Tuesday, April 2, 2013

Jagung manis madu





* Nama saintifik bagi jagung ialah zea mays.

* Jagung adalah tanaman makanan penting di dunia dan di Malaysia, namun ia masih menjadi tanaman sampingan saja.

* Seperti padi, jagung termasuk dalam keluarga rumput.

* Kegunaan jagung ialah sebagai makanan ternakan, makanan manusia dan bahan mentah untuk pengeluaran industri seperti gula, kanji dan minyak.

* Terbaru, jagung juga menjadi bahan utama dalam pembuatan resin plastik mesra alam dan bahan bakar mesra alam.

* Jagung mempunyai nilai kanji yang tinggi berbanding dengan protein dan gula. Ia berupa tongkol yang mengandungi bijian berbeza dari segi bentuk, saiz, warna dan jenisnya.

* Komposisi nutrien mengandungi protin, lemak, karbohidrat, gentian, kalsium, natrium, karotin, retino equivalent, vitamin B1, B2, C dan niasin.

* Pokok jagung mempunyai batang yang lurus, buku yang tebal di bahagian bawah dengan ketinggian sehingga 4.5 meter.

* Bentuk daunnya lamina panjang dan hujungnya bentuk akut.

* Daun berbulu halus di permukaan dan tersusun secara berselang pada batang.

* Bunga jenis Monosius. Panikel jantan padat dan banyak cabang mempunyai spikelet jantan.

* Setiap spikelet mempunyai dua floret jantan, manakala spikelet betina mengeluarkan dua floret.

* Benangsari panjang terbit dari ovari hingga ke hujung tongkol.

* Terdiri dari akar redikel dan akar seminal yang juga akar primer untuk menyokong pertumbuhan pokok.

* Terdapat beberapa jenis jagung seperti klon Thai Supersweet, Manis Madu dan Mas Madu.

* Tanaman ini memerlukan suhu antara 30 hingga 35 darjah Selsius dengan taburan hujan 500 hingga 700 milimeter (mm) setahun.

* Kedalaman tanah melebihi 50 sentimeter (cm) selain dari pasir yang tak bertekstur dan lempung.

* Penyediaan kawasan adalah perlu dibajak piring sedalam 22 cm dan dibajak putar sekali selain tanah gambut perlu dikapur.

* Penanaman di ladang membabitkan jenis bahan tanaman biji benih, jarak tanaman 50cm dalam baris, 75 cm dalam baris dan satu hingga dua biji benih ditanam sedalam 3 hingga 4 cm.

* Penyiraman boleh dibuat secara manual atau pun menggunakan sistem pengairan renjis. Anggaran kos sistem renjis adalah antara RM5,000 hingga RM8,000 per hektar.

* Kawalan rumpai membabitkan campuran 4.6 liter alachlor (lasso) dengan 500 liter air digunakan sebagai racun pracambah bagi kawasan sehektar, manakala merumput secara manual juga dibuat dari sehari ke sehari.

* Serangga pengorek batang (ostrinia salentalis) antara perosak tanaman jagung.

* Ibu perosak bertelur di atas daun dan larva yang keluar memakan daun dan ke batang yang menyebabkan terowong. Perosak meninggalkan kesan najis atau frass.

* Selain itu ia juga diserang ulat daun (spodoptera litura). Larva memakan daun, pucuk pokok dan kadangkala rerambut dan hujung tongkol.

* Pengorek buah (helicoverpa armigera). Larva mengorek tongkol dan merosakkan biji jagung.

* Karat daun (puccinia polysora) juga perosak jagung. Bintik lonjong berwarna perang di urat daun, selain penyakit kulapok downy, hawar upeh atau daun dan reput batang.

* Kutipan hasil boleh dilakukan antara 68 hingga 72 hari selepas menanam.

* Teknik kutipan hasil dengan tongkol jagung dipetik menggunakan tangan yang dilakukan pada pagi atau petang saja.

* Pengendalian pascatuai adalah pada suhu biasa, jagung segar boleh disimpan selama 24 hingga 36 jam.

* Pada suhu 3 hingga 5 darjah Celsius, ia boleh disimpan selama tiga minggu.

* Setiap hektar tanaman ini mampu mengeluarkan 30,000 tongkol jagung.

Sumber: Harian Metro - Variasi 

No comments: