Sudah lama saya menggunakan aplikasi Setel, baru sekarang nak buat entri mengenainya.
Buat pengetahuan pembaca, hanya stesyen minyak Petronas menggunakan e-pembayaran bahan api pertama di Malaysia! Kini terdapat di lebih daripada 700 stesen PETRONAS & berkembang pesat di seluruh negara.
Setel memudahkan pelanggan mengisi petrol tanpa ke kaunter. Ia adalah pilihan pembayaran yang lebih selamat dalam kenderaan anda!
Dengan Setel, pelanggan dapat memantau penggunaan petrol hanya di telefon pintar! Cara menggunakannya pun mudah. Hanya pilih nombor pam, pilih amaun dan isi.
Jika pelanggan mempunyai Kad Mesra, pautkan dan aktifkannya ke dalam aplikasi tersebut untuk tebus mata Mesra di Setel tanpa kad. Saya sudah menebus mata Mesra dengan petrol percuma! Ia sangat membantu dikala tiada nilai dalam Setel anda :)
Psttt... Harus diingatkan, pastikan telefon pintar anda ada sambungan internet ya. Begitu juga dengan amaun di Setel. Anda boleh menambah nilai dengan menggunakan kad Kredit / Debit dan perbankan dalam talian untuk mengisi minyak lebih cepat. Ia membantu anda mengawal wang dan masa jika anda mengautomatikkan wallet Setel.
Dengan Setel, pelanggan akan mendapat pemberitahuan mingguan mengenai harga bahan api terkini untuk semua jenis bahan api. Bukan itu sahaja, anda dapat menjejaki perbelanjaan bahan api bulanan! Dapatkan penyata bulanan sebagai tambahan kepada resit yang boleh dimuat turun untuk tuntutan anda yang lebih muda.
Cara membeli bahan bakar di Setel
Untuk panduan keselamatan, sila letakkan kereta anda di dalam kotak untuk mengisi minyak. Buka aplikasi Setel di dalam kenderaan anda. Pilih nombor pam dan jumlah bahan api. Bila pam sudah bersedia, tutup enjin kenderaan anda dan keluar untuk mengisi minyak. Jangan menggunakan telefon atau masuk kembali ke kenderaan anda jika anda sedang mengisi minyak! |
1. Pergi ke stesen PETRONAS yang boleh menggunakan Setel, sentuh PURCHASE FUEL |
2. Pilih nombor pam dan jumlah pembelian bahan api |
3. Masukkan 6 digit PIN untuk mengesahkan pembelian anda dengan selamat |
4. Mulakan mengisi! Bayaran hanya dicaj dengan jumlah bahan api yang diminta. |
5. Selepas mengisi, lihat resit dan mata ganjaran Kad Mesra yang diperolehi |
6. Jangan lupa tambah nilai untuk pembelian bahan api seterusnya! |
7. Dapat mata Kad Mesra dan lihat sejarah semua mata Kad Mesra anda dengan Setel |
8. Tebus mata Kad Mesra anda kepada nilai bahan api |
Anda lebih bijak menggunakan Setel! Jangan lupa muat turun ke telefon pintar anda dan masukkan ucptt sebagai referral untuk dapatkan RM5 secara percuma!