* Rancang perbelanjaan lebih awal sebelum memperoleh gaji
* `Bayar' kepada diri sendiri dulu (buat simpanan wajib seperti saham dan sebagainya)
* Belanja pada waktu perlu saja dan jadilah pengguna yang bijak
* Jangan terikut budaya orang lain. Tingkatkan pemikiran kita, tetapkan pendirian dan bangga dengan siapa kita dan apa yang kita ada
* Didik ahli keluarga untuk hidup bersederhana
* Tetapkan perbelanjaan untuk keperluan saja
* Muhasabah
Petua rumah tangga bahagia
* Sering melakukan kegiatan bersama seperti makan, berjalan, membeli- belah, beriadah dan mandi bersama
* Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan
* Kreatif mencipta suasana harmoni dan tenang dalam rumah tangga
* Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis ketika bercinta dan berbulan madu
* Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh menasihati.
* Suami jangan tumpu perhatian berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri
* Sentiasa berlembut segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga
* Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri
* Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya
* Keluarga Islam amalkan sembahyang berjemaah bersama ahli keluarga
Sumber: Berita Harian - Inspirasi
No comments:
Post a Comment