My Followers

Pulih kemasan kaca

KACA berwarna sememangnya cantik dipandang tetapi sangat rapuh. Retakan walaupun kecil sangat membimbangkan kerana berpotensi menyebar luas selain memusnahkan seni keindahan kaca berkenaan.

Justeru, daripada terus membuangnya, elok dibaiki bahagian retak berkenaan. Mengambil masa tiga hingga lima jam untuk disiapkan, bahanbahan diperlukan kebanyakan ada di sekeliling rumah seperti serbuk penaik, dakwat cecair sama warna, kaca berwarna, mangkuk, sudu plastik, 9 x 13 inci dulang kek, mata pisau cukur dan kain lembut. Langkah membaiki cermin retak bermula dengan:

1) Ambil kirakira 1/8 cawan sukatan serbuk penaik untuk diletakkan dalam mangkuk. Campur dua hingga tiga titik dakwat cecair bersama serbuk penaik itu dan dikacau sebati. Periksa warna untuk melihat kesesuaiannya dengan warna kaca yang retak. Tambah lagi dakwat sekiranya warna campuran terlalu cerah dan masukkan lebih serbuk penaik jika warnanya terlalu gelap.

2) Sapu gam khas pada bahagia retak berkenaan.

3) Letak serbuk penaik berwarna tadi menutupi bahagian yang digam. Goncang kaca bagi menyingkirkan serbuk penaik berlebihan. Jika yang dibaiki adalah tingkap berkedudukan menegak, anda disyorkan meletak dulang kek di zon retak supaya lebihan serbuk penaik dapat dikumpulkan di situ. Dalam beberapa saat, gabungan gam dengan serbuk penaik akan menjadi dempul.

4) Campuran dempul tadi disapu rata di celahcelah retakan menggunakan jari. Pastikan anda melakukan dengan pantas sebelum campuran menjadi keras.

5) Lap kaca retak dengan kain basah untuk menyingkirkan sebarang campuran.

6) Buang sebarang campuran yang melekat pada kaca berwarna menggunakan mata pisau cukur.

7) Kaca yang dibaiki dibiarkan kering buat beberapa jam. Selepas tiga hingga lima jam, campuran dempul akan keras dan mengisi lohong retak kaca.

8) Kaca berwarna dijamin tampil elok seperti sebelumnya. Bahkan, tetamu mungkin sukar mengesan bahagian yang pernah retak sebelumnya.

Info

Kaca warna

* Warna pada kaca berkenaan dihasilkan dengan mencampurkan garam metalik sewaktu proses membuatnya.

* Gelas warna membentuk jendela kaca berwarna apabila beberapa keping kecil kaca disusun membentuk pola gambar. Ia kemudian dikukuhkan (secara tradisional) dengan kepingan plumbum sebelum disokong dan diketatkan dengan bingkai.

* Pewarna kuning dan lakaran terperinci elemen yang dianggap menyerlahkan estetika kaca berkenaan.

* Proses membentuk jendela kaca berwarna bermula dengan kelompok warna dilukis atas permukaan kaca lalu kaca dibakar dalam ketuhar atau tanur bagi memastikan ketahanan warnanya.

Khasiat susu

ANTARA soalan wajib yang akan ditanya apabila membincangkan topik minum susu ialah 'adakah susu boleh membuatkan seseorang menjadi gemuk?'. Kebimbangan wanita terhadap pertambahan berat badan menjadi antara alasan ramai tidak minum susu walaupun tahu kebaikannya.

Adakah susu membuat kita gemuk? Tidak. Ramai yang gemuk walaupun tidak minum susu. Gemuk bukan disebabkan susu, tetapi tabiat makan dan gaya hidup tidak aktif.

Minum susu sebaliknya boleh menjadikan kita lebih langsing kerana untuk mendapat tulang kuat dan sihat, kita juga perlu bersenam sekurang-kurangnya berjalan cepat selama 20 hingga 30 minit sehari serta mengamalkan pemakanan seimbang.

Bermula dari umur 30 tahun, tulang kita mula mengalami kemerosotan iaitu kerosakan tulang berlaku lebih cepat berbanding proses pembentukan semula. Tulang adalah tisu hidup yang sentiasa mengalami kerosakan dan pembentukan semula sepanjang hayat.

Namun kita akan mengalami osteoporosis (tulang rapuh) jika terus membiarkan tulang merosot, sedangkan perkara ini boleh dicegah dengan mengambil makanan kaya kalsium, seimbang dan kerap bersenam, kata Pengurus Kanan Bahagian Kesihatan Fonterra Brands, Joanne Toad.

Individu dewasa memerlukan 1,000 hingga 1,200 miligram kalsium sehari dan minum susu yang diperkaya dengan mineral ini adalah cara paling mudah untuk mendapat bekalan kalsium harian.

Oleh kerana tulang sentiasa mengalami proses kemerosotan dan pembinaan semula, isu terlewat menjaga kesihatan tulang tidak timbul. Susu boleh diambil pada semua peringkat umur - sama ada kanak-kanak, remaja, dewasa atau orang tua.

Pada masa sama tulang juga menjadi semakin kuat dan sihat dengan senaman seperti berjalan cepat, berjoging, melompat tali, menaiki tangga, mendaki bukit atau menari.

"Penjagaan tulang adalah tugas sepanjang hayat yang perlu dilakukan setiap orang, terutama wanita, kerana mereka lebih berisiko mengalami osteoporosis. Amalkan gaya hidup sihat, elak merokok dan hadkan pengambilan minuman beralkohol kerana ia boleh mengurangkan kandungan kalsium dan mineral dalam tulang," kata Joanne.

Sementara itu, duta jenama Anlene, Datuk Michelle Yeoh, berkata ramai terlepas pandang kesihatan tulang dan menganggap mereka sentiasa sihat kerana kedudukan tulang yang terlindung dalam badan.

"Mungkin ramai tidak sedar, wanita sekarang diharap menjadi 'superwoman' kerana bukan saja bekerja tetapi juga menjadi isteri, ibu dan pengurus rumah tangga. Ini sebabnya kita perlu mula menjaga kesihatan tulang supaya boleh terus hidup sihat dan cergas demi diri sendiri dan keluarga," katanya pada pelancaran produk Anlene. Hadir sama, Pengurus Besar Fronterra Brands, John McKay.

Ada beberapa sebab lain mengapa kita perlu minum susu atau ambil produk tenusu iaitu:

* Selain kalsium, susu dan produk tenusu juga kaya dengan protein. Satu pek yogurt rendah lemak contohnya mampu membekalkan satu pertiga daripada keperluan kalsium harian anda dan hampir 17 peratus protein.

* Vitamin D - Kebanyakan susu diperkaya dengan vitamin D. Vitamin D penting untuk membolehkan tulang menyerap kalsium, malangnya ia sering dipinggirkan.

Badan kita boleh menghasilkan vitamin D jika mendapat cukup cahaya matahari (terutama pada waktu pagi).

Cara paling mudah ialah minum susu rendah lemak yang diperkaya dengan vitamin D. Ada kajian mendapati vitamin D juga boleh mengurangkan risiko beberapa penyakit seperti kanser dan tekanan darah tinggi.

* Tingkatkan ketumpatan tulang - Kajian di Finland ke atas gadis remaja berusia 10 hingga 12 tahun mendapati mereka yang mengambil makanan kaya kalsium (seperti keju) mempunyai ketumpatan tulang lebih tinggi berbanding kumpulan yang tidak mengambil keju.

* Tekanan darah - Kajian ke atas 5,000 orang dewasa di Sepanyol mendapati mereka yang mengambil produk tenusu rendah lemak (susu skim dan susu rendah lemak) dalam masa dua tahun kurang berisiko (54 peratus) mengalami tekanan darah tinggi.

Penyelidik berpendapat perkara ini ada kaitan dengan protein dalam susu rendah lemak (kasein dan whey) yang dikatakan mempunyai tindakan lebih kurang sama dengan ubat merendahkan tekanan darah.

* Sindrom metabolik - Berdasarkan data diperoleh daripada 827 responden (lelaki dan wanita), penyelidik Iran merumuskan individu yang mengambil produk tenusu rendah lemak mempunyai ukuran pinggang lebih kecil dan kurang risiko alami sindron metabolik - iaitu sindrom yang mendekatkan kita dengan penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan kencing manis.

* Berat badan - Seperti disebut di atas, minum susu bukan punca kegemukan atau pertambahan berat badan. Perkara ini dibuktikan penyelidik dari Universiti Alabama di Birmingham yang mendapati kalsium mampu mengawal berat badan.

Petanda jodoh kita

JODOH adalah ketentuan-Nya, tetapi bagaimana hendak mengetahui jika si dia memang ditakdirkan untuk diri kita?

Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan.

Dua manusia yang berbeza rasa, tetapi dijodohkan memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain.

Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut beberapa petanda yang dia adalah jodoh anda:

* Bersahaja. Kekasih anda itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, percakapan, ketawa serta cara makan dan minum.

Adakah ia spontan, tidak dikawal atau kelihatan pelik? Kalau dia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon.

Tetapi, apabila dia tampil bersahaja, dia mungkin calon hidup yang sesuai.

* Senang bersama. Walaupun selalu bersama, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu atau tertekan pada diri anda.

Anda sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan. Dia juga merasainya dan senang apabila bersama.

Apabila berjauhan, rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

* Terima kita seadanya. Apapun kisah silam yang pernah dilakukan, dia tidak ambil peduli.

Dia tidak mengambil kisah siapa anda sebelum ini, yang penting, siapa anda sekarang. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

* Sentiasa jujur. Dia tidak kisah apa yang anda lakukan asalkan tidak menyalahi hukum-hakam agama.

Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Anda dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik anda. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Kejujuran disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati.

* Percaya mempercayai. Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Ada kalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila anda mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia anda selamat di tangannya? Sifat saling mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan lain.

* Senang bekerjasama. Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal berpanjangan, kita perlu saling bekerjasama.

Segala kerja yang dilakukan perlu ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing.

Segalanya dapat dilakukan tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar untuk hidup bersama.

* Memahami diri. Fahami diri pasangan.

Semasa anda sakit, dia bawa ke klinik. Semasa anda berduka, dia menjadi penghibur. Apabila susah, dia menjadi pembantu. Dia selalu bersama dalam sebarang situasi, tidak kira ketika gembira atau berduka.

* Tampilkan kelemahan. Tiada siapa yang sempurna di dunia.

Bagi si dia yang bersedia menjadi teman hidup, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu anda.

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya.

* Kata hati. Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.

Deria batin ini juga membolehkan kita saling mengetahui perasaan masing-masing. Anda dan dia dapat membaca fikiran antara satu sama lain serta menduga reaksi pada situasi tertentu.

Dengarlah kata hati dan buat pilihan. Serahkan segalanya pada ketentuan Yang Maha Berkuasa.

Etika menjawab telefon

TELEFON bimbit kini dimiliki hampir semua individu sama ada yang masih belajar, pekerja, tua atau muda tetapi secanggih mana sekali pun telefon, ia tidak bermakna jika individu yang menggunakannya tidak bijak mengendalikan panggilan yang diterima atau ketika membuat panggilan, apatah lagi sehingga mengganggu orang lain.

* Pastikan tujuan

Pastikan anda tahu tujuan membuat panggilan supaya tidak menyusahkan orang yang dihubungi. Jika tidak keberatan, catatkan segala pertanyaan yang mahu diutarakan dan maklumat berkaitan supaya anda tidak perlu membuat panggilan semula untuk bertanyakan pelbagai soalan lagi. Selain itu, anda juga perlu pastikan nombor yang anda dail itu adalah individu yang perlu anda hubungi.


* Memulakan perbualan

Saat memulakan perbualan, pastikan semua pertanyaan disuarakan dengan berhemah. Sebaik-baiknya, mulakan pertanyaan dengan gelaran yang baik seperti encik, puan atau Datuk sekiranya penerima panggilan mempunyai gelaran itu. Pastikan juga, ucapan terima kasih diucapkan pada akhir panggilan supaya anda tidak dipandang sebagai individu yang pentingkan diri sendiri. Cara anda berbual di telefon menandakan keperibadian anda sebenar.

* Nada dering

Kecanggihan zaman teknologi memungkinkan pelbagai nada dering telefon boleh digunakan. Walau secanggih mana nada dering yang anda gunakan, ia perlu dimatikan atau ditukarkan kepada mod senyap setiap kali melangkah ke tempat tertentu seperti masjid, mesyuarat atau seminar.

