My Followers

Penyeri dinding


BINAAN dinding ialah elemen yang membolehkan kita berlindung di dalam rumah. Tanpa dinding, rumah yang kita diami akan terdedah kepada sebarang kemungkinan dan tidak selamat. Dinding berperanan bukan setakat pelindung kepada pandangan luar ke dalam tetapi berfungsi sebagai pembahagi atau sempadan ruang dalaman dan penghias ruang dalaman. Binaan dinding dalam lebih kepada kesempurnaan bahan kemasan dan nilai estetika yang tinggi berbanding dinding luar.

Selepas dinding disempurnakan kemasannya, perhatian harus diambil kira dari segi kesesuaian hiasan pada permukaannya kerana elemen dinding mudah dilihat. Ini kerana kedudukannya pada pandangan aras mata berbanding lantai yang lebih terlindung daripada pandangan. Fungsi utama hiasan dinding, selain mengisi kekosongan ruang, juga bertindak menyeimbangkan suasana dalaman rumah dan komposisi elemen yang ada dalam ruang. Komposisi ini perlu diseimbangkan supaya tidak dimonopoli oleh sesuatu elemen terutama pada hiasan lantai dan pilihan perabot.

Apabila sesuatu ruang sudah dimonopoli oleh sesuatu elemen, maka tumpuan sering diberikan kepada elemen berkenaan sehinggakan objek lain pada dinding, tidak mendapat perhatian. Justeru, faktor sekeliling perlu diambil kira kerana sesuatu perhiasan perlu disesuaikan dengan elemen lain. Aspek lain yang perlu dipertimbangkan ialah mengambil kira faktor kedudukan, kesesuaian permukaan dinding dengan persekitaran ruang.

Selain itu, pemilihan perhiasan dinding yang mampu membangkitkan seri rekaan dalaman. Perhiasan seharusnya selari dengan konsep ruang dan bukannya sekadar hanya untuk mengadakan perhiasan.

Hiasan dinding bertujuan menceriakan ruang dan mewujudkan kelainan berbanding dinding yang dibiarkan kosong. Hiasan dinding boleh mengundang suasana mewah, santai atau tenang.

Malah, dapat menjadikan sesuatu ruang kelihatan hidup dan menepati keperluan dalaman bangunan. Perhiasan dinding juga secara tidak langsung boleh menggambarkan keperibadian dan minat penghuni.

Gaya pemilihan hiasan dinding

Gaya pemilihan perlu disesuaikan dengan jenis ruang. Ruang tamu yang luas, elok diserikan dengan lukisan besar dan pastikan bingkainya selaras dengan sifat rasmi ruang tamu. Ruang makan pula elok digantungkan gambar kecil motif buah-buahan, potret keluarga atau bunga kering yang boleh merangsang selera.

Bagi dinding di ruang tangga, pemilihan perhiasan bergantung kepada bukaan lebar tangga. Jika bukaan sempit, bahagian sisi dinding tangga tidak sesuai digantungkan gambar, sebaliknya bukaan yang lebar boleh di hiaskan dengan lukisan kecil atau potret yang disusun menyerong.

Gaya hiasan dinding

Gaya hiasan dinding perlu diselaras dengan keadaan sekeliling supaya kehadirannya disedari dan dihargai. Janganlah sekadar mahu memenuhi kekosongan ruang sehingga perhiasan itu kelihatan janggal dan bagaikan tidak diundang di ruang berkenaan. Justifikasi ini boleh dilakukan jika keadaan ruang didominasi oleh elemen lain seperti perabot. Jika perabot yang digunakan itu berukiran penuh atau mempunyai reka bentuk unik dengan sendirinya menyerlahkan penampilan ruang dinding, maka penggunaan perhiasan dinding berukuran kecil sudah memadai.

Gaya hiasan dinding boleh diselaras dengan menggantung hiasan di ruang dinding atas meja konsul, meja kerja dan meja sisi. Jika ruang dinding luas, gantungan lukisan pemandangan atau poster besar secara sendirian mampu menimbulkan daya tarikan.

Pemilihan bahan perhiasan dinding

Pemilihan barang perhiasan penting bagi menentukan sama ada perhiasan dinding dapat menarik perhatian dan bersesuaian dengan suasana ruang. Ini termasuk:

* Ayat suci al-Quran Bagi umat Islam, sememangnya digalakkan menggantung ayat suci al-Quran di kediaman mereka. Dengan adanya ayat suci ini, ia dapat membantu memelihara kediaman daripada perkara tidak diingini, selain membolehkan mereka mengamal bacaan ayat suci berkenaan.

Namun, perlu diingat, seperti sucinya ayat ini, ia juga hanya boleh diletakkan pada dinding bersesuaian dengan kesucian ayat berkenaan. Hiasan pada ayat itu boleh dikemaskan dengan bingkai diperbuat daripada kayu, besi, kaca atau seramik.

* Cermin

Cermin mula ditemui pada abad ke-14 oleh pengukir Itali di Venice. Selain fungsi asas cermin untuk bersolek atau mengemas keterampilan diri, kegunaan cermin pada hari ini sudah dipelbagaikan bagi hiasan ruang dalaman. Penggunaan cermin sebagai perhiasan dinding dapat melahirkan kesan visual kerana menimbulkan perasaan keluasan dalam ruang dan memberi pembalikan cahaya dalam ruang.

* Lukisan dan arca

Lukisan seni halus dihasilkan sama ada dalam bentuk dua dimensi atau tiga dimensi. Dilukis berdasar ekspresi kecantikan dan kepercayaan atau cetusan peribadi artis yang melukis. Subjek lukisan ada yang berbentuk abstrak, berbentuk anggota badan, tumbuhan dan pemandangan. Seni arca terhasil dalam bentuk tiga dimensi yang terhasil daripada ukiran daripada tanah liat, kayu, gelas, batu atau besi. Bahan seni lukis boleh diperoleh sama ada galeri seni lukis, kedai menjual barangan seni atau kedai perabot. Ada juga mereka yang membeli karya seni lukis kerana meminati karya sesuatu artis dan lagi ternama artis itu, lebih mahal pula karya seni mereka.

* Foto keluarga

Selain bahan seni lukis yang diletak pada dinding ruang dalaman, ada juga foto keluarga diletakkan dalam bingkai dan digantung pada dinding. Paparan memori dan kasih sayang yang ditonjolkan, menggambarkan keindahan hubungan keluarga dan memberi inspirasi kepada penghuni dan juga kepada tetamu yang bertandang.

* Hiasan bunga kering

Jika bunga yang dipilih, pastikan ia sudah dikeringkan dan digubah dalam bekas menarik atau boleh dibingkaikan. Kehadiran bunga kering ini menimbulkan seri berpanjangan selain mudah dijaga. Ia sesuai untuk hiasan dinding di ruang makan, ruang tamu dan ruang dapur.

* Hiasan pinggan seramik

Semakin ramai berminat kepada pinggan seramik untuk dijadikan perhiasan dinding, sama ada menghimpunkan corak yang sama atau digabungkan bersama corak dan warna berbeza.

* Hiasan fabrik

Gantungan fabrik di dinding turut digemari, terutama di kalangan mereka yang mahu mewujudkan gaya nusantara dengan memilih fabrik bermotif etnik. Ia boleh digantung menggunakan pancang langsir atau gandar.

* Hiasan jam

Ketika ini, jam sudah digunakan sebagai salah satu bahan koleksi dalam rumah. Keunikan dan keaslian reka bentuk jam antik menjadikannya perhiasan dan bahan seni dekoratif yang digunakan dalam rumah, selain mempamerkan waktu.

Info

Tip reka letak hiasan dinding

* Jika mahu menghimpun sekumpulan gambar atau perhiasan dinding yang lain, pastikan susunannya dibuat secara teratur.

* Satukan gambar berkenaan mengikut tema, ukuran atau corak. Jika masih mahu mengumpulkan gambar yang berlainan motif, selaraskan bingkainya atau cari persamaan yang wujud pada imej gambar berkenaan.

* Elak gantung perhiasan dinding melepasi paras mata kerana ia tidak mungkin dapat dihayati sepenuhnya apabila terpaksa mendongak untuk melihat gambar itu atau digantung terlalu rendah sehingga terpaksa menunduk pula.

* Pastikan kedudukan tempat menggantung seimbang di antara bahagian atas dan bawah serta kiri dan kanan.

PERTEMBUNGAN ANTARA SAINS MODEN DENGAN ILMU WAHYU (AL-QURAN) & HADIS

Ni ada sebuah artikel yang saya dapat daripada seorang kawan melalui e-mail... mari kita kongsi yek...

Dalam artikel ini saya menceritakan pengalaman diberikan Allah anak sulung dengan memberikan anak manja ini makanan rapu. Sebenarnya, melalui anak yang sulung ini, begitu banyak Allah memberikan ilmu melalui pengalaman membesarkannya. Alhamdulillah bersyukur saya di atas segala nikmat yang diberikan Nya.

Dari tahun 1980 hingga 1985, saya mengajar di tiga buah sekolah dari SMK Sultan Ahmad Shah Cameron Highland, Sekolah Mahmud Raub dan akhir sekali di Sekolah Menengah Sains Raub. Saya mengajar subjek utama biologi tingkatan 4 dan 5 di samping beberapa subjek lain. Dalam subjek biologi ini saya menggalakkan pelajar saya untuk memakan hati kerana menurut sains, hati kaya dengan pelbagai khasiat seperti sumber zat besi yang sangat diperlukan oleh tubuh badan . Saya tidak pernah membuktikan sama ada benar dakwaan sains ini tetapi itulah yang perlu saya ajarkan kerana ia terdapat di dalam sukatan pelajaran biologi dari dulu sampai sekarang.

Para doktor juga telah diberikan ilmu yang sama iaitu hati sama ada hati ayam atau hati lembu mengandungi sumber zat besi yang tinggi yang sangat diperlukan tubuh. Namun Islam mengajarkan sesuatu yang bertentangan sama sekali dengan ilmu sains ini iaitu mafhumnya lebih kurang begini "Janganlah kamu makan organ dalaman" . Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya. Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:

1. Hati ~ aku tak suka
2. Paru-paru
3. Perut ~ aku suka sangat.. huhuhu
4. Hempedal
5. Buah pinggang
6. Jantung
7. Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
8. Telur ikan
9. etc.

Sains menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia sedangkan Islam melarang dari memakan hati ini .. Mana yang anda pilih? Sains atau pesan Nabi Muhammad SAW ini?

Kembali kepada pengalaman membesarkan anak sulung 25 tahun lalu, setelah berbagai makanan rapu termasuk berbagai jenama minuman bergas diberikan, sewaktu anak saya berusia 2 tahun, ia sudah menghadapi satu masalah, beliau mudah letih dan tidak bermaya. Saya dan isteri membawa anak kesayangan ke klinik di Raub Pahang. Doktor Cina di klinik ini sangat rapat dengan saya dan isteri kerana isteri doktor ini mengajar matapelajaran Biologi di sekolah yang sama dengan Isteri saya.

Setelah membuat semakan dan ujian termasuk melihat di dalam kelopak mata bahagian bawah, doktor mengatakan bahawa anak saya sudah mempunyai masalah anemia atau bahasa mudahnya kurang darah atau lebih tepatnya darah anak saya ini kekurangan sel darah merah menyebabkan warna darahnya kurang merah . Doktor menasihati kami berdua agar memberikan anak sulung kami ini makan banyak hati seperti hati ayam . Doktor juga ada memberikan supplement untuk anak kami tersebut.

Bermula dari saat ini setiap kali balik dari sekolah, sewaktu singgah di pasar Raub, saya akan membeli sekilo hati ayam untuk diberikan kepada anak disamping makanan ayah dan ibunya .

Walaupun dengan supplement dan hati ayam yang diberikan, keadaan kesihatan anak saya semakin merosot . Ia semakin sangat mudah letih. Beliau hanya akan menjadi penonton apabila sepupunya bermain atau rakan-rakannya berlari berkejar-kejaran.

Perniagaan doktor ini semakin maju maklumlah saya kerap ke kliniknya boleh dikatakan setiap bulan selain dari sakit demam. Pada usia anak saya ini 4 tahun, doktor Cina ini dah surrender dan merujukkan kes anak saya ini ke Hospital Universiti Petaling Jaya . Saya dan isteri terpaksa mengambil cuti membawa anak menemui doktor pakar kanak-kanak.

