1 LAPISAN kayu, gunakan cat asas kayu disusuli dengan satu lapisan cat alas dan dua lapisan cat kilat.
2 Permukaan besi dan keluli, satu lapisan cat asas logam oksida merah atau cat asas logam zink kromat disusuli dengan satu lapisan cat asas sebelum mengecat dua lapisan cat kilat.
3 Bagi permukaan besi yang baru atau pernah dicat, pastikan permukaan itu kering bersih daripada habuk karat dan minyak.
4 Cat ini sedia digunakan dan jika perlu gunakan pencair kegunaan am atau `turpentine'.
5 Biarkan lapan jam atau hingga kering sebelum mengecat semula.
PANDUAN MENGECAT
* PERSEDIAAN
- Pastikan ruang yang mahu dicat itu kosong.
- Tampalkan pita pelekat pada tingkap, birai dan suis lampu.
- Tutup perabot dan lantai dengan surat khabar lama.
- Pastikan dinding bersih daripada sebarang bekas paku, cat luntur, rekahan atau lelehan air pada cat lama.
* Panduan Keselamatan
- Baca label dan fahami arahan yang diberikan.
- Pakai topi, sarung tangan dan pelindung mata yang sesuai.
- Jauhkan cat daripada kanak-kanak.
- Simpan lebihan cat di tempat sejuk, kering dan berudara.
- Jika terkena mata, cuci dengan air yang banyak. Dapatkan rawatan sekiranya sakit berterusan.
- Jika terkena kulit, kesat segera dengan kain dan cuci menggunakan air serta sabun.
- Tutup tin cat dengan rapat selepas digunakan. Jangan biarkan cat terdedah.
- Gunakan beg sampah khas untuk cat dan pastikan ia dibuang ke dalam tong sampah bertutup.
- Pastikan peredaran udara baik ketika mengecat. Buka tingkap dan pintu jika ada bau kurang menyenangkan.
* Empat langkah sebelum mengecat.
- Pastikan dinding diperiksa dan semua kesan yang tidak sepatutnya diperbetulkan untuk mendapatkan liputan sekatan dan tahan lebih lama.
- Lubang dan rekahan - Tampal dengan bahan penampal dan gunakan kertas pasir pada bahagian yang ditampal.
- Permukaan kasar - Gunakan kertas pasir untuk meratakan permukaan.
- Bekas paku - Tampal dengan penampal Cat terkopek - Kikis dan bersihkan dengan pisau pertukangan.
- Gunakan kertas pasir untuk meratakan permukaan.
* Panduan ketika mengecat Siling.
- Mulakan dengan mengecat siling bagi mengelakkan cat menitik ke atas permukaan yang baru dicat.
- Cat mengikut arah lebar terpendek untuk hasil lebih sekata.
- Dinding - Mulakan dengan sempadan dinding dan sapukan ke bawah. Pada dinding atau pintu, cat bahagian atas diikuti bahagian tepi dan bawah.
- Pintu dan tingkap - Tutup kawasan seperti tombol dan sendal yang tidak perlu dicat dengan pita pelekat.
- Cat bahagian dalam bingkai, diikuti luar. Untuk pintu, cat permukaan yang timbul diikuti panel, segmen mendatar, segmen menegak dan diakhiri dengan bingkai.
- Lantai - Bahagian terakhir selepas cat pada dinding, pintu dan tingkap kering.
Sumber: Berita Harian
Wed, Jul 6, 2011
1Klassifieds
No comments:
Post a Comment