Tidak salah menghormati orang lain apatah lagi majlis yang anda hadiri. Jangan bimbang dengan panggilan tidak berjawab kerana teknologi juga memungkinkan semua panggilan tidak berjawab direkod supaya anda boleh menghubungi semula individu yang membuat panggilan tadi.

* Pilih waktu

Sebelum menghubungi seseorang, anda perlu pastikan sama ada waktu itu sesuai atau tidak. Waktu seperti selepas tengah malam, subuh atau maghrib dianggap sebagai antara waktu yang tidak sesuai. Ia adalah masa untuk berehat serta melakukan amal ibadat. Panggilan awal pagi atau lewat malam hanya dibenarkan sekiranya terdapat berita kecemasan yang perlu disampaikan. Gunakan perkhidmatan sistem pesanan ringkas (sms) untuk bertanyakan sesuatu dan anda tidak perlu membuat panggilan.

* Hak peribadi Ada kalanya teman anda sering meninggalkan telefon bimbit mereka merata-rata. Anda dilarang sama sekali mengusik telefon mereka kerana ia dianggap sebagai harta peribadi. Pasti telefon bimbit berkenaan mengandungi senarai nombor rahsia atau mesej peribadi yang pasti tidak patut diketahui orang lain. Sekiranya telefon berkenaan milik ahli keluarga anda sekalipun, anda perlu meminta keizinan mereka terlebih dulu.

Carian tertinggi Google Malaysia

1) YANIE Mentor - meninggal akibat ketumbuhan pada paru-paru.

2) Jack Neo - penggiat filem terkemuka Singapura digosipkan dengan model/pelakon 22 tahun.

3) Earth Hour - maklumat acara global mengenai pemuliharaan alam sekitar.

4) MCA - Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dilantik semula sebagai presiden MCA.

5) All England - Datuk Lee Chong Wei juara edisi ke-100.

6) Alice in Wonderland - maklumat filem fantasi terbaru di panggung tempatan.

7) DiGi iPhone - DiGi mula tawarkan iPhone kepada pelanggan.

8) Akademi Fantasia 8 - siri realiti popular di Astro.

9) e-filing - pengisian dan pengembalian borang cukai pendapatan 2009.

10) Biasiswa JPA - pelajar mencari maklumat dan memohon biasiswa.

Safety guide for gas users

1. THE proper procedure to light a non-automatic gas cooker or gas stove are by:

* Lighting a match

* Pointing the flame at the burner and

* Turning the gas on slowly

2. Do not leave cooking unattended.

3. Keep all inflammable materials (eg. curtains, papers, etc) from lighted gas cooker.

4. When cooking, open the windows and doors to ensure good ventilation. Bad ventilation can cause carbon monoxide poisoning.

5. Ensure all gas valves on the cooker are turned off after cooking or before leaving your house.

6. Ensure the gas cooker's surface is clean at all times as grease and food spill can cause fire.

7. Always use the rubber hose approved by the autorities. Check for leaks with soapy water from time to time:

* Rubber hose

* Connection of gas cooker

* Gas cock or gas regulator (if using gas cylinders)

8. Seek the service of a certified competent intstaller

9. Do not attempt to modify the pipeline route and perform the gas connections yourself.

10. If you smell gas or suspect there is a gas leak, take the followings steps:

* Turn off the controls on the appliances, the gas valve at the cooker and the valve at the meter or regulator.

* Open doors and windows to let plenty of air into the premise.

* Notify your Gas Dealer immediately.

* Do not turn on or off any electrical appliances or switches.

* Do not light matches or lighters and do not smoke, of course

Petanda air kencing

ADAKAH anda tahu berapa kerap anda buang air kecil setiap hari? Setiap kali buang air kecil, adakah anda memerhatikan ciri cecair yang dibuang itu daripada segi kuantiti, warna, bau dan kelajuan ketika ia keluar? Mungkin ada yang tidak pernah peduli.

Secara purata, kita buang air kecil enam hingga lapan kali sehari. Namun kekerapan buang air kecil juga tertakluk kepada jumlah dan jenis minuman diambil. Lebih banyak kita minum air (air masak), lebih kerap kita berulang ke tandas.

Malah, individu yang minum banyak kopi atau mengambil ubat tertentu seperti ubat untuk tekanan darah tinggi juga kerap kencing kerana ia mempunyai sifat diuretik - yang membuatkan anda sukar berenggang dengan tandas.

Pundi kencing bertindak sebagai tempat menyimpan air kencing dan boleh mengembang untuk menampung sehingga 350 hingga 550 militer air kencing. Kita biasanya terasa hendak buang air kecil apabila kandungan pundi kencing lebih kurang 200 mililiter, tetapi kapasiti normal ialah sekitar 400 mililiter.

Yang tidak normal ialah jika anda kerap bangun malam untuk buang air kecil. Kerap buang air kecil pada siang adalah perkara baik kerana proses semula jadi untuk menyingkirkan sisa toksin dan bahan buangan daripada badan.

Mungkin ramai tidak sedar air kencing boleh mendedahkan banyak perkara termasuk tahap kesihatan.

Ujian air kencing digunakan sejak beratus tahun dulu sebagai satu cara memeriksa kesihatan kerana banyak bahan yang `berlegar' dalam aliran darah, termasuk bakteria, yis, berlebihan protein dan gula akan menamatkan perjalanan mereka dalam air kencing, kata Timbalan Pengerusi Jabatan Urologi Universiti Kansas, Dr Tomas Griebling.

Warna dan bau air kencing boleh menjadi petanda penting kepada tahap kesihatan anda. Ini sebabnya anda perlu memerhatikan sebarang perubahan pada air kencing anda sebelum menarik pam tandas!

* Warna - Air kencing mengandungi pigmen urokrom yang memberinya warna kuning. Warna ini berubah-ubah setiap hari daripada kuning gelap hinggalah kuning cair, bergantung kepada kepekatan air kencing kita. Air kencing yang gelap biasanya menandakan kita tidak minum cukup air. Badan kita memerlukan air secukupnya setiap hari untuk membolehkan ia berfungsi dengan cekap.

Apabila badan kekurangan air, ia mengekalkan jumlah cecair dalam badan dengan mengurangkan penghasilan air kencing. Ini sebabnya air kencing menjadi pekat dan berwarna gelap. Sebaliknya jika kita minum banyak air, lebih banyak air kencing dihasilkan dan warnanya menjadi lebih cerah dan cair.

Ada kala air kencing juga kelihatan seperti ada kilauan warna pelangi. Anda tidak perlu bimbang kerana sesetengah ubat boleh menukar warna air kencing menjadi sedikit hijau, biru atau jingga. Malah vitamin juga membuatkan air kencing menjadi lebih kuning.

* Bau - Air kencing kita memang ada bau tetapi biasanya ia tidak kuat. Jika air kencing anda mengeluarkan bau yang menusuk hidung, anda mungkin mengalami jangkitan atau ada masalah batu karang yang menyebabkan bau seperti gas ammonia. Pesakit kencing manis mungkin mendapati air kencing mereka berbau `manis' kerana kehadiran gula. Bagaimanapun, sesetengah makanan dan minuman juga boleh mengubah bau air kencing seperti asparagus.

Kekerapan ke tandas menjadi petanda penting kepada kesihatan. Kebanyakan orang buang air kecil enam hingga lapan kali sehari.

Kekerapan ini boleh berbeza antara individu; ia boleh antara empat hingga 10 kali sehari; selagi ia tidak mendatangkan masalah kepada individu berkenaan.

Namun ada beberapa perkara yang boleh menyebabkan anda kerap kencing walaupun kurang minum iaitu:

* Pundi kencing terlalu aktif

* Jangkitan saluran kencing

* Interstitial sistitis (keadaan yang sebabkan dinding pundi kencing alami keradangan)

* Kelenjar prostat membengkak

* Penyakit neurologi (termasuk strok dan Parkinson)

* Kencing manis

Masalah pembuangan air kencing boleh dielak dengan menjaga buah pinggang dan mengamalkan tabiat ke tandas yang baik. Caranya mudah iaitu memastikan anda minum air secukupnya setiap hari iaitu kira-kira lapan gelas; walaupun tidak berasa dahaga.

Pada peringkat awal, anda memang kerap ke tandas tetapi ia hanya untuk sementara waktu; sehingga badan dapat menyesuaikan diri dengan peningkatan jumlah air yang anda minum.

Bagaimanapun bagi anda yang ada masalah buah pinggang, dapatkan nasihat doktor mengenai jumlah air yang boleh diambil. Sebaliknya bagi individu yang mengalami batu karang atau gout, mereka perlu minum lebih banyak air untuk mengawal penyakit.

Jangan takut untuk minum banyak air kerana kajian menunjukkan ia boleh mengurangkan risiko 45 peratus kanser usus, kanser payu dara (79 peratus) dan kanser pundi kencing (50 peratus).

Air penting untuk melarutkan hasil sampingan metabolisme seperti asid urik dan urea yang diangkut oleh darah ke buah pinggang.

Senam bentuk tulang belakang

SENAMAN untuk bahagian bawah belakang badan terutama bagi warga emas tidak seharusnya menyebabkan seseorang keletihan.

Senaman ringkas seperti All FoursOppositeArm and Leg Lift dapatmemberi manfaat tinggi kepada bahagian vertebral column (tulang belakang), menjadikannya kuat dan lebih fleksibel.

Selain itu, senaman ini juga dapat menguatkan otot pada bahagian belakang badan; bahu; atas dan bawah belakang badan; punggung dan hamstring.

Walaupun ringkas, senaman ini tidak sesuai dilakukan mereka yang pernah mengalami kecederaan pada bahagian belakang badan, lengan atau lutut.

Maklumat mengenai senaman ini dikongsi jurulatih kecergasan Universal Fitness & Leisure Sdn Bhd, Mohammad IzhamMohlis manakala teknik senaman ditunjukkan Lim Chin Guan, 61.

Langkah

1. Letakkan kedua-dua lutut dan tapak tangan anda di atas permukaan tikar senaman dengan jarak di antara kedua-dua lutut membuatkan kedudukan anda stabil ketika melakukan senaman ini.

2. `Ketatkan' bahagian punggung dan bawah belakang badan, tegangkan bahagian abdomen dan pada masa yang sama, angkat tangan kanan lurus ke depan manakala kaki kiri lurus ke belakang. Elak daripada mengangkat kaki lebih tinggi daripada pinggul. Sambil itu, wajah anda perlu menghadap tikar senaman.

3. Tahan pergerakan ini selama tiga hingga lima saat. Kemudian, perlahanlahan angkat tangan kiri dan kaki kanan seperti pergerakan tadi dan bernafas seperti biasa.

Ulang pergerakan ini sebanyak lima kali untuk setiap sisi kiri dan kanan.

Perosak enamel gigi

MAKANAN manis sering dipersalahkan menjadi punca pereputan dan kerosakan gigi. Perkara ini diakui sejak dulu lagi tetapi punca utama kerosakan gigi ialah tabiat pemakanan tidak baik dan kurang penekanan terhadap kesihatan mulut.

Pergilah berjumpa mana-mana doktor gigi, antara pesanan wajib yang diberi ialah memberus gigi selepas makan, terutama jika menikmati makanan manis. Bakteria membiak di celah gigi (terutama yang ada sisa makanan) dan boleh menyebabkan kerosakan gigi dan penghakisan gusi.

Beliau menasihatkan memberus gigi (dan flos) sekurang-kurangnya dua kali sehari atau setiap kali selepas makan.

Penjagaan kesihatan mulut yang kurang baik bukan saja merosakkan gigi tetapi menyebabkan masalah gigi sensitif. Secara global, satu daripada tiga orang mengalami masalah gigi sensitif. Tinjauan ke atas 11,000 orang dewasa pada 2002 mendapati lebih ramai wanita mengalami masalah ini.

Berdasarkan tinjauan Penjagaan Kesihatan Mulut Kebangsaan Bagi Orang Dewasa Malaysia pada 2000, didapati 36 peratus penduduk negara ini, terutama berusia 20 hingga 40 tahun, ada masalah gigi sensitif dan kajian menunjukkan ia semakin meningkat di kalangan golongan muda.

Selain makanan manis, beberapa lagi perkara perlu anda ketahui untuk menjaga dan memanjangkan hayat harta yang tiada gantinya ini.

* Makanan masam - Ia memberi kesan buruk sama seperti makanan manis. Makanan masam yang mempunyai paras pH rendah (sama ada gula-gula, minuman ringan, jus buah, semua jenis asam dan jeruk) boleh `melembutkan' gigi.

Kandungan asid dalam makanan masam melarut atau menghakis lapisan enamel (lapisan luar gigi) dan lama kelamaan menyebabkan ia semakin nipis dan akhirnya mendedahkan lapisan dentin. Apabila ini berlaku, kita mengalami masalah gigi sensitif.

Tanpa penjagaan rapi, ia boleh berlarutan kepada masalah karies gigi (gigi reput dan berlubang). Kajian ke atas gula-gula masam mendapati ia mempunyai pH yang sangat rendah; hampir sama dengan asid bateri! Ia memberi kesan lebih buruk ke atas gigi kanak-kanak kerana lapisan enamel gigi mereka belum matang.

* Lapisan enamel gigi mudah pecah - Walaupun lapisan enamel sangat kuat, ia mudah rosak sama ada melalui hakisan asid (daripada makanan atau asid perut) atau pecah sedikit (serpih) jika menggigit makanan keras, termasuk air batu dan bertih jagung yang tidak kembang!

Masalah gigi serpih juga kerap dialami individu yang menindik lidah. Setiap kali bercakap, ia berlaga dengan gigi yang akhirnya membuatkan gigi retak. Selain itu jangan jadikan gigi sebagai playar untuk menggigit bahan bukan makanan.

Lapisan dentin juga boleh terdedah jika memberus gigi dengan kasar dan kuat atau jika gusi menyusut. Makanan atau minuman sejuk yang terkena lapisan dentin memberi rangsangan kepada akar gigi dan ini yang menyebabkan kesakitan.

* Kita boleh kehilangan gigi pada semua peringkat umur - Setiap orang dikurniakan dua set gigi iaitu gigi susu dan gigi kekal. Kehilangan gigi susu diganti dengan gigi kekal tetapi jika gigi kekal tanggal, ia tidak akan diganti. Ini sebabnya penjagaan gigi perlu dimula sejak kecil supaya tabiat baik ini berkekalan hingga akhir hayat.

Punca utama kehilangan gigi ialah penyakit gusi dan kerosakan gigi (gigi berlubang). Walaupun kini ada banyak kaedah untuk menggantikan gigi yang hilang, kosnya mahal. Cara paling murah untuk mendapat gigi sihat dan cantik ialah memberus dan flos gigi setiap hari serta berjumpa doktor gigi dua kali setahun.

* Gunakan ubat gigi berflourida - Ia penting untuk menjaga kesihatan gigi, namun ubat gigi mengandungi terlalu banyak flourida membuatkan permukaan gigi bertompok putih atau coklat. Kesan tompokan pada gigi ini sukar dihilangkan. Pada masa sama flourida berlebihan boleh menyebabkan gigi menjadi poros.

Masalah ini juga boleh berlaku pada kanak-kanak yang kerap menelan ubat gigi yang ada pelbagai perisa. Justeru, ajar anak berkumur dan beritahu mereka supaya tidak menelan ubat gigi walaupun rasanya sedap! Ini kerana kebanyakan kes flourida berlebihan yang dikesan di Amerika Syarikat berlaku pada kanak-kanak.

* Pendakap gigi juga boleh menyebabkan kaviti - Jika menggunakan pendakap gigi, beri perhatian lebih ketika memberus gigi supaya tiada makanan terlekat di celah pendakap. Makanan, bakteria dan asid yang terlekat pada pendakap secara perlahan-lahan 'memakan' enamel. Jika kurang penjagaan, lubang terbentuk pada bahagian yang memegang pendakap gigi berkenaan.

Selain memberus, flos dan menggunakan cecair kumur bagi membunuh bakteria dalam mulut, ada juga saranan mengambil sesetengah jenis makanan yang dikatakan boleh membantu meningkatkan kesihatan gigi.

Antara makanan itu ialah buah-buahan dan sayur-sayuran segar, makanan yang kurang kandungan garam dan gula, ikan, kekacang serta makanan kaya serat, termasuk oat dan roti mil penuh.

Walaupun buah-buahan kering juga ada banyak khasiat, ia biasanya mengandungi lebih banyak gula dan mudah melekat di celah gigi.

Buah-buahan segar (walaupun masam) kurang menimbulkan masalah kerana apabila kita mengunyah, ia merangsang penghasilan lebih banyak air liur yang mengandungi enzim emilase.

Air liur ini 'mencuci' serpihan makanan dan mengurangkan keasidan dalam mulut. Buah seperti epal dikenali sebagai berus gigi semula jadi kerana ia merangsang kesihatan gusi dan penghasilan air liur, sekali gus mengurangkan kemungkinan pengumpulan bakteria penyebab kaviti.

Tabiat burung unta unik

JIKA anda berpeluang, eloklah habiskan masa selama dua atau tiga jam berkunjung ke ladang ternakan burung unta (ostrich) di Jalan Pantai, Seremban untuk melihat tabiat burung itu yang sungguh unik.

Burung unta yang hidup di benua Afrika adalah sejenis burung dalam keluarga `ratite' iaitu yang tidak boleh terbang.

Jenis lain yang termasuk dalam keluarga ini ialah kasawari dan emus (Australia), kiwi (New Zealand) dan nandus (Amerika Selatan).

Tabiat burung unta ini agak aneh sedikit kerana ia suka mematuk apa saja terutama benda yang berkilat dan terang. Bagaimanapun, patukan burung ini tidak berbahaya.

Mengikut kajian, burung unta mematuk antara 2,000 hingga 5,000 kali sehari dan pada minggu pertama kelahiran, anaknya akan mematuk apa saja yang ditemuinya seperti plastik, paku, batu dan kunci.

Tidak hairanlah banyak anak burung unta mati tercekik kerana terpatuk benda keras.

Burung unta juga mampu berlari sehingga 70 kilometer sejam dalam jarak 3 atau 4 kilometer tanpa henti. Kalau berpeluang, anda mungkin dibenarkan menunggang burung ini.

Ia adalah satu-satunya burung `gergasi' yang masih kekal. Burung yang sudah matang boleh mencapai ketinggian sehingga 2.5 meter dan berat antara 100 hingga 150 kilogram seekor.

Burung unta betina yang berusia 20 bulan sudah dikira matang dan boleh menghasilkan telur antara 40 hingga 80 biji setahun selama 30 tahun.

Berat sebiji telurnya pula adalah antara 1,300 hingga 1,700 gram dan mampu menampung tekanan seberat 60 kilogram. Ini bermakna manusia boleh berdiri di atas telur burung itu.

Menurut Pengarah Urusan Syarikat Jelita Impian Sdn Bhd, S S Abraham, ladang yang dibina mengikut konsep pelancongan tani itu akan dilengkapkan dengan trek empat lorong untuk perlumbaan ostrich.

Setakat ini, syarikat berkenaan yang mengusahakan ladang seluas 8 hektar itu sudah mempunyai kira-kira 500 ekor burung unta itu dan 12 emus.

"Penternakan burung unta mungkin baru di negara ini, tetapi saya yakin ia mempunyai potensi untuk dimajukan," kata Abraham.

Burung unta juga mudah diternak kerana ia hanya memerlukan kawasan terbuka dan makan apa saja jenis rumput.

Brokoli lawan barah

BROKOLI adalah sejenis tumbuhan daripada keluarga kobis Brassicaceae yang bermaksud `bunga di atas kubis.'

Banyak digunakan dalam masakan masyarakat Eropah dan turut popular di kalangan penggemar sayuran di negara kita. Ia didapati mempunyai kelebihan untuk menangani barah.

Tumbuhan yang berasal dari Itali itu dikatakan memiliki unsur sebatian yang dapat membantu melawan bakteria yang dikenali sebagai Helicobacter pylori (H pylori) yang boleh menyebabkan ulser, gastritis dan barah perut.

Bukti terbaru itu ditemui hasil kajian penyelidik farmakologi klinikal, Profesor Dr Akinori Yanaka dari Fakulti Sains Farmasi, Universiti Sains, Tokyo, Jepun yang dibiayai Institut Penyelidikan Kanser Amerika (AICR), baru-baru ini.

Diterbitkan dalam jurnal penyelidikan AICR membabitkan pencegahan barah, kajian itu menunjukkan pesakit yang dijangkiti bakteria H pylori yang diberi makan dos harian mengandungi tunas atau pucuk brokoli berkesan membantu menghalang bakteria itu daripada terus merebak.

Pucuk atau tunas brokoli dan brokoli didapati kaya dengan sulforafan, sejenis sebatian yang sebelum ini dikenali penyelidik yang sama sebagai sejenis antibiotik yang berkesan terhadap H pylori.

Pucuk atau tunas itu mengeluarkan jumlah sulforafan yang sama banyak iaitu dua hingga tiga kali ganda seperti yang terkandung dalam sesuatu brokoli.

Dr Akinori juga berjaya membuktikan kelebihan pucuk atau tunas brokoli berbanding dos rumput alfalfa yang diberikan lapan minggu kepada pesakit yang mempunyai bakteria berkenaan.

"Selepas tempoh itu, kumpulan yang menerima dos tunas atau pucuk brokoli menunjukkan penurunan jumlah H pylori yang sangat ketara berbanding kumpulan yang diberi makan alfalfa yang tidak mempunyai sebarang perubahan," katanya.

Menurutnya, selepas dua bulan pesakit terbabit berhenti memakan dos brokoli, tanda menunjukkan jumlah bakteria berkenaan kembali seperti pada tahap sebelumnya.

Laporan yang sama juga menegaskan saintis terbabit berjaya membuktikan bahawa apabila tikus yang dijangkiti H pylori menghirup air yang dicampurkan tunas brokoli dalam tempoh lapan minggu, berlaku peningkatan yang jelas dalam aktiviti dua unsur sebatian yang melindungi sel daripada kerosakan oksidatif.

Jumlah H pylori dalam perut tikus yang menghirup air bercampur brokoli itu menjadi berkurangan, tetapi perubahan tidak berlaku ke atas tikus yang menghirup air biasa tanpa campuran brokoli.

Penyelidik itu merumuskan brokoli yang kaya dengan sulforafan menjanjikan masa depan yang lebih positif untuk melawan bakteria H pylori secara langsung atau tidak langsung bagi melindungi barah perut.

Sebatian getah untuk pembuatan tayar baru

PERTAMBAHAN bilangan kenderaan dan pengguna kenderaan masa kini telah menyaksikan pasaran industri pengeluaran tayar juga semakin berkembang dengan pelbagai jenis atau jenama tayar baru telah berada di pasaran. Malah, terdapat juga segelintir pengeluar tayar yang menjalankan tanggungjawab sosialnya dalam memperjuang isu keselamatan berkaitan tayar.

Penjagaan tayar merupakan aspek yang perlu diberi perhatian khusus oleh pengguna kenderaan kerana ia merupakan salah satu komponen penting yang menghubungkan kenderaan dengan permukaan jalan.

Dalam keadaaan kita sentiasa menjaga atau menyelenggara tayar, pernahkan kita terfikir apakah bahan asas atau utama dalam proses pembuatan tayar baru? Kita sedia maklum tayar sememangnya diperbuat daripada getah, tetapi tahukan anda bahawa terdapat lagi bahan khusus yang digunakan dalam melengkapkan pembuatan tayar yang berkualiti dan selamat?

Tayar diperbuat daripada sebatian getah (rubber compound) yang dihasilkan melalui campuran dua unsur (bahan) atau lebih sama ada bentuk cecair atau pepejal diadunkan sebati sehinggalah menjadi getah sebatian yang menepati piawaian kualiti untuk melengkapkan proses pembuatan tayar baru.

Sebatian getah menjadikan bahagian-bahagian pada tayar lebih berkeupayaan untuk berfungsi iaitu:

* Bunga tayar berfungsi tahan lama daripada kehausan, cengkaman maksimum di atas jalan kering atau basah, pengendalian mudah dan sebagainya.

* Dinding tayar berupaya menghalang rintangan daripada ozon, cuaca dan rekahan atau keretakan.

* Lapisan dalam tayar memastikan supaya angin di dalam tayar tidak terkeluar atau mampu menampung tekanan angin.