Anak saya diambil darahnya dan doktor minta anak saya dimasukkan ke dalam wad kanak-kanak. Bacaan hemoglobin dalam darah anak saya cuma 4.2 sedangkan orang biasa sepatutnya dalam lingkungan 12 dan ke atas .

Allah saja yang mengetahuinya azab yang kami lalui. Hasil pemeriksaan doktor, mereka mengatakan anak saya kena anemia Talesemia (umur sel darah merah pendek berbanding normal 120 hari). Saya tidak ada ilmu ketika itu tentang apa itu (Talesemia). Saya menelefon kakak ipar saya di Tapah bertanyakan apa itu Talesemia. Subhanallah, penjelasannya sangat mengerikan. Kanak-kanak penghidap talesemia selalunya meninggal dunia sebelum usia mencecah 7 tahun . Adakah saya akan kehilangan anak sulung yang dikasihi?

Sudah tidak tahu apa yang perlu dibuat, saya berkunjung ke sebuah farmasi di Kajang mencari sesuatu yang boleh saya usahakan untuk mengubati masalah anak saya. Saya ternampak sebuah ubat supplement buatan Amerika dalam bentuk cecair bernama NUTROPLEX. Saya tawakkal membelinya dan memberikan ubat ini kepada anak saya. Alhamdulillah bacaan hemoglobin anak saya meningkat sehingga ada waktunya kepada bacaan 7. Satu perkara lain selain masalah masalah yang telah disebutkan di atas, anak saya ini kerap sekali menghadapi demam secara purata 2 kali sebulan dari usia 2 tahun sehingga berusia 13 tahun . Pendek kata, sekolah memang terpaksa selalu tidak hadir kerana demam.

Begitulah masalah yang kami hadapi membesarkan anak sulung ini sehingga berusia 13 tahun. Kerap demam dan tidak bermaya serta mudah letih. Kemuncak masalah ini ialah bila satu ketika saya mendapat panggilan telefon dari isteri mengatakan anak saya terpaksa dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius. Waktu ini saya sudah mula berguru dengan arwah guru saya. Segala masalah anak saya sudah sedia dalam makluman arwah guru cuma menanti saat yang sesuai sahaja untuk memberitahu kepada saya.

Dalam saat kebingungan mengenangkan anak dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius, saya menelefon arwah guru saya. Setelah saya menjelaskan cerita sebenarnya, arwah memberitahu saya agar mencari sebanyak mungkin buah delima masak di mana-mana kampung dan berikanlah makan kepada anak saya. Alhamdulillah saya berjaya mencari agak banyak juga buah delima kampung dan saya menyuapkan kepada anak saya. Alhamdulillah selepas beberapa hari, anak saya dibenarkan keluar dari wad hospital .

Bermula dari saat inilah saya terpaksa akur sahaja dengan apa yang disarankan oleh arwah guru saya. Sebelumnya, saya memang banyak membantah kata-kata arwah guru, maklumlah saya lulusan universiti (biologi & kimia) sedangkan arwah guru sekadar pengamal perubatan tradisional dan tok guru agama . Arwah guru saya menasihati agar:

1. Elakkan dari makan sebarang organ dalaman seperti hati dsbnya
2. Elakkan makanan rapu seperti coklat, maggi mee, twisties, ding dang, double decker, burger, nuget, sausage dan sebagainya
3. Elakkan minuman bergas
4. Elakkan jeruk-jeruk kering dan basah
5. Makan sayur-sayuran yang berzat seperti sayuran hijau dan pahit.
6. Makan buah delima
7. Makan epal hijau

Selepas tiada pilihan (doktor dan pakar sudah diusahakan) melainkan mencuba kaedah rawatan arwah guru semata-mata , akhirnya saya bersyukur kepada Allah SWT bahawa inilah kaedah yang tepat untuk merawat kes anak saya. Sejak dari saat ini, anak saya ini kelihatan semakin sihat dan segar dan akhirnya kekerapan menghidap demam pun telah menjadi sejarah . Syukur Alhamdulillah terima kasih kepada Mu ya Allah di atas rahmatMu.

Bermula dari saat ini saya sudah berpusing 180 darjah. Saya menyumpah kepada ilmu sains yang mengajarkan bahawa makan hati boleh membawa kebaikan kepada manusia . Saya menyumpah juga kepada diri saya yang selama ini mengajarkan kepada pelajar-pelajar saya satu ilmu yang sebenarnya membawa mudharat kepada manusia. Ampunilah dosa ku ya Allah kerana mengajarkan ilmu sesat di sekolah dahulu (ilmu makan hati untuk menambah darah).

Saya yakin bahawa saranan ilmu sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajarkan oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat . Orang Yahudi ini beranggapan jikalau dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi semata-mata, alangkah indahnya. Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap.

Tanggapan saya ini adalah berdasarkan bahawa orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja . Mereka ingin menggunakan ilmu ini untuk merosakkan dan membunuh umat Islam. Saya berkata demikian kerana ilmu sains dari barat mengajarkan untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi , Amerika dan England tidak makan hati . Mereka juga tidak makan kepala ikan seperti disarankan Nabi sedangkan orang Melayu Islam di Malaysia makan hati dan kepala ikan .

Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan Rasul Nya saja yang mengetahui dengan tepat . Pengalaman anak saya serta didiagnosed oleh doktor sebagai pesakit leukemia sudah cukup mengajar saya betapa mudharatnya memakan hati. Anak saya telah memakan hati ayam dengan begitu banyak sekali semenjak berusia 2 hingga 13 tahun . Subhanallah.

Kepada mereka yang taksub dengan ilmu sains dan perubatan moden, waspadalah, berbagai agenda tersembunyi dimasukkan oleh Yahudi dan Nasrani di dalam ilmu sains dan perubatan moden . Mereka mengajarkan tidak ada ubat bagi menyembuhkan penyakit seperti diabetes, jantung dan bengkak hati sedangkan Allah dengan jelas menyatakan setiap penyakit diturunkan Allah bersama ubat melainkan mati .

Kepada ibu bapa yang bakal mendapat kenaikan gaji baru pada Ogos akan datang ini, saya ingin berpesan bahawa kitalah sebenarnya yang banyak meracuni anak-anak dan diri kita sendiri dengan cara memberikan makanan yang sama sekali tidak sepatutnya untuk dimakan oleh anak-anak dan diri kita . Setengah manusia sangat redha dan seronok untuk diracuni dengan menghisap rokok, minum arak dan menghisap dadah .

Pesan la kat isteri,suami & anak, baby sitters, sedara2. jgn main taram je beli jajan . contoh apollo, etc. print code ni simpan dlm wallet atauhenset. refer bila nak beli. smoga Allah menghancurkan kaum2 yg zalim & musyrikin yg cuba menghancurkan Islam. wallahu a'lam

Kelebihan buah kurma

RAMADAN datang lagi. Buah kurma atau tamar pastinya menjadi pilihan umat Islam di seluruh dunia sebagai juadah untuk berbuka puasa.

Populariti kurma mengatasi hidangan lain ketika berbuka puasa dan buah ini menjadi makanan utama Nabi Muhammad SAW yang diteladani umat Islam zaman berzaman. Umat Islam dianjurkan berbuka puasa dengan buah kurma sebaik terbenamnya matahari kerana ia perkara yang disunatkan.

Selain bulan puasa, biasanya masyarakat Melayu Islam sering dihadiahkan kurma oleh jemaah yang baru pulang dari mengerjakan ibadat haji di Makkah.

Menjadi makanan wajib di Asia Barat, kurma menurut ensiklopedia Wikipedia dipercayai berasal di sekitar Teluk Parsi dan ditanam sejak zaman kuno dari Mesopotamia hingga prasejarah Mesir, kira-kira 4,000 tahun Sebelum Masihi. Bukti arkeologi pula menunjukkan kurma mungkin berasal dari timur Arab dalam 6,000 tahun Sebelum Masihi.

Buah ini kemudian dibawa pedagang Arab ke Asia Selatan, Asia Tenggara, utara Afrika dan Sepanyol yang mana orang Sepanyol memperkenalkan buah ini ke Mexico dan California pada 1765.

Tarikh sebenar kurma dibawa ke Malaysia tidak diketahui tetapi ia dipercayai diperkenalkan pedagang Arab yang datang berniaga dan berdakwah ketika zaman kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.

Pengusaha kurma terkemuka di negara ini, Datuk Yusuf Taiyoob, berkata setiap tahun permintaan terhadap kurma meningkat dan biasanya syarikatnya membawa masuk kira-kira 3,000 hingga 4,000 tan dari beberapa negara seperti Iran, Iraq, Mesir, Tunisia, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Afrika Selatan.

Beliau yang juga pemilik dan Pengarah Urusan Yusuf Taiyoob Sdn Bhd, berkata biasanya stok dibawa masuk dua bulan sebelum Ramadan bagi memudahkan urusan pemasaran dan pengagihan kepada pemborong dan wakil jualan di seluruh negara.


"Syarikat kami bukan hanya membawa masuk kurma untuk pasaran tempatan, tetapi juga menjadi pembekal utama untuk pasaran di Singapura, Thailand, Indonesia dan Brunei.Tahun ini, gudang kami yang lebih besar baru dibuka, jadi jumlah stok lebih banyak berbanding pada tahun sebelumnya," katanya.


Beliau menjelaskan harga kurma bagi sambutan Ramadan kali ini meningkat sedikit, namun beliau masih mengekalkan harga untuk pasaran tempatan dengan kadar lama.


"Ada beberapa negara pembekal kurma menjual lebih mahal dari tahun lalu tetapi untuk pasaran Malaysia kita masih mengekalkan harganya. Namun, beberapa bekalan kurma segar yang banyak dijual seperti tahun lalu tidak dapat dipasarkan tahun ini kerana bekalan berkurangan.


"Musim menuai kurma biasanya pada September dan Oktober. Jadi, tahun ini kita kurangkan membawa masuk kurma segar kerana kos membawanya menggunakan kargo udara mahal. Kita jangka stok baru yang lebih segar akan sampai awal September nanti," katanya yang menguasai 50 peratus pasaran kurma di negara ini.


Penolong Pengarah, Bahagian Zat Makanan, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan, Surainee Wahab, berkata kurma atau nama botani Phoenix dactylifera mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, kalsium, vitamin B1, vitamin B2, beta karotena serta niasin.


"Buah kurma amat sesuai untuk dijadikan hidangan berbuka puasa kerana kandungan tenaganya yang tinggi dapat mengembalikan paras gula yang rendah dalam darah kepada paras yang normal.


"Amalan berbuka puasa yang baik ialah dengan mengambil tiga biji kurma yang kaya dengan tenaga, serat, vitamin dan mineral. Kemudian diikuti dengan setengah cawan jus buah-buahan. Selepas itu bolehlah mengambil satu mangkuk kecil sup sayur berserta dengan satu atau dua keping roti.


"Bagi mereka yang menghidapi kencing manis, buah kurma boleh diambil sebagai makanan pertama untuk berbuka puasa. Namun begitu, mereka perlu mengawal pengambilannya. Mereka boleh mengambil tiga biji kurma tetapi perlu mengehadkan pengambilan makanan serta minuman manis yang lain," katanya.


Kurma baik untuk diet pemakanan, malah, kandungan zatnya dapat membantu dalam perubatan (mempunyai tenaga pembersihan) dan estringen pada masalah usus yang dapat mengatasi masalah sembelit dan gangguan usus kronik.


Ia juga dapat digunakan dalam masalah sakit kerongkong, selesema dan demam, juga dikatakan penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia, selain mempunyai pelbagai khasiat lain.


Oleh kerana kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium, ia sesuai untuk wanita sama ada ketika hamil atau selepas bersalin. Jus kurma dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.


Kandungan zat besi yang terkandung pada buah berkenaan juga menyebabkan wanita berpantang sesuai mengambilnya sebagai hidangan tanpa keraguan. Bagi ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, ia dapat diatasi dengan memakan buah kurma sekali gus menggalakkan pertambahan kandungan susu.


Kurma juga membantu melancarkan perjalanan darah, menghindari barah, merawat buah pinggang, mencuci hati dan membantu mengurangkan pengaliran darah ketika kelahiran. Berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak, pembentukan darah dan sum-sum tulang.


Antara kajian lain dijalankan membuktikan kurma antara makanan paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga, selain berkhasiat terbukti membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan, mencergaskan minda kanak-kanak. Justeru, ia sangat sesuai untuk perut kosong, memberikan tenaga dan menyegarkan kisaran penghadaman.


Dilaporkan 100 gram kurma segar mengandungi sumber vitamin C yang diperlukan badan dan membekalkan 230 kalori untuk tenaga (960 kJ). Oleh kerana kurma mengandungi sedikit air, ia masih pekat walaupun sudah kering.


Bermakna dengan memakan kurma, badan mendapat tenaga mencukupi walaupun hanya dimakan sebiji dan segelas air. Oleh sebab itulah ada individu yang memilih berbuka puasa dengan hanya sebiji kurma dan badan sudah berupaya mendapat tenaga kembali selepas sehari suntuk berpuasa.


Kini, kurma bukan hanya dimakan umat Islam tetapi menjadi pilihan pelbagai masyarakat dunia yang dihidangkan dalam pelbagai resipi serta juadah. Dengan ada reka cipta dalam dunia masakan, kurma boleh dinikmati pelbagai cara dan tidak lagi hanya dimakan sebagai buah semata-mata. Pakar masakan mula menjadikan kurma sebagai bahan pilihan dalam resipi yang dicipta.


Selain digabungkan dengan coklat, manisan dan agar-agar, kurma menjadi ramuan dalam kek, biskut dan jem yang menjadi menu tidak kira bagi sarapan, makan tengah hari, minum petang dan makan malam. Peniaga juga memberi wajah baru kepada kurma dengan membuang biji dan digantikan dengan badam, dipakej dengan cara yang menarik dan kemas.


Malah, kini kurma menjadi bahan utama dalam hamper yang dihadiahkan kepada kawan-kawan, kenalan, saudara mara serta rakan niaga terutama menjelang Ramadan.


Fakta


Kurma


* Kurma muda berwarna hijau, sedikit matang berwarna kuning kemudian bertukar menjadi merah keperangan.


* Pasar kurma terbesar di Madinah dikenali dengan nama Souq al-Tumour, menjual kira-kira 150 jenis dalam pelbagai warna, bentuk, rasa dan harga.


* Selain menjadi buah berkhasiat, pokok kurma juga digunakan sebagai bahan kraf tangan untuk membuat tali atau tikar, manakala batangnya dijadikan bahan membuat perabot dan bahan pembinaan. Pada awal penyebaran Islam Nabi Muhammad SAW membina masjid di Madinah yang mana daun dan batang pokok kurma menjadi atap dan bumbung masjid.


* Tiga jenis utama kurma, iaitu jenis lembut seperti Barhee, Halawy, Khadrawy, Medjool; separuh kering contohnya Dayri, Deglet Noor, Zahidi dan kering seperti Thoory. Jenis buah bergantung kepada kandungan glukosa, fruktosa dan sukrosa.

Pastikan membeli jenama, model dan saiz yang betul

TAYAR komponen terpenting dalam memberi keselamatan kepada kereta. Penjagaan tayar pula memberi impak dalam kos penyelenggaraan kereta.

Kos penyelenggaraan kereta sangat mahal tanpa mengira jenama dan model. Jadi, amat penting mengetahui beberapa panduan penjagaan untuk memanjangkan jangka hayat tayar kereta.

Pertama, anda perlu tahu ada panduan mudah untuk dipatuhi jika ingin menjaga tayar supaya tahan lebih lama.

Tetapi jangka hayat tayar kereta boleh tahan lama bergantung kepada beberapa faktor seperti berikut:

* Jenis permukaan jalan raya bagi laluan pemanduan anda setiap hari.

* Suhu kepanasan jalan raya - ia membuatkan tayar cepat haus.

* Penjagaan dan penyelenggaraan semua bahagian komponen kereta yang lain.

* Bagaimana anda menjaga semua tayar kereta anda

Keadaan jalan yang tidak dijaga menyebabkan kenderaan kita menerima tekanan dan ia membuatkan kos penyelenggaraan kereta meningkat. Dalam hal ini, kita tidak mampu berbuat apa-apa kerana semua itu bergantung kepada pihak yang terbabit dengan penjagaan dan penyelenggaraan jalan. Cuma sebagai pengguna, elakkan melalui jalan yang diketahui rosak atau sedang dalam pembaikan. Jika terpaksa juga melaluinya, pandu dengan berhati-hati dan perlahankan kenderaan.

Oleh itu, kita perlu menjadi pemandu bijak jika tidak mahu kos penyelenggaraan kereta meningkat.

Keadaan keseluruhan kereta penting untuk memainkan peranannya supaya tayar berfungsi dengan baik.

Oleh itu, ketika menukar tayar baru anda dinasihatkan membeli jenama, model dan saiz yang betul. Ia penting kerana jika anda membeli tayar berlainan saiz ia memberi impak meningkatkan penggunaan petrol kereta. Saiz tayar yang salah meningkat kos penyelenggaraan kenderaan anda. Jadi, gunakan saiz yang betul.

Corak pemanduan seseorang boleh mempengaruhi jangka hayat tayar. Gaya pemanduan kasar seperti kerap memecut dan menekan brek membuatkan tayar cepat haus.

Kenderaan yang kerap kali memecut di jalan yang tidak rata dan berlubang akan mengalami pemanduan yang susah dikawal. Jika ini berlaku, pemandu perlu menghantar kereta untuk penjajaran tayar yang disyorkan sebanyak dua kali atau lebih dalam setahun.

Penjajaran tayar penting untuk mengekalkan jangka hayat tayar kereta. Kereta yang mempunyai masalah penjajaran akan mengakibatkan tayar mengalami kehausan tidak sekata.

Selain penjajaran, anda perlu melakukan putaran tayar seperti disyorkan dalam manual kereta. Putaran dilakukan supaya semua empat tayar mengalami kehausan sekata.

Mekanik akan menukar kedudukan tayar jika semua tayar bersaiz yang sama supaya penggunaannya sekata.

Ini boleh meminimumkan kos penyelenggaraan kereta setiap bulan. Pada setiap tayar, jumlah tekanan angin maksimum tertera pada dinding tayar.

Anda tidak digalakkan mengisi tekanan angin dengan kadar maksimum kerana ketika memandu, tahap suhu tayar meningkat dan pasti akan meningkatkan tekanan angin tayar.

Panduan mengekalkan prestasi tayar

* Jika boleh, periksalah setiap minggu jika anda melakukan perjalanan jauh setiap hari. Anda perlu memeriksa tahap tekanan angin jika anda kerap melakukan perjalanan ke luar daerah.

* Lakukan pemeriksaan tayar selepas setiap kali mengisi minyak untuk melihat keadaan tayar kereta. Jika tidak, periksalah tayar kereta dua kali setiap bulan.

* Anda perlu periksa untuk melihat sebarang kerosakan atau kehausan tidak sekata.

* Jika tayar botak atau permukaannya mempunyai paku, besi atau kaca, anda boleh melakukan sesuatu sebelum sebarang kejadian tidak diingini berlaku seperti kemalangan atau tayar pancit.

* Sebelum membeli tayar kereta, lakukan sedikit penyelidikan dengan bertanya pada teman atau mekanik atau layari laman web berkaitan tayar yang anda boleh manfaatkan.

Keselamatan kanak-kanak dalam talian

DIDIK anak anda tentang keselamatan dalam talian Internet sangat mudah diakses oleh sesiapa sahaja yang mempunyai komputer di rumah, temasuklah anak anda. Adalah penting bagi anda mengajar anak anda cara untuk menjadi selamat semasa mereka dalam talian mencari maklumat, berbual dengan rakan atau bermain permainan dalam talian.


Berikut adalah beberapa tip untuk ibu bapa mendidik anak mereka mengenai keselamatan Internet:


* Galakkan anak anda menceritakan pengalaman mereka menggunakan Internet kepada anda.


* Beritahu anak anda untuk menceritakan kepada anda perkara mengenai Internet yang membuat mereka rasa tidak selesa.


* Jika anak anda melawat bilik bual, gunakan program permesejan segera (IM), permainan dalam talian, atau aktiviti-aktiviti lain di Internet yang memerlukan nama daftar masuk untuk memperkenalkan diri, bantu mereka pilih nama itu dan pastikan ia tidak mendedahkan maklumat peribadi mengenai mereka.


* Tekankan kepada anak anda supaya tidak memberikan alamat, nombor telefon atau maklumat peribadi lain, termasuk di mana mereka bersekolah atau di mana mereka suka bermain.


* Didik anak anda bahawa perbezaan antara yang baik dan yang buruk tetap sama dalam Internet seperti di dunia sebenar.


* Tunjukkan kepada anak anda cara menghormati orang lain dalam talian. Pastikan mereka tahu bahawa peraturan untuk bersikap baik tidak berubah hanya kerana mereka menggunakan komputer.


* Tekankan kepada anak anda untuk menghormati hak milik orang lain dalam talian. Terangkan bahawa membuat salinan kerja orang lain - muzik, permainan video, dan program lain - sama dengan mencuri dari kedai.


* Beritahu anak anda yang mereka tidak boleh menemui rakan dalam talian secara bersemuka. Terangkan bahawa rakan dalam talian mungkin bukan seperti yang mereka katakan tentang diri mereka.


* Didik anak anda bahawa tidak semua yang mereka baca atau lihat dalam talian adalah benar. Galakkan mereka untuk bertanya kepada anda jika tidak pasti.


* Kawal aktiviti dalam talian anak anda dengan perisian Internet yang terkini. Kawalan ibu bapa boleh membantu anda menapis kandungan berbahaya, mengawasi tapak yang dilawati oleh anak anda, dan mengetahui apa yang mereka buat.


* Jangan benarkan mereka mengepos gambar sendiri atau gambar ahli keluarga.


* Jangan berikan kata laluan atau nombor kad kredit kepada sesiapa.


* Jangan terima tawaran hadiah atau terima jemputan ke rumah anda.


Melindungi anak anda dari pemangsa dalam talian Internet sudah menjadi bahagian yang penting dalam hidup kita, kita gunakannya untuk bekerja, bermain dan belajar tetapi kita juga mesti mengetahui keburukannya sama seperti masalah dunia sebenar yang boleh memberi kesan kepada anak anda. Bincang dengan anak anda mengenai pemangsa seksual dan potensi bahaya dalam talian.


* Anak kecil tidak boleh menggunakan bilik bual - bahayanya cukup besar. Apabila mereka semakin besar, halakan mereka ke bilik bual yang diawasi dengan rapi. Malah galakkan anak remaja anda menggunakan bilik bual yang diawasi.


* Jika anak anda menyertai bilik bual, pastikan anda tahu yang mana satu mereka lawati dan dengan siapa mereka berbual. Awasi kawasan bual itu sendiri untuk melihat jenis perbualan yang berlangsung.


* Arahkan anak anda supaya tidak sekali-kali meninggalkan kawasan awam dalam bilik bual. Kebanyakan bilik bual menawarkan kawasan peribadi di mana pengguna boleh berbual satu-dengansatu dengan pengguna lain - pengawas bual tidak boleh membaca perbualan ini. Ia biasanya dirujuk sebagai kawasan "berbisik".


* Pastikan komputer yang disambung pada Internet diletakkan di ruang kegunaan bersama dalam rumah, dan bukan di dalam bilik anak. Sukar untuk pemangsa menjalankan hubungan dengan anak anda jika skrin komputer mudah dilihat. Walaupun komputer berada di ruang umum di rumah anda, duduk dengan anak anda semasa mereka berada dalam talian.


* Semasa anak anda masih kecil, mereka perlu berkongsi alamat e-mel keluarga dan bukannya mempunyai alamat e-mel sendiri. Apabila mereka semakin besar, anda boleh meminta Pembekal Perkhidmatan Internet (ISP) anda untuk menetapkan alamat e-mel berasingan, tetapi e-mel anak anda masih berada dalam akaun anda.


* Jika semua langkah pencegahan gagal dan anak anda tetap menemui pemangsa dalam talian, jangan salahkan mereka. Penjenayah itu harus bertanggungjawab sepenuhnya. Ambil tindakan tegas untuk menghalang anak anda daripada menghubungi orang itu lagi.


Sumber : www.esecurity.org.my

Persiapan mendapat berkat Ramadan

BAGAIKAN menunggu tetamu yang istimewa, Ramadan dinanti-nantikan oleh seluruh mukmin di pelusuk dunia. Dalam sejarah Islam sendiri, Rasulullah SAW dalam sebuah riwayat dinyatakan bahawa enam bulan sebelum tibanya Ramadan, Rasulullah mempersiapkan diri untuk menyambutnya. Bahkan ketika Syaaban, Rasulullah mengajar sahabat doa: "Ya Allah berkatilah kami pada Syaaban dan sampaikan kami Ramadan."

Imam al-Ghazali membahagikan puasa kepada tiga tahap:

* Tahap terbaik (khusus al-khusus) - Seseorang Islam yang berjaya mengawal puasanya bukan setakat makan dan minum tetapi mencakupi keseluruhan perbuatan atau tindakan lain yang boleh membatal atau mengurangkan pahala puasanya.

* Khusus - Seseorang yang berjaya dan berusaha untuk menahan diri dari melakukan segala perbuatan yang boleh membatalkan puasanya, tetapi dia masih lagi tidak dapat mencegah diri dari maksiat batin.

* Umum - Seseorang yang berpuasa dan berusaha untuk menahan diri daripada melakukan apa juga perbuatan yang boleh membatalkan puasanya tetapi masih lagi tidak dapat menghindarkan diri daripada melakukan maksiat zahir dan batin.

Antara punca yang menyebabkan ramai di kalangan umat Islam hari ini masih berada pada tahap kedua dan ketiga disebabkan nilai dan mutu kehidupan seseorang itu sendiri yang masih berada di takuk lama walaupun menyedari sedang berpuasa. Perbuatan seperti terlalu banyak bercampur dengan rakan yang melebihkan tumpuan dalam hal keduniaan, hanyut dalam kealpaan dan angan-angan, bergantung harap tidak kepada Allah dengan sepenuhnya dan makan serta tidur yang berlebihan.

Rasulullah SAW dalam hadisnya bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan perhitungan Allah akan mengampuni dosanya yang lalu" (riwayat Muslim).
Dalam hadis lain Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Apabila kamu berpuasa, maka hendaklah pendengaranmu, penglihatan-mu dan lidahmu turut berpuasa dari segala yang haram. Jauhilah dari suka menyakiti jiranmu, hendaklah kamu bertenang dan beramal dan jangan biarkan hari tidak berpuasa dan hari berpuasa adalah sama." (riwayat Bukhari).

Bagi memastikan segala pesanan Rasulullah SAW ini dilaksanakan, kita perlu memulakan penghidupan yang lebih bermutu dan bernilai sepanjang berada dalam bulan berkat ini. Antaranya ialah:

* Menjaga ibadat puasa daripada terbatal dan kurang pahalanya kerana kelalaian dalam menjaga anggota badan.

* Memperbanyakkan membaca al-Quran dan merenungi pengajaran di sebalik pengertian ayat yang dibaca.

* Mengurangkan tidur pada siang hari dalam bulan Ramadan.

* Beriktikaf dalam masjid terutama pada sepuluh malam terakhir Ramadan.

* Memperbanyakkan bersedekah terutama kepada fakir miskin kerana bersedekah akan menyucikan jiwa manusia dari sifat takbur dan kembali menyemai sensitiviti sesama umat Islam.

* Usah terlalu boros dengan melakukan pembaziran dalam penyediaan makanan.

Oleh Wan Marzuki Wan Ramli

Hikmah puasa menurut sains

BULAN Ramadan sangat istimewa dalam takwim Islam. Keberkatan dan rahmat Allah memenuhi bulan ini. Pada masa inilah umat Islam diwajibkan berpuasa selama sebulan.

Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu supaya kamu bertakwa."

Demikian perintah Allah kepada kita agar melaksanakan ibadah berpuasa yang terangkum dalam Rukun Islam.

Inilah yang dikatakan bahawa Ramadan itu adalah penghulu segala bulan sehinggakan ia sentiasa ditunggu-tunggu kehadirannya oleh kita semua.

Kehadiran Ramadan membawa sinar keimanan yang mantap dan mengukuhkan ketakwaan. Jadikanlah Ramadan tetamu yang dirindui dalam kehidupan di dunia ini.

Ibadah berpuasa dalam bulan Ramadan ini dapat diterjemahkan sebagai satu ibadah jasmani dan rohani. Ini kerana puasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga tetapi dari sudut rohani menahan nafsu dan menjaga peribadi diri selaras dengan tuntutan agama.

Dengan melaksanakan Rukun Islam ini kita dijanjikan Allah dengan pengampunan dosa yang lalu. Hal itu jelas dalam sabda Rasulullah bermaksud:

"Sesiapa berpuasa Ramadan kerana iman dan mengharapkan pahala daripada Allah, nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Hadis riwayat Muttafaq 'alaih).

Begitulah tawaran istimewa yang dijanjikan Allah kepada hamba-Nya yang berpuasa di bulan Ramadan.

Di dalam satu hadis Qudsi yang bermaksud:

"Semua amal anak-anak Adam untuk dirinya kecuali puasa . Puasa adalah untuk-Ku dan Aku yang memberi ganjaran atasnya."

Jadi, sempena Ramadan tahun ini marilah kita berusaha dengan bersungguh-sungguh menunaikannya sebagaimana dituntut agama.

Hal itu semestinya meliputi segenap aspek kehidupan. Pada Ramadan inilah kita wajib bermuhasabah diri meneropong segala kelemahan diri dan dosa-dosa yang dilakukan pada bulan-bulan terdahulu, seterusnya menggilap semangat dan kekuatan hati untuk memantap iman.

Ibadah puasa khususnya pada Ramadan jika ditinjau daripada perspektif ilmu kesihatan dan perubatan juga mengandungi hikmah yang tersendiri. Malah, pakar-pakar perubatan bukan Islam turut mengakui puasa adalah satu kaedah perubatan yang mujarab kepada sistem tubuh manusia.

Antaranya Dr Mac Fadon dari Amerika Syarikat (AS) yang menyatakan, puasa seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut.

Boleh dikatakan semua ahli perubatan di dunia ini menyatakan berpuasa menyihatkan tubuh badan manusia, malah kesihatan mental dan kekuatan rohani akan turut berganda dengan berpuasa.

Di India terdapat satu institut rawatan kesihatan yang melakukan promosi besar-besaran agar rakyat di negara itu mengamalkan puasa sebagai satu langkah pencegahan penyakit dan mengekalkan tahap kesihatan.

Kajian sains perubatan mendapati berpuasa memainkan dua fungsi sekali gus iaitu sebagai kaedah perawatan ke atas penyakit dan sebagai langkah pencegahan. Hebat sungguh puasa ini dan kita sebagai umat Islam seharusnya menggunakan ruang dan peluang seluas-luasnya pada Ramadan untuk melaksanakan dengan penuh takwa kepada Allah.

Satu kajian yang telah dilakukan oleh seorang pakar perubatan dari AS, Dr Alan Cott menyatakan puasa mempengaruhi darjah kecerdasan seseorang.

Beliau juga melakukan satu uji kaji ke atas sekumpulan orang yang berpuasa dan satu kumpulan yang tidak berpuasa.

Hasilnya menakjubkan kerana mereka yang rajin berpuasa itu memperoleh markah jauh lebih tinggi berbanding yang tidak berpuasa.

Inilah bukti konkrit daripada segi sains moden bahawa puasa itu mengandungi seribu satu keajaiban.

Ingatlah kita mengenai pesanan Lukman al-Hakim kepada anaknya yang katanya:

"Wahai anakku, apabila perut dipenuhi makanan, maka gelaplah fikiran, bisulah lidah daripada menuturkan hikmah (kebijaksanaan) dan malaslah segala anggota badan untuk beribadat. Makan yang kenyang itu menegangkan urat perut dan mengendurkan urat mata."

Maksud Lukman al-Hakim di sini ialah jika kita sentiasa kenyang, kesannya kita mudah mengantuk dan malas.

Jadi, ibadah puasa bertepatan dengan amalan baik dari segi kesihatan manusia.

Sabda Rasulullah bermaksud: "Berpuasalah kamu agar kamu menjadi sihat." (Hadis riwayat Ibnu Sunni dan Abu Nu'aim daripada Abu Hurairah) .

Apa yang penting sewaktu berpuasa ini kita hendaklah menjaga etika puasa itu. Jangan hanya setakat menahan lapar dan dahaga saja.

Rasulullah bersabda; "Sesiapa berpuasa pada Ramadan dan mengetahui batas-batasnya (ketentuannya) serta memelihara perkara-perkara yang perlu dijaga, maka dihapus dosanya yang telah lalu." (Hadis riwayat Al-Baihaqi).

Apa perkara yang perlu dijaga semasa berpuasa? Seluruh anggota badan kita seharusnya turut berpuasa. Demikian juga dengan hati kita. Contohnya menjaga lidah agar jangan sewenang-wenangnya menuturkan kata-kata keji atau mengumpat sedangkan pada waktu itu kita sedang berpuasa.

Jadi, apa maknanya kita berpuasa tetapi lidah kita laju mengeluarkan kata-kata keji atau mengumpat. Jawabnya, sia-sia ibadah puasa kita itu. Yang kita dapat hanyalah lapar dan dahaga tetapi kosong pahalanya.

Ingatlah amaran Rasulullah melalui sabdanya yang bermaksud: "Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan buruk sedangkan ia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah selain daripada lapar dan dahaga yang didapatinya." (Hadis riwayat Bukhari).

Oleh demikian berhati-hatilah kita semua dengan etika berpuasa itu agar kita tidak tercicir ganjaran besar pahala sebagaimana yang dijanjikan Allah.

Allah mengarahkan kita supaya sentiasa bertutur kata yang baik dan sopan apatah lagi semasa kita sedang berpuasa Ramadan.

Firman Allah dalam surah Al-Isra' ayat 53 yang bermaksud: "Katakanlah kepada hamba-hamba-Ku, hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sungguh syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka."

Sebaliknya dalam bulan Ramadan ini basahilah lidah dengan zikir dan bacaan al-Quran.

Pada Ramadan yang penuh berkat ini, latihlah diri dan pimpinlah hati kita dengan jalur kehidupan yang dituntut oleh agama.

Jika kita berpuasa dengan kaedah sebagaimana diperintahkan Allah, puasa itu adalah ibarat perisai daripada godaan syaitan, malah ibadah kita akan menjadi gerbang menuju ketakwaan.

Oleh itu, jadikanlah Ramadan ini sebagai bulan memantapkan iman untuk meraih kecemerlangan dunia dan kebahagiaan di akhirat. Marhabban Ya Ramadan.

Oleh Wan Mohd Ruzlan Wan Omar
* Penulis ialah seorang guru.

Virus influenza A (H1N1) di kalangan masyarakat

1 BAGAIMANAKAH Influenza A (H1N1) merebak?

- Virus influenza A (H1N1) berjangkit daripada manusia ke manusia yang lain melalui titisan cecair pernafasan (iaitu ketika bercakap, bersin atau batuk).

- Sesiapa sahaja yang berhubung rapat (kira-kira 1 meter) dengan mereka yang mempunyai gejala selesema seperti demam, bersin, batuk, selesema, menggigil, sakit sendi dan lain-lain adalah berisiko untuk terdedah kepada titisan cecair pernafasan yang berjangkit.

2 Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1)?

- Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun.

- Individu berusia 65 tahun dan ke atas.

- Kanak-kanak dan remaja (<18 tahun) yang mengambil terapi aspirin bagi jangka waktu panjang.

- Wanita mengandung.

- Dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai penyakit asma, pulmonari kronik, kardiovaskular, hepatik, hematologikal, neurologik, neuromaskular atau penyakit metabolik seperti Diabetes.

- Dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai sistem imuniti yang rendah (immunosuppression).

- Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain.

3 Apakah peranan mask di dalam suasana penjagaan kesihatan?

- Penggunaan mask boleh mengurangkan jangkitan influenza.

- Nasihat penggunaan pelindung muka haruslah disertakan dengan latihan cara penggunaan yang betul, saiz yang tepat (contoh: mask N95), bekalan yang tetap dan kemudahan pelupusan mask yang betul.

- Surgical mask boleh digunakan jika tiada hubungan secara langsung dengan pesakit H1N1. Ia juga boleh dijadikan sebagai alternatif jika bekalan mask N95 tidak mencukupi (bagi situasi ini, mask N95 hanya perlu digunakan untuk prosedur percikan/semburan).

4 Apakah peranan mask di dalam masyarakat?

- Tiada bukti yang kukuh mengenai pemakaian mask terutamanya di tempat terbuka. Tetapi, ia boleh digunakan di tempat tertutup dan mempunyai hubungan secara langsung dengan mereka yang disyaki menghidap influenza.

- Orang awam boleh memakai surgical mask di rumah atau di dalam kawasan kejiranan, terutamanya jika mereka berhubung secara langsung dengan individu yang disyaki menghidap influenza. Contohnya semasa memberi rawatan dan penjagaan kepada ahli keluarga.

- Memakai mask membolehkan mereka yang disyaki menghidap influenza melindungi mulut dan hidung mereka dan juga membantu mengawal sebaran titisan cecair, juga sebagai sebahagian adab batuk.

- Mask juga boleh disarankan kepada mereka yang berisiko tinggi semasa mereka berada di kawasan yang sesak.

5 Apakah kegunaan surgical mask?

- Mask membantu menghentikan penyebaran titisan cecair daripada tersebar.

- Juga membantu percikan cecair daripada memasuki mulut atau hidung mereka yang memakai mask tersebut.

- Mask haruslah dipakai sekali sahaja dan dibuang dengan cara yang betul selepas digunakan.

6 Bagaimanakah cara menggunakan mask dengan betul?

- Letakkan mask untuk menutup mulut dan hidung dan ikat dengan cermat bagi mengurangkan ruang di antara muka dan mask.

- Semasa digunakan, elakkan daripada menyentuh permukaan di bahagian dalam mask tersebut - Setelah anda menyentuh mask, contohnya semasa menanggalkannya, bersihkan tangan dengan sabun dan air atau menggunakan pencuci tangan berasaskan alkohol.

- Tukarkan kepada mask yang baru jika mask yang digunakan telah lembap/berlengas/rosak.

- Jangan menggunakan kembali mask, ia adalah khas untuk sekali penggunaan sahaja.

- Adalah perlu diingatkan bahawa disamping penggunaan mask, langkah pencegahan umum yang lain seperti membasuh tangan dengan betul dan adab batuk adalah amat penting bagi mencegah jangkitan influenza.

7 Saranan WHO berkaitan dengan Kebersihan Tangan.

a. Bagi individu yang sihat:

- Kekalkan jarak sekurang-kurangnya 1 meter daripada individu yang disyaki menghidap influenza:

- Jangan menyentuh mulut dan hidung.

- Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun dan gunakan bahan pembersih tangan berasakan alkohol, terutamanya jika menyentuh mulut dan hidung dan permukaan yang mungkin boleh tercemar.

- Seboleh-bolehnya, elakkan kontak rapat dengan mereka yang sakit.

- Seboleh-bolehnya juga, elakkan berada di tempat sesak;

- Dapatkan pengudaraan yang baik di kediaman anda dengan sentiasa membuka tingkap.

b. Bagi individu yang disyaki mengalami influenza:

- Tinggal di rumah jika anda berasa tidak sihat dan patuhi arahan doktor:

- Kekalkan jarak sekurang-kurangnya 1 meter dari mereka yang sihat dan dan pakailah mask bila mempunyai kontak dengan ahli keluarga.

- Tutup mulut dan hidung semasa batuk atau bersin dengan tisu atau sapu tangan bagi menghalang penyebaran titisan respiratori. Segera buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah dan cuci tangan dengan sabun dan air.

- Pastikan pengudaraan di rumah adalah baik.

Sumber: www.moh.gov.my

Understanding colour schemes

CHOOSING a colour scheme for your home can be exciting, fun and a great creative outlet. Sometimes a single colour scheme is chosen for an entire home, with only minor adjustments made in shading and scale.

At other times, colours are chosen room by room. Either method is acceptable, and both can be challenging and fun.

There are many things that can go into colour scheme choices. Determining the colour scheme before you make any purchases or other design decisions will benefit you in several ways.

The definition of `colour scheme' represents the primary and secondary colours you will be using in your design project. Most people find that up to three primary colours and a couple of secondary colours work well. By making this decision at the beginning of the project you will ensure consistency in your selection and purchases.

Choosing Your Colours

How do you go about deciding on these colours?

1. Look around your home and see what colour selections you have made in the past. Take a couple of minutes to re-write that list, organising it into three categories: colours you really enjoy, colours that are okay, and colours you would rather not see.

For example, you may have listed moss green, buttercup yellow, and light blue as colours you like and have used in other areas of your home. Those colours make you happy. Your list of `okay' colours included light brown and navy blue.

2. Consider the space you are going to decorate, or re-decorate and decide which of those colours you want to use.

You may decide to use moss green and light blue as the predominant colours for your project with accents of navy blue, buttercup yellow and deep gold.

3. You have added a new colour, or shade to the colour scheme by the inclusion of a deep gold. It will fit in nicely with the rest of the colours in your home as it is in the yellow/brown family.

There are some homes that use the exact same colours in every area, but using two or three primary colours throughout our home, with two or three secondary colours as accents, is the most successful way to home design.

Popular Colour Schemes

The popular European scheme focuses on rich and sometimes oldfashioned colours. These are mainly dark reds and dark gold, as well as blues and purples. They should not be totally matte, or too metallic, but just enough to reflect light a little bit. To go specifically for a French feel, light gold, light maroon and blue create a truly French theme.

If you fancy going further than Mediterranean, a tropical theme focuses on greens, light blues, and browns, as well as highlighting colours, and shades that bring the room to life such as red and yellow. White also works well, as it fits in with the feel of clean air on tropical islands.

Or maybe keep the ocean feel, but bring it back home to a local seaside theme. Light brown, sea blue and medium green as well as sandy orange can all be used to give this image. Light grey also goes well if you are aiming to create a rocky feel or perhaps the tone of a typical rainy day at the seaside!

Or go east with an Asian style theme that thrives on blacks and whites, highlighted using red and blue, which gives the room depth and a small amount of gold can also be used to create a luxurious feel.

The most important thing to remember when choosing your colour scheme is that your personal preferences are going to be far more important than what anyone else has to say. If you prefer red and orange tones, then that should be a focal point for your colours. Remember to balance your colour choices with either neutral or contrasting colours for a unique look that brings more into the home than one or two colours will.

Info

Planning the Right Colour Scheme For Your Home

* Step 1

Make colour choices based on the style of the house itself. The colour schemes chosen for an old Victorian home, a beach cottage and a Spanish Hacienda are not likely to be the same. Each styles evokes a particular motif that will undoubtedly have an impact on colour options.

* Step 2

Choose colours based upon the decorating motif. Different motifs like jungle, Oriental or Southwestern and all of the decor that will go with them will have an impact on the ultimate colour choices made.

* Step 3

Pick colours based on the family's personal tastes. Many people have definitive ideas about the colours that should go into their houses. Such preferences should always be taken into consideration in choosing a colour scheme.

* Step 4

Make colour choices based upon the furnishings to go into the house. Most people can't afford to buy all new furniture when they move into a house. Therefore, the colour scheme of the home must complement their existing furnishings.

Pengembaraan Ibn Battuta disorot dalam VCD

Tajuk: Jejak Rasul Musim 14 - Rihlah Ibn Battuta

Terbitan: TV3, Primeworks

Edaran: Nickleodeon Books (M) Sdn Bhd (nickbook@ streamyx.com)

AKU keluar meninggalkan tanjah, jana bijanaku pada hari Khamis yang kedua, dalam bulan Rejab yang unggul, bulan Allah s.w.t, 725 Hijrah, dengan niat mengerjakan haji di Baitullah al-Haram dan menziarahi makam Rasulullah s.a.w.

Aku keluar bersendirian tanpa teman untuk berhibur dan tanpa menyertai rombongan kabilah. Aku pergi kerana desakan jiwaku dan rindu akan tempat-tempat suci.

Kerinduan ini sekian lama terpendam di dadaku. Oleh itu, aku membulatkan tekad untuk meninggalkan semua yang ku kasihi, wanita dan lelaki. Lalu berpisahlah aku dengan kampung halaman persis burung meninggalkan sarang.

Dengan itu bermulalah siri pengembaraan Ibn Battuta atau nama sebenarnya Abu Abdillah Muhammad Ibn Abdillah Ibn Muhammad Ibn Ibrahim al-Louati Tangi, seorang tokoh pengembara kurun ke-14.

Beliau meninggalkan Tangier, Morocco pada 1325 ketika berusia 21 tahun untuk merentasi sempadan negara dan benua melalui pengembaraan yang mengambil masa selama 29 tahun dengan jarak perjalanan sejauh 120,000 kilometer.

Pengembaraan beliau membabitkan 44 negara lebih 600 tahun lalu itu disorot kembali dalam Jejak Rasul Musim 14 - Rihlah Ibn Battuta yang kini dimuatkan dalam bentuk cakera padat video (VCD), diedarkan Nickleodeon Books (M) Sdn Bhd.

Bagaimanapun, pengembaraan dilakukan kru Jejak Rasul untuk mengesan pengembara berbangsa Arab itu hanya membabitkan tempoh 90 hari di enam negara seperti India, Maldives, Morocco, Sri Lanka, Oman dan Turki.

Dokumentari Islam itu bermula di India, satu destinasi paling lama didiami Ibn Battuta, iaitu selama lapan tahun.

Di negara itu beliau mendapat kedudukan istimewa, dilantik qadi (hakim) dan duta ke China.
India masih menyimpan banyak kesan pemerintahan Islam seperti Qutub Minar di selatan kota Delhi, yang dibina lebih 800 tahun lalu, kini diiktiraf tapak warisan dunia.

Menara lima tingkat setinggi 72 meter itu dibina daripada batu merah dan di sekelilingnya dilingkari tulisan ayat suci al-Quran. Ia dibina mulai tahun 1193, sebaik Islam bertapak di bumi itu dan diiktiraf menara batu-bata tertinggi di dunia.

Terletak berdekatan menara terbabit ialah Masjid Jamek Delhi, dikenali juga Masjid Qutub, dibina pada 1163. Ibn Battuta sering mengunjungi masjid itu dan beliau menggambarkan masjid itu; mempunyai 13 kubah batu, binaannya tidak menggunakan kayu dan ada empat halaman.
Pada 1343 Ibn Battuta meninggalkan India untuk meneruskan pengembaraannya ke negara lain.

Siri pengembaraan Ibn Battuta dalam VCD ini diselusuri berdasarkan kitab Rihlah Ibn Battutah (Pengembaraan Ibn Battuta), iaitu kitab mencatatkan pengembaraan Ibn Battuta, yang dikarang sebaik beliau kembali dari pengembaraannya.

Jadikan bacaan, tafsiran al-Quran amalan harian

RAMAI yang khatam al-Quran sejak kecil dan bagi mereka yang mempunyai daya ingatan serta kemahuan yang kuat pula mampu menghafal keseluruhan isi kandungan kitab suci itu sehingga digelar al-Hafiz. Namun, berapa ramai yang berusaha menghafal atau khatam kitab terjemahan al-Quran atau sekurang-kurangnya habis sekali membaca sebuah al-Quran berserta terjemahan misalnya Tafsir Pimpinan Al-Rahman, Tafsir Quran Karim oleh Prof Dr H Mahmud Yunus dalam bahasa Melayu dan lain-lain kitab terjemahan yang popular di negara kita sekali seumur hidup.

Malah berapa ramai yang khatam membaca sekurang-kurangnya sekali sebuah kitab tafsir al-Quran yang muktabar seperti Tafsir At-Tabari, Tafsir Al-Qurtubi, Tafsir Ibnu Kathir, Fi Zilal al-Quran oleh Syed Qutb dan banyak lagi yang kini diterjemahkan dalam pelbagai bahasa.

Amalan membaca al-Quran sangat digalakkan dan mendapat pahala namun lebih baik jika kita berusaha memahami apa yang dibaca serta mendalami pengertian dan segala isi kandungannya yang begitu komprehensif sebagai panduan hidup.

Al-Quran adalah kitab induk yang sangat lengkap mencakupi aspek kehidupan manusia seperti urusan ekonomi, politik, sosial, teknologi, sains, sejarah, ketenteraan, undang-undang dan sebagainya. Hakikat ini hanya dapat diketahui dan diterokai jika kita tahu makna setiap ayat yang dibaca. Jadi amat rugi jika kita tidak memahami apa yang dibaca, sedangkan al-Quran adalah perlembagaan hidup umat Islam dan mengandungi pelbagai hikmah, rahsia, petunjuk, pengajaran dan pedoman terunggul umat Islam sehingga ke akhir zaman.

Perkara ini adalah janji Allah melalui firman-Nya: "Kitab al-Quran ini tidak ada sebarang keraguan padanya (tentangnya dari Allah dan tentang sempurnanya), ia pula menjadi petunjuk bagi orang yang bertakwa." (al-Baqarah: 2). Malah bagi menguatkan lagi peranan dan kedudukan al-Quran sebagai mukjizat, syafaat, sumber agung dan aset terpenting umat Islam seperti mana sabda Nabi Muhammad SAW dalam khutbah haji Wada' yang bermaksud: "Telah aku tinggalkan kepada kamu dua perkara di mana kamu tidak akan sesat selagi mana kamu berpegang kepadanya, iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnah-Ku (hadis)".

Oleh itu menjadi keperluan kepada kita sebagai generasi al-Quran dan golongan pendakwah memahami serta menghayati apa yang dibaca dengan menelaah terjemahan dan tafsir al-Quran dan seterusnya melaksanakan segala ajarannya dalam kehidupan kita.

Sehubungan itu, kita perlu memiliki sekurang-kurangnya sebuah kitab terjemahan al-Quran dan juga koleksi kitab tafsir al-Quran muktabar di rumah serta di pejabat. Jika kita boleh membeli sebuah buku yang berharga ratusan ringgit, tidak adil jika kita tidak mampu membeli sebuah kitab terjemahan dan tafsir al-Quran sebagai bekalan pelaburan di dunia dan akhirat.

Dalam realiti hari ini yang begitu mencabar dan rencam, kitab terjemahan dan tafsir al-Quran sangat mustahak kepada umat Islam sebagai asas rujukan serta kompas kehidupan. Menurut ulama terkenal Dr Yusuf Al-Qardhawi, manusia dewasa ini amat perlu kepada tafsir al-Quran sehingga kefahamannya betul dan menepati kehendak Allah serta dapat beramal dengan lebih sahih lagi.

Justeru Allah menuntut daripada mereka agar sentiasa bertadabbur al-Quran. Ini membuktikan bahawa di samping kita membaca dan menghafal al-Quran, sudah tentu segala kandungannya juga perlu difahami dan direalisasikan agar kita dapat melihat dan merasai sendiri dengan jelas keindahan serta keunikan al-Quran.

Di samping itu dengan kecanggihan teknologi dan kemajuan ICT yang ada, umat Islam juga perlu berhati-hati apabila membaca atau membuat rujukan kepada terjemahan dan tafsir al-Quran maya yang begitu mudah diperoleh di internet kerana wujud ratusan laman web sedemikian yang menyediakan kandungan yang ditokok tambah, sesat dan meragukan oleh musuh Islam. Malahan ada laman web golongan yang mendakwa Islam liberal serta gerakan intelektual dari kalangan mereka yang terpengaruh dengan Orientalis yang giat menghasut umat Islam agar menolak kitab terjemahan dan tafsir al-Quran sedia ada bagi membolehkan kitab suci itu diterjemah dan ditafsir semula mengikut kehendak dan realiti semasa.

Oleh Mohamad Sofee Razak

Top 5 - Computer problems and solutions

ONCE you buy a computer, you must accept that sooner or later it will eventually crash due to a virus or some other massive error. If someone told you that your computer will last more than a decade, don't believe it because it is just a myth. But of course, you should take care if you want it to last longer without any defects.

However, there are people out there who would prefer to buy a new computer than spending time trying to fix it. Usually after the first two years, you will need some kind of maintenance because your computer tends to lose its original speed and performance. Here are some common problems a computer user usually experience.

* Computer speed or performance has slowed.

Lack of maintenance, fragmented data, corrupted registry, spyware, and unnecessary loading of computer programmes and services will surely effect your PC speed and performance. Managing your programmes and cleaning your registry will boost your computer's performance up to 30%.
* Computer system freezes and blue screens of death.

Computer virus or spyware may be some of the reasons why this is happening to your computer. Update your anti-spyware immediately to avoid this kind of problem and thoroughly scan your computer to see if it has any viruses or spywares. If you find your computer is free from spyware, then updating your hardware drive is the next step.

Hardware drives makes it easier for your computer to effectively communicate with other hardware components. Without an updated driver, the CPU may lock up and cause problems. If that doesn't work try to increase your computer RAM to avoid computer freezes. By increasing the RAM you get more use out your computer's computing power.

* The computer keeps on rebooting again and again.

This problem is usually associated with hardware issue,and faulty power supply is usually the cause. Dirty or defective cooling fan is another reason why your computer is rebooting spontaneously.

If your computer is trying to cool itself and the fan is defective, it will automatically switch off.
Dust that accumulates in your computer can also trap heat and make it hotter. Clean the fan and make sure it is running properly. Do not forget to check your power supply.

* Noises and vibrations.

High pitched noises are caused by electronic components. Unplug your computer, remove the case and run the computer to find the origin of the noise. If a loose wire or faulty fan is not causing the noise, then it is time to call a computer technician to help with your problem.
* Your browser home page changed itself.

This is caused by a spyware installed on your system. The spyware installed a java script into your web browser that tells your browser to change settings hence changing the default home page of your browser. You can run an anti-virus or spyware programme to remove the spyware from your computer.

All these problems can be avoided simply by maintaining your computer. The key to fixing it is to diagnose and identify what's happening to your computer. Take a few minutes to run some diagnostic tests, or seek help in forums before visiting a computer repair center.

TIPS

How to keep your computer running fast and smooth

Here are a few common problems that can slow down your computer and the steps to overcome it:

* Step 1

Keep your desktop and hard disk tidy - Storing files and lots of shortcuts on your computer desktop will take up more memory. Create a temporary working folder for it, instead of littering the desktop.

* Step 2

De-fragment your hard disk regularly - There are hidden files and abstract data recorded to your hard disk. Over time, the way it is organised becomes less efficient, and the disk is said to be fragmented. Fortunately, Windows has a "disk defragmenter", which can correct the fragmentation on your hard disk fairly quickly.

* Step 3

Keep your computer free from viruses - If you are connected to the Internet, it is possible to be infected with malicious viruses which will slow down your computer, corrupt your files, and render it useless.

Equip your computer with anti-virus software, and make sure the "definitions" are up to date.

* Step 4

Make all of the above easy - Everything can be automated using Window's built-in "Scheduled Tasks" manager to schedule tasks into a simple batch file with simple instructions for your computer to follow.

* Step 5

Automatic disk cleanup - Set the options for "Disk Cleanup" utility to use when "Scheduled Tasks" executes it.

* Step 6

Schedule it! - The tasks you have defined will now run on a regular basis as you have specified, which will help your computer run relatively trouble free for years to come.

E-mel dan penipuan

INTERNET membolehkan para pelabur mengakses akaun mereka 24/7, memulakan transaksi sekuriti hampir-hampir dari mana-mana sahaja dan dengan pantas, dan menawarkan kajian untuk peluang pelaburan dengan murah. Akan tetapi Internet ada kelemahannya.

Tip berikut akan membantu anda melabur secara bijak dalam talian:

@ Lindungi kata laluan anda untuk akaun pelaburan dalam talian. Simpan kata laluan di tempat selamat, dan jangan mengongsinya dalam Internet, menerusi e-mel, atau dalam telefon.

@ Jangan balas mesej remeh kecuali jika anda pasti mesej itu datang dari sumber yang disahkan. Ini termasuklah tidak menjawab sebarang mesej yang menawarkan pilihan untuk "Buang saya dari senarai anda."

@ Jangan berikan maklumat peribadi dalam e-mel atau mesej segera. Ia mungkin satu penipuan. Kebanyakan syarikat yang sah tidak akan meminta maklumat peribadi melalui e-mel.
@ Fikir dua kali sebelum membuka lampiran atau mengklik pautan pada e-mel atau mesej segera, walaupun anda mengenali pengirimnya. Jika anda tidak dapat mengesahkan dengan pengirim bahawa lampiran atau pautan adalah selamat, padam mesej itu.

@ Jangan beli apa-apa atau menderma kepada badan kebajikan menerusi e-mel remeh. Pembuat mesej remeh sering kali bertukar-tukar atau menjual alamat e-mel orang yang pernah membeli dari mereka, jadi, membeli barang melalui mesej remeh boleh menyebabkan bertambahnya mesej remeh anda.

@ Penjenayah menggunakan mesej remeh untuk mempergunakan niat orang untuk menolong orang lain. Jika anda menerima permintaan emel dari badan kebajikan yang anda ingin sokong, elakkan penipuan derma dengan menghubungi organisasi itu secara terus untuk mengetahui cara menderma.

@ Jangan majukan e-mel mesej berantai. Bukan sahaja anda tidak dapat mengawal siapa yang melihat alamat e-mel anda, tetapi anda mungkin meneruskan satu penipuan atau membantu penyebaran virus.

@ Jika anda menerima mesej e-mel yang kesat, mengganggu atau mengugut atau telah menjadi mangsa penipuan e-mel `phishing', laporkan kepada MyCERT.

@ Laporkan penipuan `phishing' dan e-mel penipuan lain kepada syarikat yang dipergunakan namanya itu dan juga kepada MyCERT. Hubungi organisasi itu secara terus dan bukan menerusi e-mel yang anda terima.

Sumber: www.esecurity.org.my

Reka bentuk katil serikan bilik

PEMILIHAN reka bentuk katil dan jenis tilam yang betul bukan saja dapat menyokong kesihatan badan tetapi elemen ini juga dapat membantu menyerlahkan hiasan dalaman sesebuah kediaman tanpa mengira keluasan ruang berkenaan.

Malah, ada yang sanggup berhabis untuk mendapat keselesaan ketika tidur kerana ia adalah permulaan kehidupan yang lebih bermaya, cergas dan sihat keesokan harinya selain menjamin kurang risiko sakit belakang.

Pemilihan dua barang asas ini banyak bergantung kepada kemampuan dan cita rasa seseorang, sama ada memilih katil ringkas, berkerawang yang diperbuat daripada kayu ataupun besi.
Bagi memilih jenis tilam pula, kebanyakan pemilik kediaman lebih gemar tilam spring kerana ia menyokong tulang belakang dengan baik dan pada masa sama harganya tidak terlalu mahal dan mampu dimiliki.

Malah untuk rasa lebih selesa, ada yang melengkapkan bilik tidur dengan pelbagai peralatan seperti lampu tidur dan set radio, mengikut perkembangan semasa selain pemilihan katil dan tilam yang betul.

Sama ada rumah sendiri atau sewa, hiasan dalaman terutama bilik tidur bergantung kepada jenis rumah yang dimiliki. Sama ada banglo, teres dan pangsa; ada cara tersendiri untuk dihiasi supaya tampak cantik, seimbang dan paling penting selesa.

Biasanya, setiap bilik dilengkapi katil, almari pakaian, meja solek dan jika ruang berkenaan besar ia boleh dimuatkan dengan televisyen dan kabinet tambahan. Ada yang menjadikan bilik tidur itu sebagai tempat bekerja.

Pemilik kediaman yang mempunyai keluasan bilik terhad lebih cenderung membeli katil bujang kerana mudah dikemaskan selain mempunyai saiz kecil. Bagaimanapun, ia tidak sesuai untuk yang berumahtangga.

Generasi muda hari ini lebih gemar memilih katil kayu jati dan maple bermutu tinggi selain reka bentuk moden manakala pilihan warna cadar pula perlu sesuai dengan warna dinding dan langsir dalam bilik berkenaan untuk mengelakkan suasana semak dan serabut.

Pemilihan bentuk katil juga hendaklah disesuaikan dengan bilik. Bagi bilik anak remaja dan bujang, letakkan katil bersaiz kecil atau dua tingkat untuk menjimatkan ruang terutama jika memiliki rumah kos rendah.

Katil besar yang diperbuat daripada kayu atau besi biasanya menghiasi bilik tidur utama. Untuk tampak lebih manis, ada yang menghamparkan permaidani kecil bercorak halus atau warna polos di hujung kaki katil.

Jika mempunyai bilik tidur tetamu, boleh melengkapkannya dengan katil bujang atau katil saiz sederhana kerana tetamu yang datang biasanya lebih selesa dalam bilik yang ringkas dilengkapi almari pakaian dan cermin besar.

Apa yang penting ialah pemilihan katil dan tilam perlu bersesuaian dengan bajet tetapi perlu memastikan ia tidak akan menyebabkan kesakitan pada anggota badan. Katil dan tilam adalah dua elemen penting yang tidak boleh dilupakan.

Panduan memilih katil

* Tentukan saiz yang sesuai dengan keluasan bilik.
* Jika memiliki bilik yang luas, anda boleh memilih reka bentuk katil yang sarat. Sebaliknya pilih rekaan yang ringkas jika bilik kecil dan sempit.
* Beli tilam yang dapat menyokong berat badan anda. Tilam diperbuat daripada getah harganya agak mahal tetapi memberi keselesaan.
* Dapatkan nasihat pakar jika membeli tilam udara atau air.
* Buat ujian ketahanan kepada katil yang dipilih. Pastikan ia tidak bergoyang atau berkeriut.
* Jika membeli katil besi, pastikan ia bebas calar. Pastikan tiada skru yang hilang.
* Bagi katil dua tingkat atau beroda, pastikan sambungannya kukuh dan roda dalam keadaan baik.
* Untuk menjimatkan ruang dan wang, anda boleh memilih katil dwifungsi (katil sofa). Selain tidak memerlukan bilik khas, ia berfungsi sebagai sofa di ruang tamu.

Agak-agak, aku ni okay tak??

Salam buat semua... dah lama tak mengarang ni kan... sebelom2 nie, sume entry berkenaan ngan informasi jer.. Al-maklum la... takdak masa ler nak ngarang2 neh... hihihi.. lagi la pulak, aku duk layan blog personal aku tu... not for sharing kay...

Sebenarnya... aku okay lagih nie, tapi... rasa nak nangis pun ada... tingat kat anak sulung ku itu ... Sofea kat kampung sampai raya.. hanya tinggal Arissa jer... (Adik yang baru seminggu keluar wad)

Kat umah, adik laks tak reti nak main sowang2... nak melekat jer ngan mama dia. Sampai aku nak buat apa pun tak leh. Cian adik gak... dah takde geng arrr... Kekadang, nak mandi pun susahhh... aku tinggal jer adik kat ruang tamu... nangis dah guling2, tertiarap, wat landing sampai bunyi kedebukkk... last2 duduk diam gak...

Selesai mandi, adik duk diam jer... nampak jer muka mama dia... nangis lagi suruh dukung... waduhhh.... org nak pakai baju nie... sexy lakkk.

Time memasak, aku terpaksa buat 'sekatan' kat pintu nak ke dapur tu. Letak mainan, letak nenen... adik nangis ler nak ikut... aku slamber jer masak. Kang layan si kecik nie, alamat dapur tak berasaplah jawabnya... dah ler perut mintak diisi...

Mula2 tu, adik nangis... aku bo layan jer lah... Adik nangis sampai boring.. last2 adik lending depan tv... pelik sungguh, naper arrr adik tak nak main langsung... sanggup dia tunggu mama dia abes masak... Ermm.. sebenarnya, tak sanggup aku nak pisahkan anak2 nie... tapi, dah terpaksa... kena la aku merelakan jua...

sebulan lebih jer Sofea kat kampung... (kali ke-2 sofea kena antar balik kg) tapi, naluri ibu aku ni la... meraung2... meronta2... huhuhu... setiap hari aku call... (Si Sofea bukan ler leh cakap lagih pun, duduk pandai sebut mama, abah, adik, nenek & perkataan simple2 jer... takpe arrr... dengar suara pun hokayyy)

Sume kat umah tak keruan ler... abah? control macho jer... hihihihi... call Sofea pun curik2... heee... egoisss kan... kan... dan adik dan mama... terlalu buhsannn di rumah. Terkenang2 kat Sofea... Time makan nasik ayam, lagih ler... meleleh air mata ini... huhuhu... nasik ayam febret sofea.... Hubby kata, "lor.... bukan nyer anak kita mati pun nak nangis2..." Tapi.. aku nak nangis gak... adik terkebil2 jer... mana la dia tau hati seorang ibu... adik hanya la baby berumur setahun! Agak-agak, aku ni okay tak??

Tempat melepas winduuu... Arissa ngan dinding mural kakak nyer...


Darah tali pusat unik

APABILA memperkatakan mengenai rawatan penyakit, biasanya perbincangan tertumpu kepada penggunaan ubat sama ada moden, alternatif dan tradisional atau gabungan ketiga-tiganya.

Sebenarnya ada satu lagi kaedah yang sudah lama menarik perhatian pakar iaitu menggunakan sel stem, tetapi kejayaannya hanya dilihat dalam dekad kebelakangan ini.

Rawatan sel stem dianggap memberi sinar baru kepada penghidap penyakit kronik berkaitan genetik atau bahan baka yang sukar sembuh seperti barah dan kencing manis.

Di Malaysia, perkembangan rawatan sel stem sangat memberangsangkan dan berjaya menyelesaikan beberapa kes berkaitan genetik selepas diperkenalkan beberapa tahun lalu.

Sel stem boleh dianggap sebagai `sel induk' kerana boleh membentuk semua tisu, organ dan sistem dalam badan.

Jika diletakkan pada kulit, sel stem membahagi dan membentuk lebih banyak sel kulit baru.

Sebenarnya, penyelidikan mengenai sel stem bermula pada 1963 selepas penemuan pertama saintis Kanada, Ernest A McCulloch dan James E Till.

Kini penyelidikannya lebih tertumpu untuk merawat penyakit kronik yang masih tiada penawarnya, khususnya penyakit membabitkan genetik.

Menurut pakar terapi sel dari Amerika Syarikat, Profesor Dr Edwin Vodak, ada dua sumber utama bagi mendapatkan sel stem iaitu:

* Sel embrionik - Ia diperoleh daripada tubuh embrio yang terbentuk selepas persenyawaan luar (in-vitro) atau melalui teknologi pengklonan (pemindahan nuklear sel somatik iaitu sel bukan daripada organ peranakan).

Contohnya embrio manusia mencapai tahap blastosista selepas empat hingga lima hari persenyawaan dan ia mengandungi 50 hingga 150 sel stem.

Jumlah sel stem daripada sel embrionik lebih banyak dan keupayaan mengubahsuai menjadi sel khas adalah tinggi berbanding stem sel dewasa. Sel khas bermakna sel pada organ khusus seperti kulit, darah atau jantung.

Bagaimanapun, sel stem embrionik mungkin mengalami penolakan oleh sistem imun, tetapi masalah ini tidak akan berlaku jika pesakit menerima sel stemnya sendiri.

* Sel dewasa - Diperoleh daripada tisu dewasa. Sel stem ini boleh bertindak sebagai sistem penyembuhan badan dengan menghasilkan sel baru dan mengekalkan fungsi asal satu-satu organ. Ini termasuk darah, kulit dan tisu usus. Antara sumber sel stem ialah sum-sum tulang, darah, otak, darah tali pusat selain janin yang gugur.

Walaupun sumbernya banyak, jumlahnya kecil dan ada kalanya sukar untuk diperoleh seperti sel yang mahu diambil daripada otak. Berbanding sel embrionik, ia kurang mampu bertukar kepada sel khas.

Dr Edwin berkata, sel stem juga boleh diumpamakan seperti 'sel kosong' berbanding sel lain yang bersifat tersendiri seperti sel hati, lemak, saraf atau kulit.

Oleh itu ia mampu membahagi dan menjadi sel khas apabila pemindahan sel stem dijalankan kepada pesakit.

"Kesannya juga boleh dilihat dalam tempoh singkat antara beberapa jam hingga minggu bergantung kepada jenis penyakit dihidapi. Namun, ada juga yang mengambil masa hingga beberapa bulan.

"Penyelidikan sel stem membuktikan ia mampu berkembang menjadi sel hati, otot selain paru-paru. Hasil kajian mendapati sel stem boleh digunakan bagi menjana sel selain tisu gantian untuk merawat penyakit kronik seperti Parkinson, barah, angin ahmar, masalah jantung, kencing manis, buah pinggang, rawatan trauma dan masalah kemerosotan sel," katanya.

Walaupun sel stem embrionik dianggap lebih berpotensi merawat penyakit, penggunaannya menimbulkan banyak kontroversi dan bantahan atas dasar etika.

Ketika ini, untuk mendapatkan sel stem embrionik akan menjejaskan atau memusnahkan embrio. Jika ia membabitkan embrio manusia, embrio yang bakal membentuk janin tidak dapat berkembang dan maknanya satu nyawa dikorbankan.

Pertikaian dan etika mengorbankan satu nyawa pada permulaan kehidupan ini kerap dibincangkan dan menjadi halangan kerana dianggap satu pembunuhan. Selepas hampir 10 tahun penyelidikan, masih tiada rawatan menggunakan stem sel embrionik diluluskan.

Hanya pada awal tahun ini, Kesatuan Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (USFDA) membenarkan ujian klinikal pertama menggunakan sel stem embrionik. Sel stem embrionik dianggap lebih berguna untuk rawatan bagi masalah sistem saraf.

Justeru, banyak tumpuan diberi kepada sel stem dewasa, termasuk daripada darah tali pusat yang dianggap antara sumber sel stem terbaik. Darah tali pusat adalah darah yang ada di dalam tali pusat dan uri yang keluar bersama ketika bayi dilahirkan.

Penggunaan sel stem dewasa kurang menimbulkan kontroversi kerana tidak membabitkan kemusnahan embrio atau mengancam nyawa untuk mendapatkannya.

Bahkan sel stem juga boleh diperoleh daripada pesakit sendiri dan dalam keadaan ini tiada risiko penolakan dari sistem imun badan.

Sehingga kini sel stem dewasa banyak digunakan dan terbukti berkesan merawat leukemia dan kanser berkaitan darah atau tulang.

"Sel darah asas di dalam tali pusat bayi itu unik dari segi genetiknya, selain boleh digunakan kepada bayi itu sendiri atau ahli keluarganya jika diperlukan kelak.

"Darah tali pusat berlainan dengan sel darah biasa kerana selain paling muda dan selamat, ia juga mudah diperoleh iaitu hanya beberapa minit selepas bayi dilahirkan," katanya.

Sel stem yang diperoleh daripada tali pusat dianggap sebagai blok pembina bagi darah dan sistem imun. Malah ia boleh membahagi dan membentuk dengan cepat kepada sel lain seperti:

* Sel darah merah - Untuk membawa oksigen ke seluruh badan

* Sel darah putih - Untuk melawan jangkitan

* Platelet - Membantu membekukan darah apabila berlaku kecederaan

* Sumsum tulang

* Darah yang mengalir ke seluruh tubuh

Namun kini ada perkembangan lebih memberangsangkan kerana sel stem boleh dibiak dan dibentuk kepada sel tertentu (khas) mengikut ciri sel mana-mana organ, termasuk sel saraf dan otot melalui kaedah kultur sel.

Pemindahan sel stem

Antara persoalan yang timbul ialah mengapa penyelidik kini memilih sel stem berbanding sum-sum tulang? Meskipun sum-sum tulang boleh menyembuhkan banyak penyakit, tetapi untuk mendapat sum-sum penderma yang sepadan sungguh sukar.

Sel stem contohnya dari darah tali pusat yang jauh lebih muda berbanding sum-sum tulang boleh digunakan walaupun tahap padanan hanya 50 peratus.

Ini bermakna peluang kejayaan untuk pemindahan adalah lebih tinggi di kalangan ahli keluarga apabila mereka menyimpan darah tali pusat mana-mana ahli keluarga.

Kajian mendapati kejayaan rawatan untuk penerima yang ada ikatan kekeluargaan adalah dua kali ganda berbanding penerima luar.

Prosedur pembedahan sum-sum tulang ada kalanya berisiko kepada penderma. Kelebihan kaedah pemindahan sel stem ialah ialah penderma tidak perlu memasuki hospital bagi menjalani prosedur pendermaan.

Ia hanya perlu diambil daripada darah tali pusat yang sudah disimpan di hospital atau pusat yang menyediakan khidmat menyimpan sel berkenaan.

Pada masa sama pendermaan sel stem, contohnya daripada darah tali pusat, tidak memberi risiko kepada ibu atau bayi. Sel stem tali pusat juga lebih mudah diterima pesakit dan mempunyai risiko penolakan yang rendah.

Bagaimanapun, pemindahan darah tali pusat turut bergantung kepada keserasian antara penderma juga penerima, tahap penyakit dihidapi serta jumlah sel darah asas terdapat dalam darah tali pusat berkenaan.


Kelayakan menjadi penerima

Tidak ramai orang tahu kepentingan sel stem daripada darah tali pusat dalam membantu merawat penyakit; apatah lagi kelayakan menjadi penerima. Dr Edwin berkata, penerima boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu:

* Penghidap leukemia - Sel stem daripada darah tali pusat boleh digunakan pada bila-bila masa. Ia boleh digunakan jika rawatan pertama berjaya tetapi kemudian penyakit itu berulang dan pesakit memerlukan pemindahan kedua.

* Individu yang memerlukan pemindahan sel stem tetapi tiada penderma sesuai - Dengan adanya simpanan sel stem, pemindahan menjadi lebih mudah kerana ada banyak pilihan daripada penderma berlainan.

Bahkan, yang lebih menarik ialah sel stem tiada tarikh luput. Kualitinya kekal seperti ketika ia diambil kerana ia disimpan di dalam bekas mengandungi cecair nitrogen pada suhu negatif 196 degree Celsius.

Penyimpanan darah tali pusat sebenarnya memberi banyak kelebihan kepada pesakit, ahli keluarga atau mereka yang ada penyakit sama kerana darah tali pusat boleh dikongsi.

Bagaimanapun, keberkesanan sel stem daripada darah tali pusat membabitkan penerima daripada kalangan saudara jauh selain individu di luar kelompok keluarga turut bergantung kepada keadaan penyakit dihidapi penerima. Pun begitu, bagi penghidap penyakit Sindrom Down pula, sel stem berkenaan hanya boleh digunakan untuk diriny.

Dalam kes Sindrom Down, rawatan kini adalah menggunakan sel stem yang diperoleh daripada janin haiwan. Kaedah ini digunakan sejak bertahun lalu dan menunjukkan hasil memberangsangkan daripada segi pemulihan rupa paras dan perkembangan minda pesakit.

Namun perlu diketahui, rawatan sel stem masih tidak dapat memulihkan pesakit sepenuhnya, sebaliknya hanya mengembalikan sebahagian kecil fungsi kemanusiaannya seperti sifat fizikal, pergerakan dan mental.

Kebiasaannya dengan hanya satu suntikan sel stem, kesannya terhadap pesakit Sindrom Down boleh dilihat dalam tempoh beberapa bulan.

Bagaimanapun jika tiada perubahan, satu lagi suntikan diperlukan, namun kosnya bukan murah, malah mencecah berpuluh ribu ringgit bagi satu suntikan.

Janin haiwan paling popular pula adalah babi kerana ia mempunyai pelbagai organ yang dikatakan sesuai bagi rawatan sel stem.

Bagaimanapun, di negara Islam seperti Malaysia, sel digunakan diambil daripada arnab yang bukan saja selamat, malah halal.

Ini kerana penggunaan haiwan lain seperti babi atau lembu berdepan pelbagai risiko seperti penyakit lembu gila yang tiada pada arnab.

Satu kebaikan berkaitan penggunaan sel stem daripada janin arnab ialah penerimanya tidak perlu mengambil ubat anti penolakan seperti dilakukan jika menerima sel daripada organ manusia.

Walaupun masih ada yang berhujah berkaitan penggunaan sel stem membabitkan aspek biologi sel darah asas, kaedah rawatan ini difatwakan boleh digunakan untuk tujuan perubatan.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum ini pernah mengeluarkan fatwa bahawa sel darah asas boleh digunakan dengan syarat tertentu, iaitu perlu mendapatkan keizinan ibu bapa, selain prosedurnya tidak memudaratkan. Penggunaannya untuk tujuan mengubah atau komersial pula adalah diharamkan.

Oleh NAZARALI SAERIL

Usah terperdaya beli kereta terpakai

APABILA mahu membeli kereta melalui iklan yang disiarkan di akhbar, kita sewajarnya menentukan penjual kereta itu tulen atau sebaliknya kerana ada penjual kereta terpakai menyiarkan iklan seolah-olah merekalah pemilik sebenar kereta berkenaan bagi menambah keyakinan pembeli bahawa mereka sebenarnya berurusan langsung dengan pemilik.

Ketika membuat panggilan telefon untuk bertanya mengenai kereta yang diiklankan itu, kita harus bijak supaya tidak terpedaya apabila berbicara dengan orang yang menjawab panggilan. Seboleh-bolehnya tegas tetapi bukan kasar ketika bercakap.

Jika berasa sangsi, mungkin kerana pelbagai helah diberi, sebaiknya hentikan urus niaga itu, jangan membuang masa. Antara beberapa soalan yang wajar ditanya ketika perbincangan, sama ada dengan pemilik sebenar, ejennya atau peniaga kereta terpakai, ialah:

Mengapa kereta itu hendak di jual?

Mungkin mustahil untuk mendapat jawapan ikhlas jika kereta yang hendak dijual itu bagaikan besi buruk tetapi jangan terpedaya dengan kereta yang kelihatan cantik dan menarik kerana mungkin ada sejarah hitam menyebabkan pemiliknya mahu menjual kereta itu.

Jawapan yang biasa diberi pemilik atau penjual ialah kerana mahu bertukar kepada kereta yang lebih besar dan selesa.

Ada juga yang mahu menjual kereta sedia ada bagi membeli kereta model terbaru di pasaran dan ada yang menjual kereta untuk berhijrah ke luar negara. Ini adalah antara alasan yang sering diberi pemilik kereta.

Namun, naluri hati kita sebagai manusia akan memberikan kita petanda sekiranya pemilik menjawab dengan suara yang gelisah dan gugup serta memberi pelbagai alasan yang tidak munasabah seperti memiliki terlalu banyak kereta atau secara sukarela mahu menjual kereta tanpa perlu ada sebarang alasan.

Bacaan kilometer pada odometer kereta

Secara umumnya, jika bacaan kilometer sesebuah kereta itu rendah, maka bertanmbah eloklah kereta itu kerana menunjukkan ia jarang digunakan. Biasanya sesebuah kereta mencatatkan purata 20,000 kilometer setahun.

Jika kereta yang hendak dibeli itu berusia dua tahun, tetapi sudah mencatatkan 100,000 kilometer atau lebih, km, anda dinasihatkan mencari kereta lain.

Ada pemilik yang mahu menjual kereta mereka walaupun baru dibeli tidak sampai setahun dan biasanya, kereta terbabit pernah mengalami kemalangan, sering rosak atau ada sejarah hitam tertentu. Jadi, berhati-hatilah kerana tidak semua benda baru dan murah itu sempurna.

Odometer atau meter penunjuk jumlah perjalanan sesebuah kereta boleh diubahsuai supaya catatannya rendah walaupun jenis digital. Seboleh-bolehnya selidik dengan pemilik dengan bertanyakan di mana mereka tinggal dan tempat bekerja serta kampung halaman, supaya mudah kita mengagak purata jumlah perjalanan.

Catatan penjagaan rekod servis penuh kereta itu

Walaupun kereta baru, ia tetap mengalami kehausan komponennya dan keadaan bertambaj teruk jika jarang diservis.

Luaran sesebuah kereta mungkin nampak hebat dan menarik tetapi enjinnya teruk. Sehubungan itu, rekod servis boleh memberi keyakinan kepada pembeli bahawa kereta berkenaan dijaga baik.

Keadaan kereta

Jika jawapan yang diberi kereta itu sangat bagus tetapi apabila hakikatnya kereta berkenaan tidak menggambarkan jawapan yang diberi, lupakan saja keinginan anda untuk membelinya, kecuali jika dijual murah dan anda sanggup mengeluarkan perbelanjaan bagi membaiki apa yang rosak.

Jika pemilik kereta itu tidak boleh menjawab berterus terang, maka mereka tidak mungkin akan menjawap soalan kita seterusnya secara ikhlas.

Pernahkah kereta itu terbabit kemalangan?

Sukar bagi pemilik untuk menyatakan keretanya pernah kemalangan dan kita juga bukan pakar mengesan kerosakan kereta. Jadi, jalan terbaik bawa bersama mekanik untum memeriksa kereta yang hendak dibeli.

Harga yang ditawarkan

Biasanya, pemilik menawarkan harga lebih tinggi berbanding harga pasaran kerana sedia maklum pembeli akan menawar menurunkan harga. Ketika inilah anda perlu bijak berunding bagi mendapatkan harga terbaik. Namun, berhati-hati jika harga yang ditawarkan murah dan bagaikan tidak masuk akal kerana mungkin ada sesuatu yang tidak kena dengan kereta terbabit.

PRO tingkat imej syarikat

PEGAWAI perhubungan awam atau lebih mesra dengan panggilan PRO memainkan peranan penting bagi sesebuah organisasi sama ada di jabatan kerajaan mahupun syarikat korporat.

Seorang PRO yang bijak akan membawa imej baik kepada majikannya menerusi publisiti positif yang disiarkan sama ada menerusi akhbar atau televisyen.

Memegang jawatan sebagai PRO memerlukan seseorang itu menjalinkan hubungan baik antara syarikat dengan media.

Selain perlu menjaga penampilan dengan imej kemas dan menarik dalam membawa imej positif kepada syarikat yang diwakili, seseorang PRO perlu mempunyai pengetahuan mendalam mengenai syarikat yang dinaunginya.

Antara tugasan PRO ialah perlu menghubungi media bagi memaklumkan sebarang acara yang dijalankan syarikat seperti menghantar faksimili, surat jemputan rasmi atau berhubung melalui telefon.

Seorang PRO perlu menyediakan bahan bertulis yang banyak termasuk maklumat mengenai sesuatu acara yang dijalankan syarikat terbabit untuk wakil media yang hadir ke majlis itu.
Ia bertujuan memberi maklumat yang diperlukan media dalam menyiapkan berita berkaitan acara berkenaan.

Mereka juga bertanggungjawab menyediakan cenderahati program, salinan ucapan ketua mereka di acara yang dihadiri dan juga laporan.

PRO juga perlu menyusun dan menguruskan sidang media terutama jika pihak media meminta ia diadakan supaya soalan penting dapat diutarakan dan berita menarik dapat dihasilkan.

Tugasan penting bagi seseorang PRO adalah membantu media mendapat ulasan atau jawapan atas sebarang isu terkini membabitkan syarikat atau organisasi mereka.

Ia juga bertanggungjawab menyalurkan maklumat yang betul dan tepat serta menghubungkan media dengan barisan pegawai yang mempunyai kuasa untuk memberikan jawapan penuh dan perlu cekap serta berpengetahuan dalam membantu media mendapatkan jawapan bagi setiap persoalan berkaitan.

Mereka juga perlu memahami tugas media yang sentiasa mengejar masa dan bergerak pantas dalam mendapatkan berita dan setiap persoalan yang dikemukakan perlu diberi balasan dengan cepat dan tidak boleh berlengah.

Kumpulan PRO yang cekap dalam sesebuah organisasi bukan saja akan memudahkan kerja media, malah ia memberikan imej positif mengenai sesebuah syarikat itu.

Untuk menjadi seorang PRO, seseorang itu perlu mempunyai personaliti menarik, ceria, peramah, berpengetahuan dan mudah bekerjasama sebagai satu kumpulan.

Kelayakan yang diperlukan bagi seseorang itu menjawat jawatan itu ialah ijazah dalam bidang komunikasi sama ada jurusan perhubungan awam, pengiklanan atau kewartawanan. Bagaimanapun pemohon yang berkelulusan dalam bidang lain tetapi mempunyai ciri-ciri yang diperlukan juga berpeluang menyertai kerjaya ini.

Kerjaya sebagai PRO memerlukan seseorang yang mempunyai kemahiran bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris selain bahasa Melayu juga antara kriteria penting.

Tip-tip

* Tugas utama PRO membantu menjaga imej syarikat dan mewakilinya dalam banyak hal melalui hubungan dengan media.

* Untuk menjadi PRO yang bagus, individu perlu berfikiran luas selain mempunyai pengetahuan dalam banyak perkara.

* Majikan mengimpikan berwawasan dan berintegriti dalam melakukan tugas. Justeru, graduan yang menghadiri temu duga perlu berusaha menonjolkan diri dengan kelebihan dan keupayaan yang ada untuk menarik minat majikan.

* Kriteria lain yang perlu ada ialah, berfikir di luar lingkup dan kreatif dalam semua perkara supaya hasil kerja tidak hanya tertakluk pada tahap sama saja.

* Kemahiran komunikasi dan bahasa perlu sentiasa dipertingkatkan supaya kredibiliti sebagai PRO terserlah dan mendapat penilaian baik di mata orang ramai.