Terdapat beribu-ribu aplikasi berkaitan kereta yang boleh dimuat naik ke telefon pintar, manakah yang sesuai untuk membantu pemanduan anda? Berikut adalah senarai aplikasi terbaik yang boleh anda dapati di pasaran.
Dengan 700,000 aplikasi di iOS untuk iPhone dan 600,000 di Android, teknologi kini semakin memudahkan kehidupan seharian. Malahan, ia menjadi rutin di mana anda boleh membaca artikel semasa hendak ke cafint, memantau kesihatan dan diet anda - kesemuanya semasa anda sedang menuju ke destinasi yang dipilih. Terdapat beberapa aplikasi di pasaran untuk kemudahan anda seperti memerhati kelajuan kereta, mencari tempat letak kereta dan mengenalpasti perangkap kelajuan; kesemuanya di hujung jari anda.
Berikut adalah lima aplikasi berkaitan kereta yang terbaik, untuk membantu memudahkan kehidupan anda.
1. TRAPSTER
Ia merupakan aplikasi berasaskan peta yang akan mengingatkan anda di dalam masa-sebenar mengenai perangkap kelajuan, lampu merah, kamera kelajuan, kemalangan dan lain-lain perkara berbahaya di jalan raya. Trapster menggunakan antaramuka yang mudah, grafik 3D dan 6 pilihan bahasa, ini termasuklah penggunaan bahasa Inggeris dengan loghat Australia sehinggalah kepada suara garau. Ianya boleh digunakan untuk sistem Android dan iOS. Trapster kini mempunyai 18.5 juta pengguna dan telah merakam 6.2 juta perangkap dan halangan.
2. WAZE
Aplikasi berasaskan komuniti ini amat berguna. Ia mengingatkan anda mengenai kesesakan jalan raya dan memberi laluan terbaik untuk ke destinasi yang dipilih tanpa perlu mengharungi kesesakan tersebut. Ia juga memantau halangan jalan raya, perangkap kelajuan polis, kemalangan, penutupan jalan dan lain-lain lagi. Tambahan lagi, ciri komunitinya membolehkan anda menyumbang terhadap pemberitahuan status kesesakan sebaik anda membuka aplikasi Waze apabila memandu.
3. MY CAR LOCATOR
Dengan `MyCar Locator' untuk Android, anda tidak akan lupa tempat anda meletak kereta. Ia merupakan aplikasi berasaskan GPS yang mudah diguna kerana ia dapat mengingat tempat anda meletak kereta. Dengan menekan sekali, anda akan dibantu untuk menjejak kembali ke lokasi kereta. Maklumat yang perlu akan tertera sepanjang masa anda menggunakannya. Aplikasi ini juga memaparkan jarum yang sentiasa menunjuk ke arah kereta anda dan sistem pengukuran yang boleh diubah. Ia menyimpan maklumat mengenai lokasi kereta anda dengan menggunakan fungsi GPS di dalam masa- nyata.
4. iFIND MY CAR
Sama seperti `MyCar Locator', `iFind My Car' merupakan aplikasi penentu lokasi bagi peranti iOS (iPhone). Sebaik melancarkan aplikasi, tekan `Pin Car' untuk merakamkan lokasi anda. Apabila anda ingin kembali ke kereta, pilih fungsi 'Walk Me' dan anda akan ditunjukkan laluan ke kereta melalui GPS. Aplikasi ini akan menggunakan fungsi getaran sebaik anda hampir dengan kereta anda.
5. DASHBOARD ASSIST
Impikan aplikasi yang mengumpul maklumat lengkap mengenai kereta anda yang kemudiannya diperagakan dengan grafik menarik? Kini anda boleh, kesemuanya dengan `Dashboard Assist' yang direka khas untuk peranti Android. Ia adalah aplikasi dashboard di dalam kereta yang menggunakan paparan kamera bagi memaparkan paparan realiti maya yang menunjukkan kelajuan, statistik kereta dan sebagainya. Gunakan versi PRO dan nikmati ciri-ciri tambahan seperti jarum penunjuk ala LCD yang boleh diubah, penunjuk kelajuan dengan fungsi suara, pengukur tekanan `g-force', lampu ECO yang menunjukkan minyak yang digunakan setiap batu, jarak yang telah dilalui, kompas berasaskan GPS dan banyak lagi. - Dapatkan tips dan panduan pembelian kereta dari www.carlist.my
No comments:
Post a Comment