Pembuatan setiap biji tayar baru memerlukan campuran sebatian getah yang tepat dan khusus iaitu:

Polimer (Polymer)

Campuran asas di dalam sebatian getah (tayar baru) iaitu getah asli dan getah tiruan.

Fillers (Reinforcement)

Agen penguat yang berfungsi memberi ketahanan terhadap struktur getah. Terdapat dua bahan utama fillers iaitu karbon hitam dan silika.

Karbon hitam dihasilkan melalui proses pembakaran minyak mentah dengan suhu yang tinggi. Berbentuk serbuk yang berbeza-beza saiz (partikel halusjkasar) mengikut kegunaan dan jenis tayar. Contohnya untuk kenderaan harian seperti kereta menggunakan karbon hitam yang berbeza saiznya berbanding kenderaan berat atau berkuasa tinggi seperti lori, bas dan sebagainya.

Silika dihasilkan daripada pasir. la mahal dan memiliki daya tahan atau kemampuan yang tinggi untuk getah tayar dan menjamin penggunaan tayar yang mesra alam. la juga menjamin penggunaan tayar yang mesra alam kerana mampu mengurangkan rintangan guling (gulingan tayar).

Maknanya, campuran silika yang banyak di dalam sebatian getah mampu mengurangkan tenaga untuk bergerak dan seterusnya mengurangkan pelepasan karbon monoksida iaitu asap yang keluar dari ekzos kenderaan.

Silika juga mampu mengurangkan kehausan bunga tayar yang mana lambakan tayar tidak terpakai atau terbuang dapat diminimumkan, seterusnya menjamin penggunaan tayar yang bersifat mesra alam.

Minyak

Membantu melancarkan proses pengadunan getah, filler dan sebagainya serta melembutkan getah agar campuran senang diproses.

Bahan-bahan kimia

a. Sistem penstabil (Stabilizer) Berfungsi memanjangkan jangka hayat tayar dan menghalang daripada menerima kesan keretakan pada dinding tayar oleh cuaca, sinaran matahari dan pancaran ozon. Sistem penstabil terdiri daripada tiga jenis bahan iaitu antioxidants, antiozonants dan lilin (waxes).

b. Sistem vulcanization Sistem pemasakan getah bertujuan menukar getah yang lembut menjadi keras dan berkeupayaan tinggi terhadap rintangan.

Berdasarkan anggaran kasar, kandungan bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan sebiji tayar baru yang berkualiti dan selamat ialah getah asli dan sintetik (43%), karbon hitam (27%), benang keluli (10%), bahan- bahan kimia (10%), fabrik benang (5%) dan minyak (5%).

Oleh itu, dengan paparan info berguna ini diharapkan pembaca khususnya pengguna kenderaan lebih peka terhadap isu keselamatan membabitkan tayar dan dapat menambahkan ilmu berkaitan dunia automotif. Ingatlah, keselamatan kenderaan anda bermula daripada tayar. - Majalah Auto Touch

Cipta hiburan ketika bercuti di rumah

SEPANJANG bergelar wanita berkerjaya dan memiliki permata hati, purata masa diluangkan bersama anak-anak amat terhad sekali. Jam tujuh pagi anak bergegas ke sekolah agama. Lagi tiga orang, saya hantar ke nurseri dan tadika, kadangkala tidak sempat bergurau-senda, saya kemudian bersendirian menuju ke pejabat.

Pulang ke rumah sekitar jam tujuh atau lapan malam, tanpa pembantu saya masih mampu menyediakan hidangan ringkas, makan bersama dan membelek kerja rumah, pada masa yang sama tangan dan kaki ligat mengemas apa yang patut. Dan jam 9.30 malam anak-anak saya selalunya sudah `layu'. Secara purata mungkin sekitar tiga jam saja saya dapat bersama anak-anak, lima hari dalam seminggu.

Sebagai ibu kadang kala kita merasakan terlalu rindukan anak-anak walaupun mereka berada di depan mata. Saya fikir situasi ini dialami oleh semua wanita dan seorang pakar kanak-kanak yang pernah saya temui menyatakan, sekiranya anak-anak sering tidak sihat seperti demam atau kesukaran bernafas, ia adalah `petanda' kanak-kanak berkenaan turut merasai tekanan akibat kesibukan ibu itu.

Saya fikir dalam hal ini ibu dan anak sebenarnya akur `tekanan' itu, tetapi lantaran tugas, perasaan itu selalunya dibuang jauh. Sungguhpun begitu, tidak bererti anak yang mempunyai ibu bekerja tidak mampu membesar secara sempurna seperti anak yang ibunya suri rumah sepenuh masa.

Sekiranya kita bijak memanfaatkan masa terhad itu dengan perkara berfaedah, saya fikir ia lebih berbaloi berbanding tidak melakukan apa-apa. Menghabiskan masa di luar rumah ketika hujung minggu adalah aktiviti wajib saya lakukan dan ia tidak memerlukan banyak belanja. Apabila anak-anak gembira dengan kegiatan berkenaan, umpamanya membeli-belah dan bersenam, saya lihat ia tidak memberikan masalah kepada ibu serta bapa melaksanakannya.

Bagaimanapun, sekiranya anda dan anak-anak cenderung berkumpul di rumah saja, berikut antara panduan yang boleh anda lakukan membina `keseronokan' di dalam rumah.

Memasak

* Mengajak si kecil turun ke dapur pasti menyeronokkan. Berilah anak tugasan mudah serta ringan umpama mencedok adunan tepung ke dalam bekas atau mengacau adunan supaya sebati. Anak-anak kecil memang gemar bermain dengan tepung dan telur. Kalau membuat cekodok pisang umpamanya berikan mereka semangkuk tepung supaya mereka mampu bereksperimen dengan bahan berkenaan. Anak-anak akan berasa dihargai apabila ramuan mereka dimasak dan dimakan selepas itu. Tetapi pastikan adunan dihasilkan anak-anak itu bersih. Anak yang sukar makan akan menjadi seronok makan apabila mengetahui mengenai `kesukaran' menghasilkan hidangan dan bersyukur dengan rezeki Allah kurniakan.

Menyanyi

* Daripada mendengar muzik di radio, apa kata anda dan suami bertindak sebagai pencipta lagu? Pasti lebih menyeronokkan sekiranya anda dan suami menyanyi sementara anak-anak menari. Sudah pasti ia kenangan hujung minggu yang tidak dapat dilupakan. Menurut pakar kanak-kanak, muzik membina kreativiti kanak-kanak dan anda pasti terkejut sekiranya minda mereka pantas membina menerusi aktiviti sebegini. Bagi orang Islam pula menyanyikan lagu mengalunkan kebesaran Nabi serta Allah adalah yang terbaik.

Berenang

* Ajaklah anak-anak untuk berenang bersama di rumah. Bagi anda yang memiliki kolam renang sendiri, tentu tidak perlu susah lagi. Bagi anda yang tidak memiliki kolam renang, tidak perlu risau kerana ada banyak jenis kolam plastik yang boleh dibeli dan dipasang pada hujung minggu. Mencipta kesan lebih hebat, ibu boleh meletakkan pelbagai mainan anak di sekitar kolam atau memasukkan bola berwarna-warni ke dalam kolam. Untuk merasai aura `percutian' mungkin anda boleh sediakan hidangan seperti barbeku bersama suami serta ahli keluarga lain, barulah seronok.

Berkebun

* Pastinya akan semakin mengasyikkan jika melihat anak-anak tertarik menikmati keindahan aneka bunga di pekarangan rumah anda. Daripada hanya memandangnya, lebih baik anda dan anak-anak berkebun. Tidak kiralah membuang rumput yang tidak diperlukan, mencantas dahan yang semakin panjang dan menabur baja. Sekiranya anak diberikan kepercayaan menyiram tanaman, pastinya akan membuat anak anda lebih bersemangat. Menerusi aktiviti sebegini, anda bukan saja boleh bersama-sama mencantikkan halaman, sebaliknya pada masa yang sama menyelitkan pengetahuan mengenai tumbuh-tumbuhan kepada si kecil sejak awal lagi, secara langsung ia membantu ibu bapa menyemai rasa kasih kepada makhluk Allah lain seperti tumbuh-tumbuhan dan alam sekitar. Kata pepatah, sambil menyelam minum air.

Berkhemah

* Berkhemah tidak semestinya di hutan atau tempat berkhemah semata-mata. Di rumah juga boleh dilakukan, kalau anda memiliki khemah atau selimut khusus, cubalah ajak anak berkhemah di belakang rumah atau di halaman rumah. Ciptalah situasi seolah-olah anda sekeluarga sedang berkhemah di alam terbuka, seperti menyalakan api unggun, memasak atas unggun api, bernyanyi dengan iringan gitar dan sebagainya mengikut kemampuan anda.

Tahap klorin tinggi mudahkan ikan mati

AKUARIUM yang sudah diisi air pasti membangkitkan perasaan tanggungjawab terhadap pemiliknya untuk memasukkan pelbagai spesies ikan peliharaan. Akuarium yang sudah diisi air sebaik-baiknya dibiarkan antara dua hingga tiga hari sebelum dimasukkan ikan selain dihias dengan aksesori.

Lebih lama air dibiar dan didedahkan maka itu lebih baik kerana dapat mengurangkan tahap klorin. Langkah itu juga dapat membantu bahan yang terdapat dalam air sebati sekaligus mengelakkan ikan mati. Tempoh itu juga boleh dijadikan masa untuk meletakkan tumbuhan hidup yang boleh dijadikan hiasan dalam akuarium.

Selepas tumbuhan berada dalam akuarium stabil, anda boleh melihat sama ada tumbuhan itu mendapat cahaya yang cukup atau sebaliknya. Sekiranya bekalan cahaya mencukupi, tumbuhan berkenaan akan hidup secara normal. Untuk mengelakkan akuarium menjadi tidak teratur, tumbuhan plastik boleh digunakan dengan melekatkan pada dinding.

Kebanyakan peminat ikan akuarium cenderung memasukkan pelbagai spesies pada satu masa. Apabila membeli ikan yang tidak begitu dikenali spesiesnya, lebih baik sekiranya anda terlebih dulu mengetahui habitat dan kelakuannya sama ada sesuai hidup dalam satu bekas dengan spesies lain.

Petua yang boleh diamalkan untuk menempatkan pelbagai spesies ikan dalam satu akuarium ialah dengan mengasingkan ikan baru dengan memisahkannya dalam sangkar kecil. Selang dua atau tiga hari, barulah ikan itu dilepaskan bergaul dengan spesies lain.

Ikan yang membiak bukan melalui proses eraman telur adalah ikan yang mempunyai jangka hayat panjang dan mudah untuk membiak. Ada sesetengah spesies akan memakan anaknya sendiri ketika masih kecil. Kadang-kadang ibu ikan berkenaan membiarkan spesies lain memakan anaknya.

Lazimnya, ikan jantan kelihatan lebih cantik daripada betina. Jantina ikan boleh diketahui dengan melihat sirip saluran perkumuhan yang berada di bahagian bawah badan ikan yang bertentangan ekor atau sirip ekor. (Emailkan tips mengenai penjagaan akuarium kepada: helmi@nstp.com.my).

Pelengkap dapur

DAPUR adalah ruang yang sibuk dengan segala aktiviti menyediakan pelbagai keperluan. Justeru, ruang dapur yang baru seharusnya dirancang sebaik mungkin untuk memastikan kewujudannya benar-benar dimanfaatkan, bukan saja bagi tujuan menyediakan makanan, tetapi juga bagi penyimpanan peralatan keperluannya agar tidak semak dipandang mata.

Perlu diingat, keperluan dan pilihan si bujang dan pasangan berkerjaya berbeza dengan keluarga yang mempunyai anak dan binatang peliharaan. Andai ada ahli keluarga adalah golongan kelainan upaya, maka keperluan itu perlu diambil kira. Begitu juga bagi mereka mempunyai anak kecil, bolehlah menyediakan sofa dan kerusi untuk menonton televisyen supaya anakanak ini dapat diawasi. Tetapi ini juga bergantung sama ada ruang yang ada itu mengizinkan aktiviti sedemikian.

Ruang Penyimpanan

Ruang ini boleh dibahagi kepada dua iaitu ruang penyimpanan secara bina kekal dan ruang penyimpanan mudah alih.

* Kabinet Penyimpanan Kekal

Ruang penyimpanan secara bina kekal adalah ruang penyimpan yang dibuat secara kekal pada struktur dan dinding bangunan. Ruang penyimpanan ini tidak boleh dialih atau digerakkan dari satu tempat ke tempat lain.

Ruang penyimpanan ini boleh menempatkan apa juga jenis barangan dan berat. Bagi aspek ketinggian dan lebar kedalamannya, ruang penyimpanan ini akan disesuaikan dengan kehendak dan reka bentuk yang diperlukan.

* Kabinet Penyimpanan Mudah Alih

Ruang ini merangkumi rak perabot yang dibina bagi meletak barangan sama ada secara terbuka atau tertutup. Kelebihan kabinet penyimpanan mudah alih adalah kedudukan kabinet itu tidak kekal dan boleh diubah kedudukan mengikut keperluan. Reka bentuknya yang pelbagai dan boleh disesuaikan pelbagai jenis ruang. Manakala ruang penyimpanan tertutup pula sesuai untuk bangunan yang tidak mahu dilihat dan kemungkinan barangan tersebut jarang digunakan. Apa yang menarik mengenai ruang penyimpan tertutup adalah barangannya disusun kemas dan tidak dilihat. Bagaimana ia disusun tidak menjadi masalah kerana yang pasti keadaan luaran ruang penyimpan menjadi kemas dan teratur.

Jenis Ruang Penyimpanan

Ruang penyimpanan boleh direka dalam pelbagai bentuk dan saiz. Apa yang penting, jenis barangan yang hendak disimpan dan bagaimana ia perlu disimpan supaya ada keseimbangan antara keperluan dan kesempurnaan untuk mudah alih.

Pastikan ukuran asas barangan yang hendak disimpan dapat memenuhi ruang penyimpanan Jika tidak, akan berlaku masalah kerana ruang penyimpanan tidak dapat menampung saiz barangan. Oleh itu pastikan saiz minimum keluasan sesuatu ruang penyimpanan diketahui.

Ruang penyimpanan juga mestilah mudah digunakan. Ketinggian sesuatu rak mesti disesuaikan dengan ketinggian standard pengguna dan ia mestilah mudah dicapai dan dilihat. Bagi paras melebihi ketinggian, ruang penyimpanan sesuai untuk barang yang jarang digunakan dan ringan.

Saiz rak yang besar dan dalam tidak berguna jika ketinggian melebihi paras pandangan mata. Ini menyukarkan pengguna mengetahui apakah barang yang disimpan. Bagi mengatasi masalah itu, pengguna perlu menggunakan tangga atau bangku untuk melihat dan mengambil barang simpanan.

Kabinet Dapur

Keperluan dapur yang sempurna bukan saja menampilkan reka bentuk kabinet dan ruang penyimpanan yang menarik dan kemas tetapi juga susun atur dan peralatan yang digunakan bersistematik, mesra pengguna dan selamat. Oleh itu ruang penyimpanan yang dirancang sangat penting untuk menyimpan segala perkakas seperti pinggan mangkuk dan bahan memasak nampak sempurna, tersusun kemas, menarik dan tersusun.

Pembinaan dan rekaannya memerlukan ketelitian, kepakaran, kreativiti dan kebijaksanaan kerana ia membabitkan belanja yang bukan sedikit. Sebab itulah, ruang dapur yang baik perlu dirancang, dibina dan diselenggara sebaik mungkin bagi memenuhi fungsi sebenar. Bermula daripada soal pinggan mangkuk, perkakas, peralatan dan soal ruang penyimpanan, semuanya memerlukan perhatian rapi.

Bagi suri rumah yang tahu keperluan dapur yang sempurna sudah pasti akan memilih perkakas dapur yang sesuai serta boleh disimpan dalam ruang penyimpanan yang sempurna. Hanya dengan cara itu suri rumah akan menghargai ruang dapur seperti ruang lain di dalam rumah, yang perlu kelihatan menarik dan bersih.

Ruang Penyimpanan Dapur

Antara ruang utama yang diperlukan di ruang dapur adalah rak pinggan mangkuk, rak barang keperluan dapur dan peti sejuk. Ruang penyimpanan yang disebut ini sangat mustahak disediakan dalam merancang pembentukan ruang dapur. Ketika ini tidak ramai menggunakan almari penyimpan lauk yang berasingan, sebaliknya ruang penyimpanan disediakan berserta kabinet siap dipasang terutama mereka yang mempunyai kawasan sempit.

Dengan pendekatan begini ruang penyimpanan akan kelihatan lebih kemas dan teratur. Oleh itu, kebanyakan kediaman, sama ada sederhana atau mewah turut melengkapkan ruang dapur dengan kabinet siap dipasang secara kekal. Cara ini lebih menjimatkan dan dapat memaksimumkan penggunaan ruang terutama pada rumah kediaman sederhana.

Kabinet dapur moden juga menyediakan pelbagai rak besi yang boleh dipusing atau ditarik apabila pintu kabinet dapur dibuka untuk memudahkan pengambilan barang. Idea menyediakan ruang penyimpanan jenis ini adalah langkah bijak kerana barangan yang diperlukan boleh diambil tanpa perlu menghulurkan tangan jauh ke dalam ruang penyimpanan.

Bagi yang mahukan kesempurnaan mintalah khidmat rundingan bantuan pakar yang tahu keperluan dan ukuran asas dapur dan ruang penyimpanan yang anda perlukan tetapi sebelum berjumpa dengan pereka bentuk kabinet dapur, kenal pasti keperluan yang dikehendaki kerana anda saja yang tahu apa yang anda perlukan. Selepas berbincang dengan pereka bentuk kabinet dapur barulah kita boleh membuat anggaran peruntukan kos kerana mereka boleh menyediakan anggaran kos yang bersesuaian dengan bajet dan keperluan anda.

Kejayaan membentuk dan menguruskan kabinet dapur yang sempurna akan memudahkan tugas di dapur, di samping memberi kepuasan secukupnya, terutama mereka yang banyak menghabiskan waktu di sini seperti suri rumah yang terpaksa menggunakannya setiap hari.

Tip

Susunan barangan kabinet dapur

* Barangan/peralatan yang jarang digunakan perlu diletakkan di bahagian atas atau rak yang melebihi paras ketinggian penghuni kediaman.

* Simpan barangan perlu atau kerap digunakan di rak mudah dicapai.

* Letakkan pinggan mangkuk kaca di ruang bawah yang mudah diambil.

* Rancang rapi ruang penyimpanan bagi kegunaan menyimpan segala perkakas seperti pinggan mangkuk dan bahan memasak supaya nampak sempurna, tersusun kemas, menarik dan tersusun.

Selamat tinggal my bodyguard, Coyote...

Akhirnya, atas permintaan ramai... background Coyote ugly yang selalu menghiasi saya nyer blog terpaksa dibuang untuk memudahkan pembaca membaca. Rasanya, dah lama orang komen, tapi saya belum berkesempatan untuk terjah ke 'Layout' dan meng'edit' semula. Dan... sekarang ni, barulah berkesempatan setelah sekian lama niat itu tertahan².... (siap tukar template tuh.. hihihi) Segala komen anda semua teramatlah dihargai.

Terima kasih dan teruslah menyokong saya berblogging. Tanpa kalian, saya jadi M***S skali.

Latih anak ke dapur

TIDAK ramai remaja perempuan kini berminat untuk tahu apa dilakukan ibu di dapur, sebaliknya lebih rela menghabiskan masa menonton televisyen atau terpaku di depan komputer. Jika ada yang menolong pun kerana terpaksa, bukan disebabkan minat.

Bagaimanapun, ia bukan salah anak kerana ramai ibu kurang sabar melayan kerenah anak jika mereka turut sibuk di dapur kerana dianggap memperlahankan kerja memasak. Namun tanpa disedari, keengganan melayan kerenah anak menyebabkan mereka hilang minat untuk berkenalan dengan dapur anda.

Sebenarnya dapur boleh menjadi bilik darjah untuk pendidikan ilmu pemakanan yang menyeronokkan. Malah, pakar pemakanan berpendapat kesihatan keluarga bermula di dapur.

Anda boleh merangsang rasa ingin tahu serta mengajar mereka mengenai piramid makanan, kepentingan setiap kumpulan makanan dan kaedah memasak yang sihat.

Usah bimbang dapur jadi lebih berselerak dengan kehadiran pembantu kecil ini kerana anak yang diajak bersama menyediakan makanan lebih teruja untuk makan bersama keluarga, sekali gus menggalakkan tabiat pemakanan sihat.

Puji dan ucap terima kasih kepada anak. Anda mungkin tidak sedar pujian ringkas dan ucapan terima kasih membuatkan anak gembira, berasa dihargai dan lebih yakin.

Antara cara yang boleh lakukan untuk menarik minat anak membantu di dapur ialah:

* Tanyakan makanan yang mereka suka. Cadangkan beberapa menu tetapi biar anak buat keputusan.

* Mulakan dengan rasa dan bau kegemaran. Beri mereka peluang menghidu bahan

* Bawa anak sama ketika membeli bahan, tetapi jika ia ada bahan mentah yang boleh diperoleh dari taman kecil di rumah, itu lebih baik. Ia secara tidak langsung mengajar anak beberapa bahan masakan boleh ditanam sendiri.

* Terangkan peraturan dan keselamatan di dapur serta penjelasan di sebalik setiap peraturan. Contohnya, jika guna pisau, pegang menghala ke luar (menjauhi badan) supaya tidak terkena anggota badan jika terlepas atau 'terlajak' apabila memotong sesuatu.

Contoh lain, sentiasa ingatkan anak untuk mengelap tangan hingga kering sebelum memetik suis periuk nasi bagi mengelak renjatan elektrik. Selain itu, beritahu semua wayar peralatan elektrik perlu diletak di atas kabinet dan jauh daripada jangkauan anak lebih kecil.

* Pastikan semua orang mencuci tangan sebelum mula memasak. Tangan juga perlu dicuci selepas mengendalikan bahan mentah dan sebelum menceduk makanan yang dimasak ke dalam pinggan. Ini penting bagi mengelak masalah keracunan makanan akibat jangkitan bakteria.

* Pakai apron dan ikat rambut. Cari apron comel kerana ia boleh membuatkan anak berasa gembira dan lebih berminat untuk meneroka ilmu pemakanan.

* Baca resipi bersama dan terangkan setiap langkah yang perlu dilakukan. Beri mereka peluang melakukan langkah mudah seperti memecahkan telur, menimbang tepung atau gula. Ia secara tidak langsung mengajar mereka untuk membaca kiraan timbang.

* Ambil masa, dan jangan tergopoh-gopoh. Kerja secara tergopoh-gapah biasanya tidak menyeronokkan dan boleh mendatangkan bahaya.

* Terangkan juga khasiat yang terkandung dalam bahan masakan dan kesan jika satu-satu jenis makanan diambil secara berlebihan.

* Beri peluang mereka rasa makanan yang dimasak dan nikmati keharuman baunya.

* Simpan semua bahan masakan dengan cara betul. Jika perlu disimpan dalam peti sejuk, pastikan ia dimasukkan di dalam bekas bertutup. Beritahu anak, makanan perlu disimpan dalam bekas berasingan dan bertutup bagi mengelak jangkitan bersilang.

Malah menyimpan makanan dalam bebas bertutup membuatkan ia tahan lebih lama.

* Bersihkan dapur selepas memasak. Pastikan anda guna tuala berbeza untuk mengelap permukaan dapur, mengeringkan pinggan dan tangan. Ini kerana tuala dapur adalah 'rumah' paling digemari pelbagai jenis bakteria untuk membiak kerana ia lembap dan hangat.

Petanda hubungan bakal berakhir

SETELAH menjalin hubungan sekian lama, tiba-tiba ikatan dilanda badai.

Sama ada si dia mula menunjukkan tanda curang atau berlaku sesuatu di luar jangkaan lalu hubungan menjadi tegang dan berakhir dengan perpisahan.

Berikut adalah panduan untuk membantu anda mengesan lebih awal bibit perpisahan sebelum anda berasa terlalu terluka:

* Antara tanda hubungan bakal berakhir apabila anda berdua sering bergaduh disebabkan perkara remeh-temeh.

Pergaduhan sekali-sekala tiada masalah, tetapi jika kerap berlaku, ia petanda bahaya. Menjadikan hal sekecil semut menjadi sebesar gajah bermakna ada perkara yang anda berdua takut untuk hadapi.

Adakah ketakutan untuk berterus-terang mengenai perpisahan membuatkan anda berdua masih bersama? Adakah pasangan anda kelihatan seperti menjauhi atau mengelak daripada anda?

Perbuatan menjauhkan diri biasanya berlaku jika seseorang itu berasa tidak selesa dengan perkara yang kurang disenanginya.

Jika pasangan anda ada ciri untuk menjauhkan diri, anda patut berasa risau. Contoh paling mudah adalah dia sukar dihubungi melalui telefon.

Dia juga seronok melakukan aktiviti tertentu seorang diri sedangkan dulu, ia sangat menyeronokkan untuk anda berdua melakukannya.

* Satu perkara paling menyakitkan adalah membuat keputusan untuk meninggalkan pasangan mereka.

Memang mengguris perasaan apabila si dia menyatakan tidak boleh menyayangi anda lagi sedangkan anda sudah memberikan segala-galanya kepada si dia.

Selepas berfikir panjang, anda sedar bahawa anda sudah lama menangguh untuk membuat keputusan muktamad dan mengambil tindakan wajar untuk mengucapkan selamat tinggal kepada dia.

* Apabila sedar anda tidak selesa, sepakat atau sehaluan dengan dia, ini masa untuk berpisah.

Anda harus menyukai dia seperti mana anda mencintai dia. Memang cinta adalah segalanya, tetapi cinta saja tidak cukup sebagai alasan untuk terus bersama.

Cinta tanpa kesefahaman tidak akan dapat membantu jika anda menghadapi masalah dengannya. Anda tentu lebih bahagia bersama orang yang anda cinta dan selesa untuk hidup bersamanya.

* Anda rasakan tiada keserasian. Jika anda dan pasangan sedar tiada tarikan seksual yang boleh mengikat anda berdua, maka anda dan pasangan harus membebaskan diri masing-masing untuk mencari pasangan yang boleh memberi anda keperluan ini.

Sebelum itu, haruslah sedaya upaya untuk membetulkan keadaan terlebih dulu bagi mengelak keputusan terburu-buru dan menyesal di kemudian hari.

Percayalah bahawa setiap situasi ada pengajarannya, begitu juga anda dan pasangan. Sudah tiba masa untuk anda meneruskan perjalanan apabila sebelah pihak dalam sebuah hubungan sudah berubah dan mempunyai haluan berbeza daripada segi kehidupan dan matlamatnya.

* Si dia mempunyai masalah yang dia sendiri tidak mahu selesaikan. Ia mungkin membabitkan masalah besar.

Jika pasangan memilih untuk tidak melakukan apa-apa terhadap masalah ini atau lebih teruk tidak mengaku bersalah, maka anda tiada alasan kukuh untuk tidak mengakhiri hubungan ini.

* Si dia menolak untuk bekerjasama membaik pulih hubungan. Situasi ini paling menyedihkan.

Jika si dia memang tidak aktif ataupun memang tiada niat langsung untuk memulihkan kembali hubungan biarpun dia ada konflik dalaman, anda harus sedar bahawa tiada kesepakatan dalam hubungan ini.

Selain itu, jika anda dan pasangan sudah tidak sehaluan, tetapi anda masih ada perasaan sayang padanya, ketahuilah setelah bersama yang baru kelak, anda pasti akan merasa lebih bahagia dan nikmat lebih daripada apa yang anda rasai sekarang.

Inilah hukum alam yang patut disedari. Psikologi manusia sentiasa menginginkan yang terbaik dan lebih baik daripada yang lalu.

* Cinta memang boleh membunuh. Cinta boleh membuat kita hidup dalam kesedihan.

Namun, kita berhak untuk menerima kebahagiaan daripada orang yang benar-benar menyayangi diri kita seadanya, justeru luahkan perasaan.

Baik, buruk pengubahsuaian ekzos pada kenderaan

Baik, buruk pengubahsuaian ekzos pada kenderaan

BAGI mereka yang gemar melakukan pengubahsuaian pada sesebuah kenderaan, kebiasaannya antara komponen yang mula-mula diubahsuai ialah sistem ekzos. Seringkali di lebuh raya ada sahaja kenderaan yang menggunakan ekzos bersaiz besar diubahsuai memecut laju. Mungkin juga untuk menarik perhatian orang ramai agar memandang kereta mereka.

Dari sudut amalan asas kejuruteraan automatif, jurutera telah melakukan kajian yang tepat untuk menentukan ekzos yang bersesuaian dengan kenderaan iaitu merujuk kepada kapasiti enjin, tekanan di bahagian ekzos untuk diselaraskan dengan sistem penyenyap.

Ekzos boleh didenisikan sebagai sistem yang menyalurkan gas-gas terhasil daripada bahan bakar dalam enjin keluar melalui salur ekzos. Ekzos asal kenderaan kebiasaannya mempunyai dua silencer system (sistem alat penyenyap) dan satu alat pengesan gas beracun (catalytic converter) yang juga befungsi sebagai penyenyap satu dan dituruti dengan penyenyap dua dan penyenyap hujung.

Namun, kini ramai pengguna yang gemar untuk mengubahsuai ekzos mereka lebih-lebih lagi golongan muda-mudi mungkin kerana suka dengan bunyi kuat sesuai dengan jiwa muda mereka.

Jaslizam Jamil, 26, atau lebih mesra dengan panggilan Ijam telah mengubahsuai ekzos keretanya jenis Proton Wira 1.5 dan mengakui dia dapat merasakan baik buruk pengubahsuaian ekzos ini.

"Sudah lebih setahun saya ubahsuai ekzos dan kesannya kereta saya semakin pick up, berbeza semasa saya menggunakan ekzos asal dahulu.

"Bunyinya yang agak kuat bagi saya ia merupakan satu kepuasan lebih-Iebih lagi dengan kelajuan yang saya rasakan semakin meningkat," katanya.

Namun beliau juga mengakui sejak menggunakan ekzos yang diubahsuai penggunaan kadar petrol keretanya semakin meningkat daripada kadar yang biasa.

"Walaupun kadar penggunaan petrol semakin meningkat tapi kepuasan yang saya dapat lebih berbaloi,"ujarnya.

Ditanya samada sejak mengubahsuai ekzos, keretanya pernah mengalami kerosakan enjin, Ijam menakannya enjin kenderaannya terjejas cuma kadar pelepasan asap keretanya agak membimbangkan.

"Sejak menggunakan ekzos ini kereta saya tak pernah rosak dan enjin pun saya rasakan dalam keadaan stabil tetapi saya sentiasa memantau dalam jangka masa panjang samada ia menjejaskan prestasi enjin.

"Saya juga kerap menggunakan kereta ini untuk perjalanan jauh terutama kerja luar dan balik kampung di Jengka, Pahang tapi setakat ini tiada masalah dalam enjin" katanya.

"Cuma setakat ini masalah utama pengubahsuaian ekzos ini ialah kadar penggunaan petrol semakin meningkat," katanya a ditemuramah baru-baru ini.

Sebenarnya banyak lagi kesan sampingan yang perlu diketahui oleh pemilik kenderaan yang menukar ekzos sedia ada kepada yang lebih besar. Antaranya ialah pengubahsuaian ekzos juga boleh menyebabkan kehausan melampau pada injap ekzos ruang pembakaran.

Dakwaan sesetengan pihak yang mendakwa pengubahsuaian ekzos ini menjadikan enjin kenderaan semakin pick up adalah tidak boleh diterima sepenuhnya. Ekzos yang diubahsuai sebenarnya tidak memakai penebat haba iaitu satu alat pengesan dan menapis gas beracun (catalytic converter). la dibuang bagi mengurangkan beban pada kenderaan dan secara tidak langsung menambahkan kelajuan.

Namun, kesan ekzos yang diubahsuai tersebut turut akan menyebabkan peningkatkan kadar pengeluaran gas-gas pencemar dengan banyak seperti karbon monoksida, plumbum, sulfur dioksida, nitrogen dioksida, hidro karbon dan partikel-partikel halus yang berbahaya. Risikonya kemungkinan ada kebocoran gas karbon monoksida masuk ke dalam ruang kabin dan boleh membahayakan nyawa.

Berbeza sekiranya anda tetap memakai ekzos asal yang mempunyai pengesan gas beracun dan penyenyap bunyi untuk menapis tekanan dan menghantar pulangan tekanan kepada ruangan pembakaran serta menapis gas yang terhasil.

Terdapat juga ekzos yang diubahsuai melintang di bawah tangki minyak. Secara tidak langsung Jika berlaku kemalangan kemungkinan besar ekzos tersebut akan menyentuh atau menolak tangki minyak.

Jurutera automatif telah bertungkus lumus untuk mengkaji kesesuaian ekzos mengikut jenis kenderaan bagi memastikan keselamatan dan pemuliharaan alam sekitar selain mengelakkan berlakunya pencemaran bunyi berleluasa berlaku di jalan raya.

Selain itu, bahan-bahan buatan ekzos yang diubahsuai setakat ini tidak pernah mendapat manamana pengiktirafan ataupun kelulusan daripada mana-mana pihak berwajib.

Oleh itu undang-undang telah menetapkan bahawa bunyi ekzos yang dibenarkan bagi kereta ialah 85 desibel (db), manakala motosikal tidak melebihi 95 dB. Tidak berbaloi sekiranya anda puas dengan ekzos besar tetapi menanggung saman, membahayakan keselamatan serta menyara kos petrol yang tinggi. - Majalah Auto Touch.

Halaman rumah seindah taman

ADA beberapa cara boleh dilakukan untuk menghias halaman rumah anda.

* Bagi rumah di kawasan kampung, tanam secara barisan bunga-bungaan yang menjalar mengelilingi rumah.

Sebaiknya gunakan tanaman tidak berbunga.

* Tanaman berpagar juga sesuai ditanam untuk memagari rumah seperti buluh yang disusun secara dua lapis.

Tetapi pastikan ia dicantas rata supaya menimbulkan kesan lebih menarik dan dramatik.

* Pokok renek kecil seperti siantan (Ixora) atau rumput yang juga dikenal sebagai pokok teh dengan daun hijau kekuningan (Acalypha simensis) juga boleh ditanam sebagai pokok penanda sempadan.

Gabungan dua jenis pokok ini menghasilkan suasana lebih menarik.

* Pokok teh ini cantik jika ditanam mengelilingi pokok hiasan taman yang lebih besar kerana ia mudah dicantas, rimbun menegak serta mempunyai tekstur halus dan padat.

* Khususkan sedikit ruang di halaman rumah untuk dijadikan taman mini yang menggabungkan pelbagai jenis bunga dan rumput.

* Untuk nampak lebih indah dan nyaman gunakan kombinasi batu, pasir, binaan simen dan tanaman hijau di sekitar rumah.

Ia juga boleh mengelakkan air bertakung atau terpercik ke dinding rumah.

* Bina kolam kecil untuk dijadikan hiasan. Bela ikan supaya tampak lebih sempurna dan ia boleh dijadikan tarikan kepada anak-anak.

* Rumput boleh juga ditanam selain laluan bersimen yang berselang seli untuk menghiasi halaman.

Antara jenis rumput yang cantik ialah rumput turf kerana selain menaikkan seri taman, ia berfungsi menstabilkan tanah, merendahkan suhu persekitaran, menyerap gas tercemar dan menjadi alas menutup bumi yang boleh menghalang hakisan tanah.

* Rumput jenis tikar seperti Axosnospus Compressus juga sesuai di tanam di halaman kerana ia sesuai hidup pada semua jenis tanah dan tahan pijakan.

* Bagi rumah yang tiada halaman luas, penggunaan bunga secara berpasu lebih sesuai.

Pastikan anda memilih pokok jenis berbunga supaya nampak berwarna-warni untuk menimbulkan suasana ceria.

* Tanaman yang digantung juga sesuai untuk rumah yang mempunyai keluasan halaman yang kecil.

* Selain itu pondok kecil dan bangku kayu juga boleh didirikan untuk kemudahan anak-anak dan tetamu.

Senam kaki untuk keseimbangan

SENAMAN Lunges cukup ringkas tetapi begitu efektif untuk kaki. Pergerakan ini membabitkan keseimbangan dan koordinasi di mana kedua-duanya sangat berguna untuk aktiviti sukan dan membina otot.

Lunges yang menggunakan dumbell adalah yang paling mudah untuk dicuba sebagai permulaan. Bagi anda yang ingin mencuba senaman lunges ini, ikuti maklumat yang dikongsi jurulatih kecergasan Universal Fitness & Leisure Sdn Bhd, Mohamad Izham Mohlis manakala teknik senaman ditunjukkan Fareed Amin ini.

Langkah

1. Pegang kedua-dua dumbell dan letakkan di sisi anda.

2. Letakkan sebelah kaki ke depan dan rendahkan sedikit badan anda dengan membengkokkan sedikit kaki. Bagaimanapun, pastikan anda tidak membuka langkah terlalu besar. Jarak di antara kedua tapak kaki mestilah antara dua atau dua kaki setengah (kira-kira 61 sentimeter).

3. Pastikan kedudukan lutut anda tidak melebihi jari kaki ketika anda merendahkan badan. Pastikan kaki depan anda tegak lurus di atas permukaan lantai.

4. Naik dan turunkan badan anda dalam bilangan yang dikehendaki. Kemudian, tukar kedudukan kaki dan ulang pergerakan seperti yang ditunjukkan tadi.

Tip

1. Sangat penting untuk memastikan bahagian atas badan sentiasa tegak sepanjang senaman ini.

2. Anda juga boleh melakukan senaman ini sambil duduk. Cara ini dapat mengelak anda daripada terlalu membongkok ketika melakukan rutin ini.

3. Jangan buka langkah kaki anda secara selari, sebaliknya buka secara melintang dalam jarak kira-kira 15 sentimeter bagi mengekalkan keseimbangan badan. Kaedah ini juga dapat meningkatkan asas sokongan dan membuatkan badan anda lebih stabil. Ini penting supaya anda tidak hilang keseimbangan ketika melakukan senaman ini.

4. Kesalahan yang sering dilakukan ialah terlalu merendahkan badan. Ini boleh mengakibatkan anda hilang keseimbangan dan boleh mewujudkan tekanan yang tidak diperlukan ke atas bahagian belakang badan anda. Sentiasa cuba untuk memastikan bahagian atas badan berada dalam keadaan tegak. Lakukan senaman ini di hadapan cermin supaya anda dapat melihat kedudukan anda.


Tip Kesihatan

AMALKAN memakan ikan seperti salmon, herring dan sardin beberapa kali dalam seminggu atau ambil kapsul minyak serat flaks (flaxseed) setiap hari.

Ikan dan minyak serat flaks adalah dua sumber terbaik asid lemak omega 3 yang penting. Tanpa Omega 3, tubuh badan anda tidak dapat berfungsi dengan baik dan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan termasuklah kolesterol tinggi dan barah.

Tindakan apabila enjin tiba-tiba mati

Panduan pemeriksaan berikut mungkin boleh anda lakukan ketika berhadapan dengan masalah itu. Lakukan pemeriksaan berikut mengikut turutan.

* Periksa air bateri. Pastikan air bateri cukup iaitu paras airnya mesti merendam keseluruhan plat bateri.

* Periksa kepala bateri, pastikan tidak berkarat atau mempunyai keladak putih dan ketat. Jika berkarat, buka kepala bateri, kikis karat dengan kertas pasir atau pemutar skru, selepas itu pasang balik dengan ketat.

* Periksa air radiator. Jika kering tambahkan.

* Periksa palam pencucuh jika terdapat kesan minyak, bersihkan. Tukar dengan palam pencucuh sekiranya ia terlalu kotor atau sudah lama tidak menukarnya. Untuk mengelakkan masalah lain berulang pemilik kenderaan digalakkan menukarkan palam pencucuh setiap 40,000 kilometer.

* Periksa "coil". Biasanya apabila ia panas, ia menjadi punca kenderaan sukar dihidupkan. Puncanya dalam keadaan normal coil mesti sejuk.

* Tunggu sehingga sejuk dan hidupkan kereta. Sekiranya boleh dihidupkan pergi ke bengkel terdekat untuk menukarkannya dengan yang baru.

* Jika selepas menukar `coil' masih sukar untuk dihidupkan ia bermakna berlaku kerosakan pada bahagian kondenser.

* Jika ketika kenderaan dihidupkan ia tersengguk-sengguk kemungkinan besar masalah berkenaan berpunca daripada penapis minyak yang tersumbat.

Jangan tinggal barangan berharga dalam kereta

Sebagai pengguna kenderaan langkah berhati-hati dan waspada perlu diberikan perhatian apabila meletakkan kenderaan anda di kawasan sunyi kerana ia mungkin boleh menjadi mangsa kecurian serta pecah masuk.

Anda boleh mengurangkan risiko kecurian kenderaan atau pecah masuk kenderaan dengan mengambil beberapa langkah apabila meninggalkan kenderaan. Antaranya:

* Memastikan kunci penghidup kenderaan tidak ditinggalkan.

* Memastikan penggera kenderaan berfungsi dengan baik.

* Mengunci stereng dan menaikkan semua tingkap sebelum meninggalkan kereta.

* Ambil semua barang berharga termasuk telefon bimbit dan membuka set audio mudah alih yang mahal untuk disimpan ke dalam bonet kenderaan.

* Penggunaan alat keselamatan mudah seperti pengunci stereng yang senang dilihat membantu menghalang kecurian.

* Pastikan kereta dipasang dengan alat keselamatan / penggera yang baik.

* Memasang kunci tambahan untuk stering, gear, roda dan klac lebih baik. Pastikan kereta sentiasa dikunci.

* Sentiasa letak kereta di tempat mudah dilihat dan pada waktu malam letak di tempat terang atau berlampu.

* Pastikan anda berhati-hati supaya kunci kereta tidak ditiru ketika menghantar kenderaan anda untuk servis.

* Jangan serah kunci kepada `jockey' kereta.

* Lebih baik mengukir nombor pendaftaran di cermin kereta

* Untuk motosikal letakkan di tempat dikhaskan.

* Pastikan anda mengunci motosikal ketika meninggalkannya.

* Rantai dan kunci tambahan penting untuk mengelakkan motosikal dicuri.

* Pasangkan alat pencegah kecurian motosikal dan ukir nombor pendaftaran motosikal pada bahagian yang penting.

Risiko radang hati

HEPATITIS adalah isu yang sentiasa relevan dalam dunia perubatan, apatah lagi ia membabitkan salah satu organ penting badan iaitu hati. Ia merujuk penyakit radang pada hati yang berpunca daripada jangkitan virus selain penyakit auto imun serta turut dikaitkan dengan pengambilan alkohol yang berlebihan.

Ada banyak jenis hepatitis dan jenis A dan E berpunca daripada pengambilan makanan atau minuman yang dicemari. Hepatitis B, C dan D pula berpunca daripada jangkitan cecair tubuh (sama ada melalui pemindahan darah atau prosedur perubatan invasif yang menggunakan peralatan yang dicemari).

Pakar Perubatan dan Kardiologi, Pusat Perubatan Darul Ehsan Shah Alam, Dr Abdul Rahman Mohd Ali berkata, hepatitis bukan penyakit luar biasa. Di seluruh dunia, dianggarkan 250 juta orang dijangkiti Hepatitis C.

"Kira-kira 400 juta orang adalah pembawa Hepatitis B. Malah Hepatitis B adalah 50 hingga 100 kali lebih berjangkit berbanding HIV.

"Radang pada hati dikategorikan mengikut sel radang pada tisu organ. Hepatitis mungkin masalah yang terhad kepada pesakit itu saja atau mungkin juga ia mencatat perkembangan dan menyebabkan kerosakan hati atau kanser hati," katanya.

Dr Abdul Rahman berkata, hepatitis juga boleh berlaku dengan atau tanpa simptom. Jika berlaku simpton ia mungkin muncul dalam bentuk seperti jaundis dan hilang selera makan.

"Hepatitis yang akut berlaku enam bulan tetapi hepatitis kronik lebih lama daripada tempoh itu. Selain disebabkan virus, hepatitis juga mungkin terjadi kerana toksin (misalnya daripada arak) atau penyakit auto imun," katanya.

Hepatitis A dan E

Hepatitis A dan E secara asasnya disebabkan makanan atau air yang tercemar. Ia tidak menyebabkan penyakit yang kronik dan berpanjangan. Walaupun hati radang dan bengkak, namun pada kebanyakan orang ia boleh sembuh dengan sendirinya dan anda dilindungi imuniti daripada Hepatitis A.

Hepatitis A boleh ditangani dengan vaksin yang diperkenalkan sejak awal 1990-an. Biasanya, anda perlu mendapatkan vaksin Hepatitis A jika mengembara ke negara dunia ketiga atau kawasan yang tidak memiliki sistem perparitan dan pencernaan yang baik.

Hepatitis B

Endemik di mana-mana negara di seluruh dunia. Berpunca daripada jangkitan virus, ia menyerang hati dan boleh menyebabkan kerosakan akut juga kronik. Selain boleh berjangkit melalui pemindahan darah dan daripada ibu kepada anak ia juga boleh berjangkit melalui hubungan seksual.

"Sebelum 1985, banyak kes Hepatitis B direkodkan kerana tiada saringan terhadap produk darah. Bagaimanapun sekarang jangkitan berpunca daripada produk darah mulai menurun. Namun, jangkitan yang berpunca daripada hubungan seksual semakin meningkat," katanya.

Jelas Dr Abdul Rahman, semakin awal seseorang itu dijangkiti Hepatitis B, semakin tinggi dia berisiko terhadap hepatitis B kronik.

Data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjelaskan dianggarkan 600,000 orang meninggal dunia setiap tahun disebabkan hepatitis B kronik dan akut, seramai 25 peratus orang dewasa yang dijangkiti Hepatitis B kronik sudah menghidap Hepatitis B sejak zaman kanak-kanak. Golongan ini berisiko untuk meninggal dunia kerana kanser hati atau sirosis (parut pada hati) yang berpunca daripada jangkitan yang kronik. Seperti Hepatitis A, Hepatitis B juga sebenarnya boleh ditangani dengan vaksin.

Hepatitis C

Hepatitis C secara umumnya merebak melalui darah yang tercemar selain boleh merebak menerusi hubungan seksual. Kebanyakan mereka yang dijangkiti Hepatitis C tidak menunjukkan sebarang simptom untuk tempoh beberapa tahun. Ia hanya boleh dikesan melalui ujian darah.

Hepatitis C tidak boleh sembuh dengan sendirinya dan jangkitan itu boleh kekal dalam tubuh pesakit seumur hidupnya. Ia juga mungkin boleh membawa kepada masalah kesihatan yang lain seperti sirosis dan kanser hati. Dalam kes yang serius, Hepatitis C hanya boleh ditangani dengan pemindahan hati. Tidak seperti Hepatitis A dan B, tiada vaksin untuk Hepatitis C.

INFO

Simptom hepatitis Jaundis

* Air kencing berwarna gelap

* Keletihan melampau

* Loya

* Muntah

* Sakit perut

Fungsi hati

* Fungsi utama hati ialah sebagai penapis darah, bertindak membersihkan dan membuang toksin daripada bahan-bahan yang masuk ke dalam badan anda.

* Pembentukan darah (semasa dalam kandungan).

* Penukaran makanan kepada otot-otot, tenaga dan protein.

* Pengeluaran hormon.

* Pembekuan darah.

* Pembentukan dan pembuangan kolesterol dan lemak.

Paper clutter

THE first step in getting rid of paper clutter and getting organised is to figure out a filing system. You can buy nice little file cabinets at any office supply store that require very little space. While you're there, buy some of the paper file folders to put in your file cabinet.

Gather up all the papers that you want to store in your file cabinet. Sort them all into stacks or categories ... bills, receipts, tax papers, old bills that you may want to keep, letters, etc.

Each stack will become a separate folder, so pay attention to how big the stack gets. If a stack gets too big, then make two folders for that particular stack.

These are some tips on how to file your papers:

* Seldom needed papers, such as tax forms and insurance papers can be put in the back of the drawer.

* Have specific folders, but not too specific or you will end up with a lot of empty files.

* Make a folder for household repairs. You can put warranties and other how to papers in this folder.

File headings:

Ask yourself what word would come first to your mind, then write this in the file heading. This way you will always remember where to find a certain file.

Make a file index; an alphabetical list of all your file headings and update it every month.

If you like to keep everything, ask yourself what could be the worst thing that could happen if you threw it away. If the answer is nothing, then throw it away. Ask yourself questions ... how long has it been since I used this? Do I need this many? If you like to save magazines and newspapers, find a hidden shelf in a cabinet or bookshelf that you can store them in.

When you open mail, don't leave it lying around. As a matter of fact, when you get your mail out of the mail box, look at it right then and throw away all junk mail as soon as you see it. Open your bills right away and then file them. Make a folder for `paid' bills and a folder for `unpaid' bills.

Things to keep:

* Canceled checks

* Tax papers

* Health records

* Credit card records

* Records of investments

* Wills

* Tax returns

You can safely throw away:

* Expired insurance policies

* Non-tax related checks

* Records for things you no longer own.

* Pay stubs going back more than two years.

Things to keep in a safety deposit box:

* Deeds

* Birth and marriage certificates

* Passports

* Stock and bond certificates

* A list of all insurance policies.

* Hard to replace papers

Doing these few simple things can organise your paper clutter and it's not really that difficult to do. Make up your mind that you will take one day, such as a Saturday, and begin this task.

When you are finished you will be very pleased at how all of your papers have a certain place and you will be amazed at how easy it will be to find a certain paper or bill when you need it.

Office supply stores have many kinds of filing systems. Look around at one of these stores and you will be sure to find just what you need.

Tips on filling your car

HERE are some tips to get more of your money's worth for every litre. Only buy or fill up your car or bike in the early morning when the ground temperature is still cold. Remember that all service stations have their storage tanks buried below ground. The colder the ground, the more dense the fuel, when it gets warmer petrol expands, so buying in the afternoon or in the evening... your litre is not exactly a litre. In the petroleum business, the specific gravity and the temperature of the petrol, diesel and jet fuel, ethanol and other petroleum products plays an important role.

A one degree rise in temperature is a big deal for this business. But the service stations do not have temperature compensation at the pumps.

When you're filling up, do not squeeze the trigger of the nozzle to a fast mode. If you look you will see the trigger has three (3) stages: low, middle, and high. In slow mode you should be pumping on low speed, thereby minimising the vapours that are created while you are pumping. All hoses at the pump have a vapour return. If you are pumping on the fast rate, some of the liquid that goes to your tank becomes vapour. Those vapours are being sucked up and back into the underground storage tank so you are getting less worth for your money.

One of the most important tips is to fill up when your tank is HALF FULL. The reason for this is, the more fuel you have in your tank, the less air occupying its empty space. Petrol evaporates faster than you can imagine. Petroleum storage tanks have an internal floating roof. This roof serves as zero clearance between the petrol and the atmosphere, so it minimizes the evaporation. Unlike service stations, some of the trucks that are loaded are temperature compensated so that every litre is actually the exact amount. Another reminder, if there is a fuel truck pumping into the storage tanks when you stop to buy, DO NOT fill up-most likely the petrol/diesel is being stirred up as the fuel is being delivered, and you might pick up some of the dirt that normally settles on the bottom.

How to start a flower garden

FLOWERS are one of nature's beauties that inspire creativity, thought flow, and romance. A flower garden is a wonderful place for leisure and play, but it takes a lot of hard work to get it in place first. A flower garden enhances your outdoor surroundings. It can also provide you with cut flowers and attract pollinators, such as bees, butterflies, and birds, to your garden.

When designing a flower garden, there are five main things to consider: size and shape, symmetry and balance, and a focal point.

Flower gardens are extremely wonderful to look at. More so if you are the one who is taking care of the flower garden - it will truly be one relaxing experience to see all your hard work in full bloom.

* Steps

1. Start small. Enthusiasm for gardening is great, but can rapidly dry up when the work mounts. Start with a small flower bed, say 2.3 sq meters, which is room for around 20 to 30 plants. You can always increase you plantings as your experience grows. If even a 2.3 sq meters plot seems like too much, make a small border or do your first flower gardening in a container. Two or three plants sharing a fancy container can look stunning and give you a sample of what's to come.

2. Make a detailed landscaping plan and dig a flower bed to fit that scheme, if you want. On the other hand, if you are no good at planning on paper, or you know about where and how large you would like the bed, simply lay it out right there in your garden. Laying a garden hose on the ground is one way to mark or plan a gentle curve. If you have a lawn adjoining the bed you are digging, remember to leave yourself mower access.

3. Choose a site. How much sun an area gets is a prime consideration.

Six hours of sunlight will do for the greatest variety of plants. Stay away from underground utility lines and allow at least one meter from a building or fence. In hot climates, it is best to have some shade from the relentless afternoon sun, so a flower bed to the east of a building or fence usually works best. You can grow a garden even if you get 12 hours of full sunlight, but you should be more careful about which flowers you choose to grow. Pick ones that love full exposure to the sun. Your garden will also need more frequent watering.

4. Choose a site with good soil, if possible. All soils can be improved, but avoid areas with shallow, rocky soil, areas where water stands, or steep slopes. Stay at least six meter away from a large tree or five feet away from a sizable bush. Trees will compete with your garden for water and nutrients. Get a soil test. While not strictly required, a soil test will help to determine what nutrients the soil requires and will tell you the fertilisers the soil needs as well as its pH. Your local agriculture department can help.

5. Start digging. Once you locate a site and mark out the boundaries with a water hose, remove all sod and pieces of grass or weeds that may resprout. Using a spade or garden fork, completely dig up the bed to at least eight inches deep, a foot deep is better. Remove rocks or any debris.

6. Level the bed and break up any clods with a rake. Add three centimetres of compost or manure, more if the soil is poor. If the soil is sandy, add peat moss or grass cuttings to improve the soil's water holding capacity. Add lime if the soil is too acid. Most plants like neutral to slightly acid soil. Soil amendments such as compost can be bought by the bag or sometimes by the truckload. Work the amendments into the top 15 centimetres of soil along with a general-purpose fertiliser such as 10-20-10.

7. Buy the plants or seeds then plant according to their directions. Smaller plants go in the front of the bed. Most plants are planted at the same depth they were growing. Firm the soil around them. Remember when placing plants that they will grow, so start with extra space and read the labels carefully to see how much space to leave them.

8. Water thoroughly. Like a good waiter, a good gardener will check whether water is required before watering. How much you water will depend upon the needs of your plants, the climate and exposure, and how much rain your yard gets.

9. Cut spent blooms periodically. Many plants will re-bloom, but only if the old blooms are cut. Also, support and prune your plants as necessary.

TIPS

Grow beautiful and healthy flowers

No garden is complete without flowers. A lawn and trees are beautiful in itself but to enhance this beauty you need to add colour, textures and dimension to the picture.

Like a painting, dabs of colour enhance the central point, completing the whole picture.

* Fill the beds with a few shrubs as background to the dubs of colour you will create with the flowers.

* Arrange either colours in clusters of flowers in groups or spaced out. Plan your space according to the height and width of the plants, allowing space for each plant to grow and flourish.

* Check your seed packets or instructions on your seedling from your nursery, positioning the tall towards the back of the beds, mediums will be the ones in between tall and short.

* Colour can be in groups. For instance you can have a blue group, with various shades of blue clustered in a group, at another corner, a group of yellows, etc., don't use too many colours.

* Mixing flowers of different kinds in the same bed is good. However, make sure not to overdo the colour bit. Maintaining harmony and not being too loud is important.

Khasiat kupang hijau

PENYAKIT arthritis atau radang sendi sering dianggap masalah kesihatan biasa. Sifatnya yang mula menunjukkan kesan pada usia 40 ke atas menjadikan tahap kesedaran terhadapnya masih rendah. Ada lebih 150 jenis penyakit radang sendi yang mengakibatkan rasa sakit, kemerahan, kekejangan otot dan hilang fungsi tubuh.

Arthritis dikaitkan dengan pelbagai penyakit antaranya osteoarthritis, rheumatoid arthritis, gout, lupus erythematosus, penyakit Lyme, psoriasis, scleroderma, dan sindrom Reiter, sindrom Sjogren dan ankylosing spondylitis. Walaupun penyakit ini tidak boleh pulih sepenuhnya, ia sebaliknya boleh dikawal dengan mengurangkan derita kesakitannya.

Perunding dan Pelatih Kesihatan Naturopath, Blackmores (Malaysia) Sdn Bhd, Monitar Tan menjelaskan jenis arthritis yang sering dihidapi pesakit di Malaysia adalah osteoarthritis (OA).

"Dianggarkan 30 peratus penduduk negara ini yang berusia lebih 65 tahun menderita arthritis jenis osteoarthritis. Radang sendi jenis ini disebabkan sendi yang sudah haus akibat penggunaan, kecederaan dan kecacatan yang diwarisi dalam protein yang membentuk rawan.

"Kebanyakannya akibat faktor usia yang meningkat, diet dan gaya hidup. Faktor penyumbang lain termasuk kegemukan, penggunaan sendi yang keterlaluan ketika usia muda seperti sukan atau pekerjaan yang berat serta trauma," katanya.

Selain osteoarthritis, jenis radang sendi yang sering dihidapi golongan dewasa adalah rheumatoid (sering menyerang wanita), arthritis akibat jangkitan kuman dan gout. Tanda-tanda arthritis adalah sakit sendi (tangan, pergelangan tangan, jari, pergelangan kaki, punggung, di bahagian bawah tulang belakang) serta sendi bengkak dan kekejangan sendi.

Penghidapnya juga sukar untuk bergerak seperti kesakitan apabila menggerakkan badan, perubahan pada sendi, bunyi geseran tulang di lutut bagi penyakit osteoarthritis lutut, otot betis menjadi kecut bagi penyakit osteoarthritis lutut dan sakit di sekeliling sendi apabila ditekan.

Ada pelbagai jenis rawatan dan ubat-ubatan termasuk pembedahan untuk membantu mengurangkan sakit. Kaedah bukan ubatan yang turut menjadi pilihan adalah pengambilan makanan tambahan antikeradangan semula jadi yang dipanggil Lyprinol keluaran Blackmores (Malaysia) Sdn Bhd.

"Makanan tambahan yang sudah hampir setahun berada di pasaran ini diperoleh daripada ekstrak minyak asid berlemak daripada sejenis kupang hijau (Perna canaliculus) yang hanya ditemui di pesisiran pantai yang terlindung di selatan Pulau Utara, New Zealand.

Makanan tambahan ini unik kerana ia adalah ekstrak lipid kupang hijau yang selamat dan sesuai kepada pesakit alah makanan laut. Protein yang menjadi punca utama alahan di kalangan pesakit arthritis dikeluarkan secara saintifik. Malah Lyprinol terhasil daripada kupang yang berasal dari keluarga moluska, jadi alahan makanan laut bukanlah masalah utama. Kupang hijau ini mengurangkan kandungan air, mengurangkan radang, kesakitan dan memberikan mobiliti sendi yang lebih baik.

Lyprinol dicetuskan hasil pemerhatian amalan gaya hidup masyarakat Orang Asli Maori di pesisiran pantai New Zealand. Selama lebih 50 tahun, pemerhatian mendapati tiada insiden arthritis dilaporkan di kalangan masyarakat ini. Amalan diet orang Maori yang banyak makan makanan laut terutama kupang hijau mengesahkan lagi hasil kajian pakar yang menemui sejenis minyak yang mengandungi bahan aktif antikeradangan yang sangat tinggi.

Lyprinol boleh diambil bersama-sama ubat-ubatan konvensional yang lain, namun pengambilan perlu berselang dua jam. Makanan tambahan ini terbukti mampu mengurangkan kesakitan sendi, bengkak sendi dan keradangan.

Apa yang penting, pengidap arthritis haruslah peka dan menambah pengetahuan mengenai penyakit ini kerana ia antara faktor yang bakal menjamin kualiti kehidupan yang lebih baik.

"Bayangkan ada antara pesakit arthritis yang tidak mampu menyikat rambut sendiri dan selepas mengambil Lyprinol selama dua bulan bersama ubat konvensional, mereka mampu mengembalikan motivasi diri dan kualiti hidup yang hampir tinggal sejarah," katanya.

Tan turut menyarankan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengurangkan berat badan, menjalani program senaman yang membolehkan sendi mereka bergerak dengan lebih lancar dan otot mereka menjadi lebih kuat.

Selain senaman sendi, pesakit juga harus mengamalkan sistem pemakanan yang seimbang dan sesuai dengan keperluan tubuh badan.