ASID perut yang terlalu banyak boleh menyebabkan ketidakselesaan perut dan dalam kes lebih teruk akan berlaku gastrik.
Apabila ke klinik, doktor akan menasihati supaya jangan lupa makan ubat atau mungkin terpaksa ke farmasi untuk membeli ubat yang boleh melegakan perut.
Di antara ubat yang ada di farmasi, vitamin C adalah yang paling kerap dibeli.
Bagaimanapun, tidak ramai yang menyedari vitamin C dalam bentuk asid (seperti asid askorbik) boleh mengakibatkan kesan yang tidak menyenangkan terhadap perut anda.
Oleh itu, apakah jenis vitamin C yang perlu diambil? Untuk menjawab soalan ini, anda perlu mengetahui jenis vitamin C yang boleh didapati di kebanyakan farmasi.
Terdapat tiga jenis vitamin C yang biasa:
* Jenis 1: Vitamin C dalam bentuk bebas asid (Acid Free C). Ini jenis vitamin C paling popular kerana bebas asid 100 peratus, iaitu tiada langsung asid vitamin C yang terdapat dalam produk itu.
Bagi individu yang bimbangkan gastrik atau memiliki 'perut sensitif', vitamin C bebas asid ini adalah paling selamat dan disyorkan.
Vitamin C bebas asid juga yang terbaik untuk orang tua, eksekutif yang sibuk bekerja kerap tidak mengambil makan tengah hari, perokok dan kanak-kanak. Malah, vitamin C bebas asid juga sesuai diambil semua orang.
* Jenis 2: Vitamin C dalam bentuk asid askorbik (Ascorbic Acid). Ia vitamin C yang paling lazim didapati di farmasi. Asid askorbik adalah vitamin C 'paling asas'.
Oleh kerana ia wujud dalam bentuk 'asid', jenis ini tidak disyorkan untuk individu yang menghadapi masalah gastrik atau yang memiliki 'perut sensitif'.
* Jenis 3: Vitamin C dalam bentuk 'Buffer' (Buffered C). Jenis vitamin C ini adalah kedua paling lazim didapati di farmasi. Buffering adalah satu terma digunakan saintis untuk menunjukkan vitamin C dicampur dengan 'agen buffer' untuk mengurangkan asid.
Bagaimanapun, bentuk vitamin C ini tidak 100 peratus bebas asid. Hasil proses buffering, produk akhir akan mengandungi sedikit asid askorbik dan tidak begitu sesuai untuk individu menghadapi masalah gastrik atau yang memiliki 'perut sensitif'.
Jika anda tidak pasti jika vitamin C yang anda ambil tidak berasid, lihat label produk. Jika tertulis asid askorbik pada senarai kandungan atau tertera perkataan 'rendah asid', vitamin C itu sememangnya mengandungi asid.
Perkataan `bebas asid' atau `acid free' perlu tertera pada label produk vitamin C yang 100 peratus tidak berasid. Ini menunjukkan vitamin C sememangnya 100 peratus tidak mengandungi asid.
Oleh itu, jika rakan sekerja atau ahli keluarga anda mengalami selesema, pastikan anda memilih vitamin C 100 peratus tidak berasid untuk mereka.
Anda hanya akan memilih bentuk vitamin C 100 peratus bebas asid berikutan mengambil berat mengenai kesihatan mereka penting buat anda.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi 03-55694337/ 03-55693660 ataupun e-mel: ask-kordels@cambert.com.my
1 comment:
Terima kasih di atas info yg berguna utk saya & mgkn juga rakan2 lain.
Post a Comment