Saturday, July 13, 2013

Atasi masalah kulit kaki kasar




MASALAH kulit kaki kasar atau tapak kaki pecah tidak hanya mengganggu penampilan malah ada kalanya menyebabkan kaki sakit kerana melecet.

Kulit merekah juga antara perkara biasa yang berlaku dalam kalangan wanita kerana semakin bertambah usia, semakin mudah masalah ini timbul.

Antara punca tumit merekah adalah tidak cukup minum air, mandi air panas, berendam dalam air panas untuk tempoh lama, menggunakan sabun yang tidak sesuai pada kaki dan memberus kaki ketika ia berada dalam keadaan kering.

Untuk mengelak masalah berlanjutan, penjagaan harian perlu dilakukan. Ia tidak memerlukan masa yang lama dan kos tinggi malah boleh dilakukan di rumah.

Waktu terbaik untuk mencuci kaki adalah sebelum tidur kerana kaki akan berehat dan tidak terkena debu. Boleh juga merendam kaki dalam air suam atau yang dicampur dengan garam selama 10 minit, gosok secara perlahan-lahan kemudian cuci menggunakan sabun yang bersifat lembut.

Cara ini akan menyingkirkan sel kulit mati dan menjaga kulit supaya sentiasa sihat.

No comments: