Tuesday, April 21, 2009

Berbasikal boleh perbaiki sistem pernafasan

* Berkayuhlah pada awal pagi kerana udara lebih segar dan tidak banyak kenderaan.

* Elakkan berkayuh di tengah panas. Pakai topi dan cermin mata gelap jika berkayuh dalam cuaca begitu.

* Buat regangan atau senaman ringan sebelum berkayuh bagi pastikan kelancaran pernafasan, selain untuk elakkan kecederaan. Lakukan sit-up, regangan belakang, tengkuk, betis dan kaki, hamstring serta bahu.

* Jangan berkayuh dengan perut kosong atau ketika terlalu kenyang. Minum air biasa atau jus. Tetapi elakkan minum susu.

* Cukup sekadar berkayuh 15 hingga 20 minit dalam masa tiga atau empat kali seminggu. Jangan paksa kemampuan anda.

* Pakaian mesti sesuai dan tidak ketat. Kasut perlu selesa dan topi keledar penting bagi elakkan kecelakaan. Wanita mesti memakai pakaian dalam yang sesuai dan ringan.

* Jika baru mula berbasikal, jangan cuba tunjuk lagak dengan berkayuh di kawasan berbukit yang memenatkan. Mulakan dengan kawasan atau laluan landai.

* Elakkan berbasikal pada waktu malam. Jika terpaksa, guna peralatan sesuai seperti lampu berkelip yang diletak di belakang tempat duduk. Pada masa yang sama, gunakan pakaian yang memantulkan cahaya.

* Jangan lupa bawa botol air. Minum setiap 15 minit untuk elakkan badan mengalami kekeringan.

* Lebih seronok jika berbasikal beramai-ramai bersama keluarga, rakan atau jiran kerana ia boleh mengurangkan kebosanan serta kepenatan.

No comments: