Wednesday, April 29, 2009

Cermin mata terkini



CERMIN mata gelap menjadi antara elemen yang menyempurnakan gaya. Ramai yang menggayakannya untuk tujuan melaram di samping fungsi untuk melindungi mata daripada panahan matahari terik. Bagaimanapun, jangan terlalu ghairah bergaya sehingga menjadi mangsa fesyen apabila tersalah pilih bentuk cermin mata.

Tidak semua bingkai kaca mata sesuai untuk anda. Biarpun bentuknya cantik tidak semestinya ia kelihatan menarik apabila dipakai. Oleh itu, ketika memilih cermin mata betul adalah pemilihan tepat dari segi bentuk dan warna penting bagi menyerlahkan personaliti anda.

Langkah pertama ketika memilih kaca mata sesuai ialah dengan menentukan bentuk muka. Secara kasarnya, bentuk muka terbahagi kepada enam bentuk iaitu bujur sirih, panjang, bulat, empat segi dan berbentuk hati. Kemudian, padankan dengan bentuk kaca mata. Secara asasnya, cermin mata sebaiknya tidak terlalu menutup keseluruhan mata terutama bahagian kening mata kerana ia hanya membuatkan anda kelihatan pelik.

Beberapa jenama terkenal turut mengemukakan rekaan terbaru untuk musim bunga/panas tahun ini dengan pelbagai gaya. Terpulang kepada anda untuk memilih dengan tepat bagi melengkapkan gaya.

Panduan pilih cermin mata sesuai

Bentuk muka bujur sirih - sesuai hampir semua bentuk bingkai kaca mata, asalkan tidak terlalu besar.

Bentuk muka panjang memiliki dagu dan pipi dengan kelebaran yang sama. Wajah lebih panjang daripada lebar - bingkai perlu menutupi sebanyak mungkin bahagian tengah wajah bagi mengurangkan jarak panjang ini.

Bentuk bulat - bingkai berbentuk lebar atau sudut tajam bagi mengurangkan bentuk bulat. Bingkai berbentuk empat segi tepat paling ideal.
Bentuk empat segi - bingkai berbentuk melengkung untuk wajah. Pemegang bingkai atau pelipis cermin mata perlu terletak sedikit tinggi daripada bahagian pelipis agar rahang tidak terlalu menonjol. Bingkai berbentuk bulat dan bujur paling sesuai.
Bentuk hati memiliki dahi luas dan kecil pada bahagian mulut dan dagu - bingkai nipis atau tanpa rim membantu mengimbangi bahagian bawah wajah. Bingkai berbentuk empat segi pada bahagian bawah untuk diseimbangkan dengan bentuk wajah. Bingkai tidak sepatutnya terletak terlalu tinggi di bahagian atas muka. Elakkan bingkai besar.

Memiliki hidung kecil - penyambung cermin mata yang terletak pada bahagian tengah cermin mata (di atas hidung) perlu berwarna cerah dan berkedudukan agak tinggi.

Memiliki hidung panjang - bingkai dengan pemegang yang terletak tinggi pada pelipis dan jauh daripada hidung adalah pilihan terbaik untuk penyambung berganda pada cermin mata juga membantu hidung tampak lebih pendek.

7 comments:

Cik Jannah said...

info yg menarik!

tp lau i lenjan jer
asl chantek sauk jer la..

hik3

dkama said...

tak bole pakai cermin mata... baru pakai 5 min dah pening... hehehe

sharhanah said...

sy pun tak reti nak pakai... rasa lemas laks... dunia jadik kecik... kelam dan tetiba jadi sunyi. Rasa nak tido jer... Hahaha

cermin mata said...

cermin mata bukan sahaja penting untuk penampilan tapi juga untuk melindungi mata dari UV

Anonymous said...

pakai spek untuk mempoyo kan diri di khalayak ramai..yg penting kelihatan style..jgn la terlalu mengikut spesifik yg penting bersesuaian je dah la..dan anda suka..org nk cakap biarkan je..lepas tu pakai dalam shopping mall..style btl

Mr. Tokey said...

post yg chntek..mohon copy..=)

sharhanah said...

:)