pintu masuk dah ada salesman approach suruh beli barang itu ini, belum lagi dengan pelbagai banner promosi `sales' sana sini. Huhu, kalau goyah, maunyer lebih 5 kali swipe kad kredit tu.

3 Tetapkan matlamat simpanan anda!

Letakkan matlamat pada setiap matlamat anda. Sebagai contoh, untuk menunaikan ibadat haji, Orang dah biasa cakap, matlamat kita mestilah SMART (specific, measurable, achievable, realistic and can be accomplished on a timed basis). Bila anda dah mulakan simpanan tetap, lama-lama anda dah biasa dengan habit tersebut dan anda semakin rasa enjoy! Tak percaya ? Cuba mulakan langkah anda hari ini!

4 Kurangkan perbelanjaan dan jangan buat hutang.

Mungkin kita boleh kurangkan perbelanjaan kat mana-mana yang patut. Paling mudah, kita boleh naik public transport ke pejabat dan bawa bekal ke pejabat. Kadang-kadang jika tiada urusan, ada juga saya selang seli menggunakan public transport dan membawa bekal. Ternyata sejumlah RMXXX dapat dijimatkan.

No comments: