* Titik beratkan soal makan
Perut lapar boleh menyebabkan anak-anak serba tak kena. Mereka boleh melakukan banyak hal yang membuatkan anda rasa tertekan atau hilang sabar.
Justeru, pastikan perut anak sentiasa kenyang. Sebaiknya, sebelum ke destinasi, makan dulu di rumah atau restoran supaya anak-anak lebih ceria apabila sampai di tempat tujuan.
Membawa bekalan makanan dari rumah boleh menyelamatkan anda daripada banyak hal seperti anak lapar ketika dalam perjalanan atau jika terpaksa beratur panjang untuk membeli makanan.
* Bawa keperluan mengikut destinasi yang dituju
Pakaian ganti, lampin pakai buang, permainan anak, susu dan banyak lagi kelengkapan anak menjadi keutamaan ketika membawa anak-anak keluar.
Namun, jika ke sesuatu destinasi percutian, pastikan anda membawa kelengkapan sesuai dengan tempat tujuan.
Jika berkunjung ke taman tema air, pantai atau air terjun, jangan lupa bawa baju mandi dan peralatan selengkapnya bagi mengelak terpaksa membeli yang baru.
* Simpan keperluan utama anak dalam beg yang mudah dicapai
Untuk memudah atau melancarkan percutian anda bersama anak-anak pada musim cuti sekolah ini, simpan keperluan utama anak dalam beg yang mudah dicapai.
Ini bagi memudahkan anda mencapai apa juga barangan yang diperlukan dari masa ke semasa.
Mahu lagi mudah dan selesa? Gunakan beg sandang belakang kerana ia lebih praktikal untuk membawa keperluan utama.
* Bawa bersama mainan atau buku kegemaran anak
Bagi mengelak anak anda bosan sepanjang perjalanan atau ketika menunggu giliran, bawa bersama mainan atau buku kegemarannya.
Mainan dan buku yang baru dibeli mungkin lebih memberi tarikan berbanding mainan dan buku yang biasa mereka lihat. Letak mainan atau buku ini dalam beg yang mudah dicapai.
* Bawa ubat-ubatan anak bersama
Ke mana pun anda pergi, jangan lupa membawa ubatubatan anak terutama jika ada penyakit tertentu. Jika pun sihat, ubat demam, selesema dan batuk wajib dibawa ke mana juga anda pergi.
* Utamakan waktu rehat anak
Berjalan bersama anak memerlukan kita mengikut rentak mereka. Elak berjalan berterusan sedangkan anak anda sudah keletihan dan mengantuk.
Keletihan menyebabkan mereka meragam, sekali gus membangkitkan kemarahan dan memberikan tekanan kepada anda.
Rancang waktu dengan memberi ruang rehat secukupnya kepada anak anda sebelum memulakan aktiviti.
Keletihan ng berterusan boleh mengganggu kesihatan anak.
* Sentiasa berlapang dada
Dengan keadaan yang sesak dan cuaca yang tidak menentu, banyak hal boleh berlaku. Apapun, nikmati percutian anda bersama anak-anak dengan hati yang terbuka.
Sentiasa berlapang dada dengan segala kerenah anak-anak.
Kegembiraan itu datangnya daripada hati. Jika hati ikhlas dan sabar melayan kerenah anak-anak dan menukarkan segala perasaan negatif kepada positif, percutian anda bersama anak-anak pasti menyeronokkan.
Percutian yang singkat pada cuti sekolah itu pastinya menjadi kenangan terindah bukan saja untuk anda, tetapi anak-anak. Selamat bercuti!
Sumber : Harian Metro - Variasi - Oleh Suliati Asri

No comments:
Post a Comment