Tuesday, April 9, 2013

Daging, telur puyuh kaya zat

Daging puyuh
Gambar ihsan: Google


* Nama saintifik bagi jenis pedaging, Japanese Quail atau Coturnix Japonica tergolong dalam keluarga Phasianidae.

* Burung berkenaan terdapat di kawasan hutan, ladang pertanian, sawah kering atau semak belukar.

* Antara spesies yang terkenal di dunia adalah jenis American Bobwhite, California quail, Common quail, Rail quail dan Chinese Painted Quail,

* Pemeliharaan puyuh pedaging tidak memerlukan kawasan yang besar kerana saiz puyuh jauh lebih kecil berbanding unggas lain seperti ayam.

* Pemilihan tapak kawasan penternakan sebaiknya jauh dari kawasan perumahan dan ladang unggas yang lain.

* Kawasan penternakan burung ini perlu bebas dari banjir dengan mempunyai kemudahan jalan bagi pengangkutan barangan dari luar ke ladang dan sebaliknya.

* Peredaran udara yang baik juga perlu diambil kira dalam pemilihan kawasan, manakala keperluan reban tertakluk kepada kumpulan ternakan atau kekerapan pengeluaran puyuh pedaging.

* Selain mudah dipelihara dan menguntungkan, penternakan burung puyuh tidak memerlukan modal yang besar.

* Spesies ini boleh dipelihara oleh anggota keluarga di pekarangan rumah, memerlukan makanan yang rendah dan tidak banyak masalah mengenai penyakit.

* Daging puyuh dan telur mengandungi zat yang tinggi dan jarak generasi pendek, selain berupaya mengeluarkan tiga hingga empat generasi setahun.

* Burung puyuh jenis Conturnik Japonica dari Jepun mengeluarkan 240 hingga 280 biji setahun, Japanese Seatle dari Amerika Syarikat (240 hingga 260 biji), Japanese Taiwan (220 hingga 250 biji), Puyuh Putih, India (220 hingga 250 biji dan Kacukan Tempatan (220 hingga 250 biji).

* Burung puyuh dipelihara secara intensif di dalam reban sepanjang masa.

* Pengurusan dibahagi kepada empat peringkat iaitu anak burung puyuh berumur sehari hingga tiga minggu, jurusan pedaging, jurusan penelur dan jurusan baka puyuh.

* Sebuah reban diperlukan untuk melindungi burung puyuh (ketika anak, membesar dan bertelur) dari musuh, cuaca buruk dan kawalan penyakit.

* Bulatan untuk perindukan 1,000 ekor anak puyuh dan peralatan perindukan hendaklah disediakan sebelum ketibaan anak puyuh.

* Untuk sistem menggunakan kotak khas, sekeliling bangsal perlu ditutup dan gunakan kertas jenis `corrugated' sebagai alas lantai dalam kotak.

* Pengurusan perindukan amatlah penting kerana kegagalan memenuhi kehendak anak puyuh mengakibatkan peratus kematian tinggi dan kadar pembesaran terencat.

* Perindukan adalah pemeliharaan anak puyuh dengan menjaga keperluan suhu dan peredaran serta pengudaraan yang sempurna selama antara 10 dan 14 hari.

* Luas kawasan perindukan bagi 1,000 ekor anak puyuh adalah 30 sentimeter persegi atau setiap ekor.

* Keperluan suhu yang sesuai adalah antara 35 dan 36 darjah celsius pada tiga hari pertama. Selepas itu suhu dalam bilik boleh dikurangkan mengikut keadaan hari.

* Pemberian haba tamat pada hari ke sepuluh dan suhu yang rendah mengakibatkan kematian puyuh kerana ia akan berhimpit dan bertindih, manakala suhu yang terlalu tinggi akan menyebabkan kematian kerana tekanan kepanasan.

* Anak puyuh yang mati perlu dikeluarkan setiap hari dan dibuang.

* Pemberian antibiotik boleh diberikan mengikut situasi.

* Kelewatan menjual puyuh akan menyebabkan ia mencapai umur kematangan seksual (mengeluarkan telur) dan ini akan menjejaskan kualiti daging.

* Bagi penternakan puyuh pedaging, lazimnya pengusaha digalakkan menjalankan aktiviti sembelihan dan menjual puyuh secara bersih proses.

Sumber: Harian Metro - Variasi - Oleh Mohd Sabran Md Sani 

No comments: