Wednesday, June 24, 2015

Tip penjagaan komputer riba (laptop)

1. Bateri

* Elakkan daripada penggunaan bateri dan digalakkan untuk menggunakan kuasa terus dari punca elektrik.

* Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri.

* Jika bateri sudah habis dicas, digalakkan menggunakan kuasa dari adapter.

* Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula.

* Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.

2. Papan Kekunci

* Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk.

* Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak.

* Gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.

3. Skrin LCD

* Lapkan skrin selalu kerana ia mudah dimasuki habuk.

* Gunakan screen saver.

* Power management setkan pada `Turn Off monitor in ... minutes'.

* Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan.

* Jangan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan `Dead pixel'.

4. Haba Panas

* Pastikan komputer riba anda mempunyai ruang untuk mengeluarkan haba panas.

* Perlu diingat komputer riba mempunyai ruang simpanan yang kecil.

5. Surge Protector

* Fungsinya sebagai menjaga perisian dan perkakasan daripada rosak.

* Disyorkan untuk diguna bagi menjaga perkakasan dalaman komputer riba.

* Kelebihan lain Surge Protector ialah menjaga pemacu cakera keras (HDD) dan punca kuasa (Power Supply).

6. Port

* Sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk.

* Gunakan berus atau berus gigi lama.

* Pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan

No comments: